Assalamualaikum.
Hari ini saya ingin kongsi resepi telur dadar terung bakar. Juadah telur yang ini sesuai dijadikan menu sarapan atau makan tengah hari.
Telur dadar terung bakar |
Penyediaan Terung Bakar
Sebelum kita mendadar telur, perlu sediakan terung bakar terlebih dahulu.
Biasanya, terung dibakar terus di atas api dapur sehingga kulit luarnya bertukar kehitaman dan isinya menjadi lembik. Setelah itu, siat bahagian kulit yang hitam (hangit) dan hancur atau lenyekkan isi terung.
Boleh juga bakar guna alat pemanggang begini. Apa yang penting, kita hendak dapatkan rasa smokey pada terung.
Bakar Terung Menggunakan Air Fryer
Isi terung yang sedia digunakan. |
Lihat juga: Resepi Terung Bakar Bersantan | Piza Terung
Okey, terung bakar dah siap! Jom kita dadarkan.
Resepi Telur Dadar Terung Bakar
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 3 - 4 biji telur ayam. Jika mahu portion telur dadar yang lebih besar dan tebal, gunakan 6 biji telur.
- Isi terung yang telah dibakar
- Satu sudu kecil mayones (optional)
- Sedikit serbuk lada sulah
- Garam secukup rasa. Boleh juga guna sedikit kicap sotong (sos ikan) untuk perasakan telur.
- Sedikit mentega atau minyak masak
Langkah penyediaan:
- Pukul telur bersama mayones, lada sulah dan garam sehingga semuanya sebati.
- Panaskan kuali leper. Masukkan sedikit mentega atau minyak.
- Tuangkan bancuhan telur tadi dan biar bahagian bawah telur masak sedikit. Setelah itu, taburkan isi terung di atas permukaan telur.
- Biarkan seketika sehingga telur masak.
- Sedia untuk dihidangkan.
Menarik sekali resepi ni 👍
BalasPadamTambah menarik semua bahan ada...
Tq Farrah for the recipe ye
Boleh cuba ni
BalasPadamMacam senang aje nak buat
first time jumpa resepi nie...
BalasPadamboleh cuba nanti bila2...kadang2 nak masak sayur takde yang makan..kalau cmnie..tak payah makan nasi..makan dia je...
mekasih sis sharing
waahhh terung bakarrrr cicah air asam kerisik sedappppppnyaaa!
BalasPadamingin mencoba buat ,saya dari indonesia .terimakasih resepnya nanti dicoba
BalasPadamTertarik menarik sedap ni... Terung bakar tu cicah dgn air asam ke apa...
BalasPadamwaduh waduuhhhh mabeles ni buk👍👍👍
BalasPadamSepintas mirip pizza fotonya. Setelah baca ini ternyata telur dadar dengan topping terung, waah menarik. Saya suka terung soalnya 😍😍. Ini alternatif kalo bosan makan terung yang di bakar atau balado, next time saya buat macam nih 👍
BalasPadam