Laksa Lemak Kelantan

Khamis, Julai 17, 2025

 Assalamualaikum. Selamat pagi.

Sudah bersarapan ke belum tu? Alhamdulillah, hari ini untuk sarapan, ada rezeki saya makan laksa lemak Kelantan. Ada orang beri.

Laksa Kelantan 

Banyak juga untuk portion seorang makan. Tengok kuah lemak yang pekat dan beraroma, terus kecur air liur saya. Dah lama tak makan laksa lemak. Rasanya kali terakhir saya makan …adalah dalam lima ke enam tahun lepas. 

Nak cuba buat laksa Sarawak? Mudah je tau! Intai sini 😊

Kebetulan di tempat saya sekarang ini cuaca dingin, mendung macam nak hujan. Dapat hirup kuah laksa panas-panas, lawan pula dengan teh o panas… comforting betul!


Yummeh!

Alhamdulillah, kenyang. Sedap laksanya. Cukup rasa. Sudah boleh teruskan hari. 😊


Kalian makan apa pagi ini?

15 ulasan

  1. Wah, rezeki di pagi hari datang tepat pada masanya. Dapatlah kak Farah menjamu selera dengan laksa lemak Kelantan yang dah lama tak makan. Pagi ni saya masak bihun goreng singapore untuk sarapan.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah rezeki...SA x pernah makan laksa lemak kelantan lagi...nampak sedap..biasa SA makan laksam

    BalasPadam
  3. Di tempat PH pun redup je hari ni...
    Sedap nampaknya laksa Kelantan ni

    BalasPadam
  4. Pagi ni buat nasi goreng...bestnya dpt makan laksa...

    BalasPadam
  5. Sedapnya laksa lemak.. dah lama juga tak makan.. hari ni sis belum sempat sarapan lagi.. minum susu je.. ^^

    BalasPadam
  6. kali pertama ni dengar laksa lemak kelantan....

    BalasPadam
  7. Kuah dia pekat berlemak, tapi tak muak langsung. Bila makan dengan laksa lembut, ulam, sambal… pergh

    BalasPadam
  8. saya suka betul dengan laksa kelantan ni.. kalau pekena laksam pun best juga

    BalasPadam
  9. ammi sejak dapat adik ipar org kelantan ni kerap juga dapat merasa. mula2 tu tak reti juga nak makan tapi lama2 mcm sedap. rasanya laksa lemak kelate adalah laksa kedua jadi kesukaan ammi lepas laksa sarawak

    BalasPadam
  10. Belum coba kalo laksa lemak Kelantan. Tp bentuk agak mirip laksa Penang yaaa. Dari ikan juga kak?

    BalasPadam
  11. lama tak mkn laksa kelantan...sini paling byk laksam laa...

    BalasPadam
  12. saya kalau laksa balik2 laksa penang or laksa sarawak jela. laksa kelantan tak pernah rasa lagi. macam laksam ke rasanya?

    BalasPadam
  13. Tak pernah jumpa atau makan laksa Kelantan.. pekat kuahnya

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.