Projek Soldadu BTS
Isnin, Jun 14, 2021
Assalamualaikum.
Saya terima tempahan projek kraf baharu. Sebenarnya , jika diikutkan saya dalam fasa berehat tidak ambil apa-apa tempahan kraf. Tetapi, disebabkan yang meminta ni seseorang yang sangat baik dengan saya, selalu ingat saya ... jadi saya okeykan sahaja. Tak sedap hati pula nak tolak. Tambahan pula, projek ini tidak mendesak. Saya boleh ikut kesesuaian masa saya sendiri untuk siapkan.
Lama juga kerah otak cari idea. Setelah idea dasar dan sketch siap, saya menung sekejap. Masalah saya ialah projek ini melibatkan dua perkara yang tidak berada dalam lingkungan pengetahuan saya:
![]() |
| Kredit |
1) BTS (Ya, kalian tidak salah baca. Memang BTS.)
2) Quilling - seni menggulung dan membentuk kertas.
Saya tahu tentang quilling. Tetapi, tidak pernah tergerak hati untuk belajar quilling kerana bagi saya seni ini agak remeh dan memerlukan fokus yang banyak. Dua hari ini, kerja saya saya tonton video tutorial di Youtube dan buku kraf lama. Mata pun sampai berpinar-pinar dok menggulung kertas. 😅




