Jumaat, Jun 24, 2022

Tempe Mendoan Cecah Sos Keju

Petang semalam di kawasan saya hujan lebat. Mulalah perut rasa berlubang dan minta diisi. Tercari-cari apa yang boleh disediakan sebagai hidangan ringkas, akhirnya saya goreng tempe salut tepung ala-ala tempe mendoan. Bukan untuk dijadikan lauk. Lebih kepada kudapan ringan untuk kunyah-kunyah semasa minum petang.


Tempe mendoan garing di luar, lembut di dalam 😊

Sebelum ini saya sudah pernah kongsi resepinya di sini. Kali ini punya versi  tempe mendoan, tak cukup bahan sangat. Kencur tak ada, daun bawang tak ada. Saya tambah hirisan cili api ke dalam adunan salutan tepung. Biar sesekali dalam suapan tu tergigit cili ... asyik!


Resepi Tempe Mendoan Tak Cukup Bahan Cara Saya


Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Tempe 2 bungkus
  • Beberapa tangkai cili api dihiris 
  • 4 - 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

Untuk salutan tepung

  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 4 sudu besar tepung beras
  • 1 susu teh serbuk penaik (optional)

  • Secubit garam
  • Air secukupnya untuk menghasilkan bater
  • Minyak masak untuk menggoreng jeluk (deep fry)


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Hiris tempe tetapi janganlah terlalu nipis. Saya suka tempe yang rangup dan garing di luar tetapi dalamnya lembut.  
  2. Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk diikuti dengan serbuk kunyit, hirisan cili api, garam dan bahan-bahan untuk salutan tepung. 
  3. Letak air secara berperingkat hingga dapat adunan bater yang tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Gaul sehingga sekata.
  4. Panaskan minyak. Celup kepingan tempe ke dalam bater dan goreng sehingga warna bertukar keperangan.
  5. Angkat dan tuskan lebihan minyak.
  6. Sedia untuk dihidangkan.


Cecah dengan Sos Keju

Lazimnya, hidangan tempe mendoan dimakan bersama sambal kicap atau cili kicap. Tetapi, kali ini saya tukar selera. Makan tempe mendoan dengan sos keju. Sos keju yang biasa saya gunakan ialah jenama Kerry Nacho. Dalam bentuk serbuk. Jadi, apabila hendak digunakan baru bancuh dengan air.


Tempe mendoan cecah keju

Memang tidak berhenti mengunyah dibuatnya! Lawan pula dengan air kopi panas. Sekejap sahaja licin-licau tempe mendoan saya. 

Selamat mencuba!

13 ulasan:

  1. alahai...kena tayang kat sini.. terus perut MY pun berlubang mintang diisi tempe jugak ni... hahaha

    BalasPadam
  2. tempe cicah sos keju..tk pernh lg try..biasa cicah cili kicap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh kali ni taste buds mengada-ngada sikit :)

      Padam
  3. Sedapnya tempe goreng.. 🤤🤤🤤

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, memang berulang-ulang masuk mulut hehehe

      Padam
  4. Allah! Sukanya Kak Amie tempe mendoan ni. Terus rasa tak senang duduk ni nak cari tempe.

    BalasPadam
  5. yes yes.
    cicah kicap cili padi, farrah.
    lom pernah cicah sos keju.
    akan try nanti.
    makan tempe tu panas2, farrah. nice!
    ada kopi o bersama :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhh, lawan dengan kopi memang super duper nice!

      Padam
  6. Tak cuba lagi cicah keju.. selalu cicah cili kicap je.. hehehe.. Menarik pula kombinasinya..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.