Kad Raya 1437 - Yana Yani
Jumaat, Julai 01, 2016
Assalamu'alaikum,
Barulah hari ini berpeluang nak buat entri mengenai kad raya. Alhamdulillah, tahun ni dapat banyaklah juga kad raya, tanda ingatan daripada teman-teman. Seronok memikirkan budaya kirim dan balas kad raya ni masih berjaya dilestarikan :)
Kad pertama untuk tahun ni sampai ke teratak saya pada awal Ramadan. Teruja sangat! Datangnya daripada adinda Yana Yani (YY). Terharunya!
Apa yang istimewa mengenai kad raya Yana Yani ialah kadnya bertema. Bukan sebarang tema tau! Yana Yani mengangkat isu keprihatinan terhadap Syria dan Kempen Ramadan Al-Khair 4. Sambil-sambil hantar ucapan hari raya, Yana Yani bangkitkan kesedaran kita untuk 'ambil kisah' tentang saudara-saudara kita di sana.
