Selasa, November 01, 2022

Sabun Besi Daiso

Sabun Besi Daiso. Ada yang pernah jumpa sabun besi ini di Daiso? Stainless Steel Soap. Bentuk memang seperti sebuku sabun. Tetapi, tiada elemen sabun langsung. Tiada bau, tiada buih. Seketul besi semata-mata.

Daiso Stainless Steel Soap

Apa kegunaan Daiso Stainless Steel Soap ini sebenarnya? Untuk basuh tangan. Andai tangan kita ada bau yang kurang menyenangkan misalnya bau bawang putih, bau cuka epal yang kuat … kita rasa tidak selesa dan ingin hilangkan bau tersebut, basuh tangan dengan sabun besi ini. Keluli tahan karat tu yang berperanan untuk menyahbau.

Saya tersengih sendiri apabila melihat sabun besi Daiso ini. Daiso dan kepelbagaian produknya. Tetapi, secara peribadi saya rasa sabun besi ini tidak berbaloi untuk dibeli.

Ada fungsi tetapi kita ada alternatif lain. Jika ingin hilangkan bau kurang menyenangkan pada jari atau tangan, guna sahaja kutleri keluli tahan karat (stainless steel) yang ada di dapur seperti sudu, garpu atau pisau. Gosok-gosokkan bahagian tangan yang berbau pada permukaan kutleri tersebut sambil mencuci tangan. Kemudian, bilas seperti biasa. Tidak perlu guna sabun pun.

Mudah, bukan? Tak payah beli sabun besi semata-mata untuk atasi masalah bau pada tangan. Tetapi, andai kalian tertarik dengan sabun besi ini dan ingin milikinya, carilah di Daiso. Tak nak guna sebagai sabun, boleh jadi pemberat kertas (paper weight) di meja kerja. 😊

15 ulasan:

  1. Pernah nampak jugak sabun ni. Tak berbaloi ye beli. Baiklah..better guna apa yang ada kat dapur je lah kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita guna apa yang ada di dapur jelah. Duit beli sabun besi tu boleh peruntukkan untuk item lain 😂

      Padam
    2. Betul sangat tu kak. Kat dapur pun banyak dah barang beli. Jimattt...

      Padam
  2. Baru-baru ni masuk Daiso, tapi tak perasan pula tentang sabun besi. First time dengar ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya masa first time jumpa, saya ingat sabun besi ni keluarkan buih, kak 😊

      Padam
  3. sy pilih guna alat yg sedia ada kat dapur je hehehe

    BalasPadam
  4. Saya perati jugak tapi tak berani beli, kang membazir walaupun curious cmane besi boleh keluarkan buih. Thanks for the review kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. No problem at all. Yang ada duit lebih nak kasi letak cantik tepi sink bolehlah beli hehehe

      Padam
  5. Tak pernah jumpa pulak sabun besi ni di Daiso .

    BalasPadam
  6. Daiso dan barang-barangnya.. kikiki.. Kalau Sha guna limau je untuk hilangkan bau takpun sabun lavender.. memang conform wangi tangan..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.