Assalamualaikum. Selamat pagi Jumaat!
Sudah bersarapan atau belum? Hari ini, seawal pagi saya dah memesan hidangan sarapan. Selesai ziarah pusara Cekebon, terus bergegas cari tempat makan. Lapar. 🤣
Pada mulanya, dalam fikiran hendak makan soto ayam atau lontong darat. Masuk restoran, dah duduk… laju je mulut pesan kacang phool. Fical minded betul.
Inilah makan pagi saya - Kacang Phool.
| Kacang Phool 😊 |
Alhamdulillah, berselera saya makan. Roti sekeping tak cukup! Pesan satu keping lagi. Sudah agak lama juga saya tidak makan kacang phool ni. Sedap betul roti bakar tu dicecah dengan kuah pekat yang masih hangat. Tak pandang orang keliling dah!
Perut dah berisi, dah boleh teruskan hari.
Semoga hari kalian indah dan menyenangkan. Mudah-mudahan setiap urusan lancar, dipermudah Allah. Jaga diri!
Lama juga Sha tak makan Kacang phool ini.. Memang tak cukup sekeping roti..
BalasPadamItulah kan… dah kacang phoolnya sedap, takkan roti sekeping je… 😂
PadamWah, kacang phool ni power juga sampai roti satu keping pun tak cukup, kena tambah lagi! Memang betul, bila sedap, lapar pun jadi pandai fikir cepat-cepat, lain dari plan asal. Selamat menjamu selera dan terus semangat hari ni!
BalasPadamHahaha memang tak cukup… tak tahulah kenapa 😆
PadamSedap ni. Ada favourite saya.
BalasPadamSedap kan… comforting sangat
PadamYummy...
BalasPadam😊😊😊
PadamWow..1 of my fevret ni =D
BalasPadamKita genggg
PadamTak pernah makan kacang phool.
BalasPadamMungkin lepas ni boleh cuba.
Haa lepas ni kalau ada rezeki jumpa, boleh cuba rasa
PadamTak pernah makan pun kacang phol ni.
BalasPadamNanti boleh try, mana tahu kena dengan selera
PadamCuya tak pernah try kacang phool. Entah apa rasa
BalasPadamIni antara hidangan yang Cuya kena cuba at least once 😊
PadamWah lama tak makan! Memang sedap dan mengenyangkan 😋
BalasPadamSetuju. Sedap dan mengenyangkan 😊
Padamuihhhh sedap ni kacang phool! tp kwsn Perak susah nak jumpa hehe
BalasPadamArea tempat akak pun susah nak cari… mujurlah ada 1 restoran jual dishes dari Johor.
PadamIni kuliner yg saya belum coba juga. Masih penasaran. Masukkan dulu dalam list, harap2 bisa mencoba pas di KL
BalasPadamKena cari restoran yang mengkhusus juadah-juadah dari Johor, Fanny. Lebih autentik 😊
Padam6.30 pagi ni, lapar jugak perut. Mana ada kacang pool dekat2 ni ya, sedapnya.
BalasPadamKena cari tu… dah teringin 😊
Padamyelaaa mana cukup sekeping...selagi kuah tak habis... roti mesti mau cukup hehehe
BalasPadamBila sesekali makan, rasa tak cukup sekeping roti. Saya belum pernah menikmati kacang phool ni. Teringin juga rasa.
BalasPadamsedapnya...yum yum
BalasPadam"Kacang pool ni memang power bila dimakan dengan roti bakar. Rasa dia pekat, berempah, lemak… lepas tu kena dengan telur mata atas kuah tu
BalasPadam