Isnin, Januari 31, 2022

9 Makanan Membantu Mengurangkan Nafsu Makan

Awal-awal tahun ni, saya masih gigih dan berkobar-kobar lagi jaga pemakanan, pantau aktiviti fizikal. Maklumlah hujung tahun lepas banyak lupa diri (baca: lupa kawal makan, lupa exercise) Esok lusa tidak tahu lagi. Harap-harap saya dapat terus konsisten.

Sekarang, masalah utama saya ialah selera makan yang tidak terkawal. Mulut tu asyik hendak mengunyah sahaja. Kadangkala bukan lapar pun, tapi mulut terlebih sunyi. 🤣

Jadi, mulalah episod saya menyusun balik pola makan. Gali balik tips dan ilmu pemakanan yang boleh dipraktikkan semula. 

Di bawah ini, saya ingin kongsi bersama-sama kalian beberapa makanan yang boleh dimasukkan ke dalam diet harian kerana makanan-makanan ini dapat mengekang selera selanjutnya membantu mengurangkan nafsu makan. Tidaklah terlajak makan nanti.


Natural Appetite Suppressants

  • Kacang badam - mengandungi asid lemak omega-3, protien dan serat yang buat kita cepat kenyang
  • Kopi - boleh mempengaruhi hormon selera, mengurangkan selera dan menjadikan kita lambat lapar
  • Epal - mengandungi serat yang mengenyangkan dan membantu menurunkan selera
  • Telur - kaya dengan protien yang dapat membantu mengawal selera makan
  • Keledek - bukan sahaja mempunyai kandungan indeks glisemik yang rendah, malah keledek mengandungi kanji yang menjadikan kita kenyang lebih lama
  • Coklat gelap - bantu kawal rasa teringin (cravings) terhadap benda-benda manis
  • Oat - tinggi serat, rendah indeks glisemik
  • Ikan salmon - mengandungi asid lemak omega-3 dan peptin, membuat kita rasa kenyang
  • Sos pedas - makanan pedas dan berempah boleh bantu meningkatkan metabolisme. Selain itu, apabila dah pedas, kita tidak akan lalu hendak makan banyak-banyak. Maka, terkekanglah selera.


Jika dilihat, pilihan kebanyakannya mempunyai ciri-ciri yang sama seperti rendah kalori, banyak serat, tinggi protein dan rendah indeks glisemik (dapat bantu kawal paras gula dalam darah). Ini membuatkan kita berasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama. 

Selain mengenyangkan, kita akan cepat rasa puas (satiated) dengan makanan yang diambil. Tidaklah asyik teringin makan benda yang bukan-bukan. 😂

12 ulasan:

  1. Betul. Laaaa risau gak ni selera kemain mcm2 nak di kunyah skrg ni hahaa... Berat pun dh makin naik lagi.. Tmbh makan ubat n selera pun bertanbah2 😂😂

    BalasPadam
  2. Hurm... patutlah bila dah minum nescafe tak rasa nak makan sangat.
    Semoga berjaya mengawal nafsu makan dan tidak lupa diri lagi hehehe..

    BalasPadam
  3. Menarik ni. Saya takde masalah berat badan tapi kenalah kawal jugak kan. Tapi kopi selalu gak buat saya lagi lapar. Hihi

    BalasPadam
  4. menarikk ✌️teruss bacaa sampai abis he hee
    tqq farahh, infoo bagus

    BalasPadam
  5. Kalau kopi tu Naniey setuju sangat. Naniey memang suka minum kopi dan bila minum kopi memang tak rasa lapar. Kadang malam baru makan.

    BalasPadam
  6. kopi dan kacang tu kalau terlebih intake boleh jadi tak sihat. Samalah kita kak Farrah, mulut terlebih sunyi. kena ada kudapan nak mengunyah. tapi kalau ada almond tu payah nak stop makan pulak sebab sedap. hihi
    Terima kasih share :)

    BalasPadam
  7. Begitulah yang sebaiknya kan Farah. Terlajak makan, kenalah kembali amalkan diet yang seimbang. Kak Amie pun sama, kadang-kadang makan sampai tak hengat donia hahahahaa.

    BalasPadam
  8. wah satu info yang sangat menarik....boleh sangat untuk diamalkan

    BalasPadam
  9. Badam dan coklat gelap ye.. Nak kena tambah stok nie.. hehehe

    BalasPadam
  10. nafsu makan aida memang tak boleh dihalang-halang.
    so, cara aida = puasa, farrah.
    kalau tak puasa, ya Allah, nafsu gajah!

    BalasPadam
  11. but one thing, farrah.
    now menjadi habit aida minum kopi kurang manis.
    awal2 dulu mcm tak boleh go.
    now, ok je. alhamdulillah.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.