Nasi Goreng Kecombrang

Isnin, Julai 21, 2025

Pagi semalam, saya temankan Cekengah bawa anak kucing baharunya untuk suntikan vaksin susulan. Sementara tunggu adik saya sampai, saya masak sarapan siap-siap. Bolehlah bersarapan sekali sebelum gerak pergi vet.

Tengok dalam peti ais, ada setangkai kecombrang (bunga kantan) yang sudah hendak lisut. Lama dah saya beli. Konon-konon nak buat Sambal Matah Bali. Walaupun resepi asal sambal matah tidak guna kecombrang, entah kenapa saya teringin. Dok terbayang-bayang dalam fikiran, mesti sedap dan bertambah wangi sambal matah tu nanti…ada serai, daun limau, belacan dan bunga kantan.

Dari hari ke hari, sambalnya tak jadi-jadi! Saya asyik terlupa. Waktu teringat, lauk lain dah banyak atas meja. Tangguh esok, tunda lusa… mujurlah tidak rosak. Lain kalilah buat sambal matah.

Kecombrang nan setangkai tu saya jadikan ramuan nasi goreng. Kebetulan ada lebihan isi ayam panggang. Campak-campak sahaja bahan yang ada - bawang sikit, cili sikit… it’s done!


Inilah nasi goreng kecombrang saya untuk sarapan pagi. Tiada sayur di dalam nasi, makan dengan hirisan timun Jepun dan lobak merah.

Nasi Goreng Bunga Kantan

Robyn Cucuk Vaksin

Usai sarapan, kami berdua ke Klinik Zul Erwan. Appointment pukul 9.30 pagi. Masa booking, Cekengah memang pilih slot paling awal yang ada. Selesai urusan awal, dah boleh buat benda lain selepas tu.


Muka Robyn sebelum masuk bilik doktor. 

Menunggu giliran.


Sesudah kena cucuk, masuk kereta terus lelap! Tak berbunyi langsung.

Zzz Zzzz Zzz

Bulan depan akan suntik sekali lagi untuk lengkapkan kitaran yang ketiga. Cepat besar, Robyn. Risaulah awak tu kecil sangat. Risiko terpijak sangat tinggi. 🤣



25 ulasan

  1. Pertama kali dengar perkataan kecombrang tu.

    BalasPadam
  2. tentu sedap ada rasa bunga kecombrang

    BalasPadam
  3. Baru tahu nama lain bunga kantan is kecombrang.
    Cutenya Robyn!

    BalasPadam
  4. Nasib x google...baru dengar perkataan tu...

    BalasPadam
  5. robyn cepat-cepat besar ye.. nanti boleh jadi gebu gebas, sedap peluk.. hehehehe.. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, kena cepat besar. Seketul macam ni saya asyik risau terjerlus dalam lubang tandas ke, terkepit celah pintu ke 🤣

      Padam
  6. Balasan
    1. Iya… kecombrang itu kantan… kantan itu kecombrang heheheh

      Padam
  7. Boleh bau aroma nasi goreng tu. Pasti sedap bila ada bunga kantan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, bau dan rasa kantan tu yang menambah selera 😊

      Padam
  8. Ooo. Bunga kantan ada nama lsin eh..

    BalasPadam
  9. robyn nangis ke masa kena cucuk? hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Robyn good girl. Inject tak nangis, makan ubat senang 😆

      Padam
    2. sng keje dr zul bla robyn x nanges hahahaha

      Padam
  10. Gemooooy nya liat Robin 😍😍😍😍😍. Pengen aunty uyel2 rasanya 😄😄.

    Kecombrang atau bunga jantan ini memang sedaaaap dibuat apapun 😍😍. Saya juga sering utk sambal kak. Diiris, lalu campur dengan terasi, cabe rawit, bawang merah, semua gaulkan dalam pan isi minyak. Sampai wangi. Campur ke nasi panas, lauk telur goreng saja, beuuugh dah laaah, tak teringin yg lain 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduhai, sekarang jadi teringin hendak makan sambal seperti yang Fanny buat pula. 🤣 Boleh bertambah-tambah nasi tu.

      Tunggu Robyn besar dan gebu sikit. Nanti aunty Fanny boleh peluk-peluk 😊

      Padam
  11. Menyelerakan tu nasi goreng kecombrang. Baru tahu ada nama lain untuk bunga kantan. Kecombrang macam bahasa jawa bunyinya. Behave je dak Robyn ni hantar pergi Vet.

    BalasPadam
  12. Kucing kalau balik vaksin mesti tidurkan. Sedapnya nasi ada bunga kantan

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.