Saya sentiasa cari cara untuk manfaatkan sebaiknya material kraf yang ada dalam stok saya. Yalah, asyik beli beli dan beli... nampak cantik beli... berkenan beli.... Kadang-kadang barang seperti kertas, kad, hiasan kraf, pelekat dan macam-macam lagi menimbun begitu sahaja tanpa dibuat apa-apa. Rugi je kan?
Jadi, setiap kali saya berkesempatan luangkan masa di bilik kraf, saya akan pastikan saya hasilkan sesuatu menggunakan barang dan peralatan kraf yang saya ada. Siap buat larangan pada diri sendiri buat kesekian kalinya, selagi barang-barang yang ada tidak digunakan, tak boleh beli craft supply yang baharu.
Selain daripada merealisasikan 'cabaran
upcycle' Bott (cerita lanjut
di sini), sekarang saya kerap buat penanda buku bermagnet menggunakan kertas-kertas skrap yang saya ada.
I loveeee bookmarks! Suka sangat-sangat. Saya memang ada banyak penanda buku. Setiap kali nak baca buku baharu mesti akan belek koleksi penanda buku saya, pilih mana satu yang hendak diguna.
Saya juga gunakan penanda buku bermagnet untuk tanda halaman-halaman penting pada planner saya. Senang nak selak dan disebabkan cirinya yang bermagnet, penanda halaman tidak akan mudah terlucut. Selain untuk kegunaan sendiri, penanda-penanda buku ini juga saya beri pada rakan atau kenalan yang gemar membaca. Selebihnya, dijual dan hasil jualan goes to charity.
Di bawah ini antara penanda-penanda buku bermagnet yang saya buat.
Simple words tetapi mendalam maksudnya, kan? Penanda buku ini saya beri sebagai hadiah percuma kepada pembeli buku preloved saya di Carousell.