Jumaat, Februari 03, 2023

Popcorn Eureka Yummy Yummm

Asalnya saya mencari biji jagung kering (corn kernels) sebab nak buat bertih jagung sendiri. Dalam pada sibuk hendak putuskan mahu beli jenis mushroom atau butterfly, terserempak pula dengan bertih jagung yang tinggal nak masuk mulut.

Dah nampak tu, apa lagi ... tergodalah! Sebelum makan popcorn versi sihat, ada baiknya makan popcorn versi yang lemak berkrim dahulu.😆 Dalam banyak-banyak popcorn yang tersaji di hadapan mata, berkenan pula pada popcorn Eureka. Biasa dengar jenama ini tetapi saya belum pernah cuba. 

Klik pada kedainya, terus rambang mata! Ada banyak pilihan perasa. Sweet atau savoury? Kalian sendiri putuskan sesuai cita rasa. Antara perasanya ialah - Seaweed, Butter Caramel, Dark Chocolate, Sea Salt, Wasabi, Cheese, Salted Egg dan macam-macam lagi. Ada beberapa perisa yang agak unik bagi saya - Spicy CuttlefishTomato dan Cocoa Malt.

Saya cuba dua perasa dahulu. Nampak perasa White Coffee terus teruja. Tanpa fikir panjang masuk dalam bakul shopping. Kemudian, satu lagi saya pilih dark chocolate. Mula-mula rasa nak butter caramel. Tetapi, ada ulasan yang kata popcorn butter caramel tu agak manis. Jadi, pilih coklatlah. 

Popcorn dah sampai! 

White Coffee - 70g. Dark chocolate tu berat sedikit, 90g. Masa saya beli ada promosi. Satu tiub silinder dalam lebih kurang RM8.++.


Popcorn Eureka terdapat dalam banyak saiz dan pembungkusan. 100g, 140g, 200g .... ada dalam tiub silinder, ada dalam packaging sealable plastic. Saya dapat popcorn pek kecil perasa Sour & Cream sebagai hadiah percuma. Tak sempat ambil gambar, Bott dah sebat dulu.


Perasa coklat gelap. Mewah salutan coklatnya.

White Coffee Popcorn


Sedap ke tidak? Sedap! Puas hatilah beli. Suprisingly, saya lebih suka dark chocolate berbanding white coffee. Asalnya dark chocolate untuk selera Bott, white coffee untuk saya. Alih-alih, Bott pula yang genggam tiub silinder white coffee tu tak mahu lepas. Rasa kopinya just nice. Tak kuat sangat. White coffee, kan ... Itu yang kena dengan cita rasa Bott kot. Oh, yang sour and cream pun sedap.

Nanti-nanti, bolehlah cuba perasa lain. Sekarang tengah aim Sweet Bundle.

Eureka Popcorn Sweet Bundle

Berkenan? Nah, saya kongsi pautannya di Lazada.


Kalau kalian hendak manjakan tunas rasa dengan popcorn Eureka ni, cubalah beli. Memang berbaloi!

6 ulasan:

  1. wow...menariks tu.. tq for sharing. leh try jengah jugak ni

    BalasPadam
  2. sy bkn penggemar pop corn jenama ni tp sy bangga tgk jenama ni dah berjaya skrg. dulu ms mula2 diorg bukak booth kat one utama, sy laa yg rajin menyinggah amik tester😂

    BalasPadam
  3. cantik bulat aje popcorn nya. menarik perhatian aida.
    nowadays, mudah ek, teringin, beli online aje.
    alhamdulillah... mudah naw nak menjamu tekak yg ngidam, kan :) ha ha ha ha ha...

    anak2 aida peminat popcorn. pantang la ada yg terpamer kat rak kedai, pasti nak membeli.
    kudapan depan tv, farrah. dgn ibunya sekali ngunyah krup krap krup krap :) ha ha ha ha...

    BalasPadam
  4. White coffee tu bolehlah nak cuba nanti.. hehehe..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.