Sarapan Kacang Phool

Jumaat, Mei 23, 2025

Assalamualaikum. Selamat pagi Jumaat!

Sudah bersarapan atau belum? Hari ini, seawal pagi saya dah memesan hidangan sarapan. Selesai ziarah pusara Cekebon, terus bergegas cari tempat makan. Lapar. 🤣

Pada mulanya, dalam fikiran hendak makan soto ayam atau lontong darat. Masuk restoran, dah duduk… laju je mulut pesan kacang phool. Fical minded betul. 

Inilah makan pagi saya - Kacang Phool.

Kacang Phool 😊

Alhamdulillah, berselera saya makan. Roti sekeping tak cukup! Pesan satu keping lagi. Sudah agak lama juga saya tidak makan kacang phool ni. Sedap betul roti bakar tu dicecah dengan kuah pekat yang masih hangat. Tak pandang orang keliling dah!

Perut dah berisi, dah boleh teruskan hari. 

Semoga hari kalian indah dan menyenangkan. Mudah-mudahan setiap urusan lancar, dipermudah Allah. Jaga diri!


28 ulasan

  1. Lama juga Sha tak makan Kacang phool ini.. Memang tak cukup sekeping roti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kan… dah kacang phoolnya sedap, takkan roti sekeping je… 😂

      Padam
  2. Wah, kacang phool ni power juga sampai roti satu keping pun tak cukup, kena tambah lagi! Memang betul, bila sedap, lapar pun jadi pandai fikir cepat-cepat, lain dari plan asal. Selamat menjamu selera dan terus semangat hari ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha memang tak cukup… tak tahulah kenapa 😆

      Padam
  3. Sedap ni. Ada favourite saya.

    BalasPadam
  4. Tak pernah makan kacang phool.
    Mungkin lepas ni boleh cuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa lepas ni kalau ada rezeki jumpa, boleh cuba rasa

      Padam
  5. Tak pernah makan pun kacang phol ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti boleh try, mana tahu kena dengan selera

      Padam
  6. Cuya tak pernah try kacang phool. Entah apa rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini antara hidangan yang Cuya kena cuba at least once 😊

      Padam
  7. Wah lama tak makan! Memang sedap dan mengenyangkan 😋

    BalasPadam
  8. uihhhh sedap ni kacang phool! tp kwsn Perak susah nak jumpa hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Area tempat akak pun susah nak cari… mujurlah ada 1 restoran jual dishes dari Johor.

      Padam
  9. Ini kuliner yg saya belum coba juga. Masih penasaran. Masukkan dulu dalam list, harap2 bisa mencoba pas di KL

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena cari restoran yang mengkhusus juadah-juadah dari Johor, Fanny. Lebih autentik 😊

      Padam
  10. 6.30 pagi ni, lapar jugak perut. Mana ada kacang pool dekat2 ni ya, sedapnya.

    BalasPadam
  11. yelaaa mana cukup sekeping...selagi kuah tak habis... roti mesti mau cukup hehehe

    BalasPadam
  12. Bila sesekali makan, rasa tak cukup sekeping roti. Saya belum pernah menikmati kacang phool ni. Teringin juga rasa.

    BalasPadam
  13. "Kacang pool ni memang power bila dimakan dengan roti bakar. Rasa dia pekat, berempah, lemak… lepas tu kena dengan telur mata atas kuah tu

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.