Jumaat, Oktober 26, 2018

Kentang Bakar - Sedap Mudah Mengenyangkan

Saya selalu pastikan ubi kentang sentiasa ada dalam stok barang dapur. Sekurang-kurangnya apabila saya hendak sediakan sesuatu yang mudah dan sedap, my favourite pick is baked potatoes. Tidak kisahlah sebagai side dish, something to eat during brunch or just a simple treat for one, kentang bakar akan jadi sesuatu yang lazat untuk dinikmati.

Resepi kentang bakar sangat mudah. Disediakan dengan menggunakan ramuan minima yang boleh didapati di dapur. Secara dasarnya, kita hanya perlukan:
  • Kentang
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • Sedikit minyak masak. Juga boleh digantikan dengan sedikit marjerin atau mentega.

Empat bahan di atas kira bahan asaslah. Selebihnya, kita enhance keenakan rasa kentang bakar dengan pelbagai bahan lain (mengikut cita rasa). Macam saya, kalau nak sesuatu yang mudah disediakan dan  mengenyangkan, saya memang akan buat kentang bakar kegemaran guna empat bahan tadi je. Kentang bakar versi empat bahan ini juga sesuai untuk yang menjaga pengambilan kalori dalam pemakanan.

Cuma apabila tunas rasa ingin dimanja-manja ... sudah alang-alang buat kentang bakar tu apalah salahnya buat sesuatu yang kaya dengan rasa, kan? Pilihan utama saya tentulah tambah parutan keju kemudian  gandingkan dengan taburan herba yang sesuai seperti parsley, oregano atau thyme. Guna rosemary pun sedap! 

Resepi Kentang Bakar (Baked Potatoes) Mudah

Langkah-langkah Penyediaan:

Sedia untuk dibakar.

  1. Basuh kentang bersih-bersih. Tidak perlu kupas kulit kentang sebab pada kulit kentang tu ada khasiat.
  2. Saya suka belah kentang kepada empat bahagian (tetapi tidak dipotong sehingga habis). Jika tidak,  gunakan garpu dan buat lubang-lubang kecil pada kentang.
  3. Sapukan atau lumurkan sedikit minyak pada kentang, taburkan garam dan serbuk lada hitam.
  4. Seterusnya, saya tambah hirisan keju, serbuk paprika dan parsley. Pada peringkat ini, jika kalian mahu tambah sos, madu atau ramuan lain, dipersilakan!
  5. Bungkus kentang di dalam kerajang aluminium (aluminium foil). Jika tidak mahu menggunakan kerajang alumunium, tiada masalah. Susun sahaja kentang di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 200 - 220 darjah celcius sehingga kentang lembut. Lebih kurang 25 - 30 minit, bergantung pada oven dan saiz kentang.
  6. Hidangkan dengan sos kegemaran.


NOTA: Penggunaan kerajang aluminium turut boleh digantikan dengan penggunaan kertas parchment


Sedia untuk dimakan! 

Kentang Bakar Air Fryer

Sekarang ini, saya lebih gemar menggunakan air fryer untuk sediakan kentang bakar saya. Tidak perlu guna kerajang aluminium. Sediakan kentang seperti yang dinyatakan di atas. Kemudian, letakkan kentang di dalam bakul atau raga air fryer. Saya guna suhu 200 darjah celcius. Bab masa kena pandai-pandai selaraskan ikut kesesuaian air fryer masing-masing.


Selamat mencuba!

Jemput cuba resepi kentang di bawah ini:

16 ulasan:

  1. Aaaaaaa, baked potato! Lama dah tak makan dan buat.

    BalasPadam
  2. Kakak saya mesti suka resipi. Sangat simple. Thank you for the recipe :)

    BalasPadam
  3. Sedapnyaaa kentang.. Kentang ni boleh variasi macam2 kan. .ekin pun suka makan kentang..

    BalasPadam
  4. Pernah buat sekali kentang bakar tapi tak letak apa la. .Bakar dlm bara api

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang macam tu pun sedap gak. Rasa smokey gitu.

      Padam
  5. Wah sedap tu makan kentang bakar

    BalasPadam
  6. Sedapnya.. Selalu sha potong kiub dan taburkan sedikit lada hitam dan butter je..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.