Isnin, April 19, 2021

Projek Kad Raya 2021

Assalamualaikum. Salam sejahtera. 😊

Sebenarnya kering idea hendak menulis apa. Tahun ni tak sempat buat tutorial kraf kertas kad raya DIY. Jadi, saya kongsikan progress kad hari raya saya jelah. Saya pernah cerita mengenai misi kad raya di sini. 

Mungkin kerana tahun ini saya asyik 'bergelumang' dengan junk journal, saya teringin nak hasilkan kad raya bertema vintage. Kad ala-ala scrapbook dengan tema junk journal. Dalam kepala dah dapat bayang dah, tapi tak pasti apabila dah siap nanti jadi tak seperti yang dirancang. 

Sewaktu suarakan pada Bott, Bott suruh fikir dua tiga kali sebab bimbang saya tak dapat siapkan kad-kad saya. Kad ni macam banyak proses sedikit. Kalau setakat sekeping dua tak mengapalah, tapi saya nak buat banyak. Dia sarankan buat something yang simple je sebab saya ada komitmen penting kena selesaikan bulan ni dan masa saya terhad.

Fikir-fikir ... campur tolak darab bahagi semua ... boleh kot. 🤔 Buat perlahan-lahan. Setiap hari curi masa untuk siapkan satu bahagian. Hari ini potong kad, esok tulis sentimen, lusa tampal hiasan-hiasan ... lama-lama siaplah. Beria-ia saya plan dalam kepala. 

Alhamdulillah, setakat ini semua berjalan seperti yang dirancang. Antara proses awal kad raya saya:

Bab ni menyedihkan sedikit. Saya dah lama tak praktis hand lettering. Bila tulis grip saya tak sekata, herot-berot juga dibuatnya. Habis lari upstrokes dan downstrokes. Tak mengapalah. Asalkan perkataan 'Syawal' tu boleh dibaca sudah. 😂 Lepas ni kena rajin buat homework hand lettering.


Mula membentuk kad. Keadaan setelah siap diukur, dipotong dan dilipat. Tahun ini saya pilih impossible card sebagai jenis kad raya saya. Boleh baca lanjut mengenainya di sini.


Langkah seterusnya:

Ini proses mengecap pula. Dah nama pun vintage style, kenalah ada efek tulisan berangkai macam surat cinta zaman dolu-dolu. 😁

Okey, cukup ini dahulu. Kalau tunjuk semua, nanti tiada elemen surprise. Semasa entri ini ditulis, kad-kad sudah di fasa akhir. Tinggal tambah minor details sahaja. Saya dah boleh senyum lebar dan tarik nafas lega. 

Doakan saya sempat siapkan, yang penting sempat tulis dan hantar kepada penerima ya. Pernah satu tahun tu, beria-ia saya buat kad raya. Tapi, menjelang pertengahan puasa saya kepenatan. Tiba-tiba boleh hilang mood nak tulis dan hantar kad pada sesiapa. 😅



18 ulasan:

  1. wah tak sabar nak tgk kad dia siap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe saya harap kad ni adalah rupa kad raya bila siap nanti, kak 😊

      Padam
  2. Dalam proses akhir! Cepat juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paksa diri juga pastikan ada progress setiap hari 😊

      Padam
  3. Semoga mood kak Farrah mantain sampai siap projek ni. Chaiyok!!!

    BalasPadam
  4. Wahhh dahhh fasa terakhir! Tak sabar nak tengok final kad nya :)
    Mesti lawoo!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hikhik kalau tak lawo pun, anggaplah ini tanda ingatan penuh kasih sayang akak untuk adik-adik yang bakal menerimanya 😘

      Padam
  5. Wahh! Rajinnya dia buat kad raya sendiri :)

    BalasPadam
  6. kad raya vintage..tak sabo nak tengok..

    nostalgia bagi2 kad raya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap jadilah vintagenya tu, kak. Saya ni selalu bila buat kad... dalam kepala imagine lain, dah siap jadi lain 🥴

      Padam
  7. Cantiknyaaaaa. kreatif sangat! jeles hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai tak de kreatif manalah, Ika. Akak ni takat potong-potong tampal je hahahah

      Padam
  8. Alhamdulillah.. Dah nak siap dah ye kak.. Mesti seronok tengok hasilnya.. Chayook Chayook kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makasih, Sha. Sekarang tengah keringkan kad dan prepare sampul heheheh

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.