Countdown 2021 - Balang Kegembiraan
Rabu, Disember 23, 2020
Sebuah balang kegembiraan yang dibuat pada bulan Januari adalah untuk catat semua memori manis, kenangan bermakna atau perkara baik yang dialami sepanjang 12 bulan berikutnya. Saya peroleh inspirasi balang kegembiraan ini melalui Pinterest. Boleh baca entri 'Happiness Jar' di sini.
Apa yang penting dan lebih menyeronokkan ialah penglibatan seluruh ahli keluarga atau isi rumah. Sesuatu yang indah berlaku dalam hari kalian; sesuatu yang kalian rasa berbaloi untuk dikenang atau disyukuri ... catatkan momen tersebut dan masukkan ke dalam balang kegembiraan.
Nanti, malam tahun baharu duduk ramai-ramai dan buka balik setiap catatan satu per satu. Kadang-kadang kita terlalu sibuk sehingga lupa hendak hargai detik-detik gembira yang pernah kita lalui. Inilah masanya untuk kenang balik semua itu bersama-sama.
Countdown 2021 - Planner dan Jurnal 2021
Isnin, Disember 21, 2020
Secara peribadi, saya memang tidak sabar nak tutup 2020 dan mulakan 2021 dengan lebih tenang, lebih bersedia. Seperti biasa, apabila sebut pasal tahun baharu, tentu akan terfikir tentang planner, buku catatan, jurnal atau diari.
Siapa yang sudah miliki planner untuk 2021? Tidak kiralah jenis apa, berjenama atau tidak. Ada segelintir teman-teman saya yang kononnya hendak mogok. Tahun ini tak mahu ada planner sebab selagi ada wabak Covid-19 di sekeliling kita, keadaan tetap tidak terduga. Jadi, tiada gunanya merancang apa-apa. Buat bazir ada planner kata mereka 😁
Di pihak saya, keterujaannya tetap sama seperti tahun-tahun terdahulu. Tetapi saya tidak beli planner baharu, sebaliknya saya akan gunakan buku catatan yang ada dalam simpanan untuk dijadikan jurnal dan planner 2021.
Resepi Mudah Daging Lada Hitam
Jumaat, Disember 18, 2020
- 1/2 kilogram daging, dihiris nipis
- 1 biji bawang besar atau 3-5 biji bawang merah dihiris
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 2.5 cm halia dihiris atau diparut (Saya biasanya parut kerana saya simpan halia di dalam peti dingin beku untuk elakkan cepat rosak. Baca mengenainya di sini.)
- 1/2 batang lobak merah dihiris bulat
- 1 - 2 sudu besar kicap pekat
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 1/2 - 2 sudu besar serbuk lada hitam
- sedikit air untuk kuah
- 1 sudu besar tepung jagung yang dilarutkan dengan sedikit air
- minyak masak secukupnya untuk menumis
- garam jika perlu