Nasi Goreng Bawang Putih Atas Batu

Jumaat, April 17, 2026

Assalamualaikum. Salam Jumaat. Semoga kalian semua sihat dan baik-baik sahaja hari ini.

Pagi ini, buat sarapan nasi goreng. Nasi goreng bawang putih atas batu. Kenapa atas batu? Dahulu, jika makan di satu restoran Jepun ni,  saya suka pesan Ishiyaki Garlic Fried Rice

Ishiyaki bermaksud stone cooked or grilled - makanan disediakan atau dimasak di atas batu granit panas lalu dihidangkan terus. Dahulu, secara tradisional, penduduk Jepun (terutamanya para nelayan) guna batu kawasan gunung berapi untuk kaedah masakan ini.

Inilah nasi goreng atas batu yang saya maksudkan.

Ishiyaki Garlic Fried Rice

Bayangkanlah, sewaktu nasi goreng ni sampai ke meja, bunyi berdesir nasi yang dikira masih lagi dimasak, aroma bawang putih, mentega dan daun bawang semerbak menerpa hidung! Memang meleleh air liur dibuatnya!

Disebabkan sudah lama tidak makan nasi goreng atas batu, hari ni saya cubalah imitate nasi goreng bawang putih Jepun.

Alhamdulillah, percubaan saya dikira menjadi! 

Nasi goreng bawah putih

Rasa bawang putih yang ketara, ada cincangan bawang putih rangup, rasa lemak mentega, nasi ada garing-garing sedikit teksturnya… kira dapatlah dalam 85% ke 87 % seperti rasa di restoran hahaha. Tolak beberapa persen sebab lupa tabur daun bawang. Dah nak makan baru terhegeh-hegeh hiris daun bawang. Selebihnya, tak cukup markah sebab masak atas pan, bukan atas batu. 😊 Nanti ada kesempatan, saya update resepinya kemudian.

OK, selamat bersarapan! Enjoy your day!

5 ulasan

  1. teringat pepper lunch, yg selalu ada kat food court tu. cuma yg tu pakai besi lah, bukan batu hehe

    BalasPadam
  2. Sedap nasi goreng tumis bawang putih je dan letak daun bawang.

    BalasPadam
  3. Langsung lapar lihat Ini pas saya lagi puasa ganti 😄😄😄. JD teringin pula beli nasi goreng.

    Saya sukaa juga makanan yg diletak atas batu panas. Mostly memang makanan jepang yaa.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.