Isnin, April 05, 2021

Terawih atau tarawih?

Antara perkara yang sangat ditunggu-tunggu pada bulan Ramadan nanti ialah aktiviti solat sunat tarawih. Rindu betul suasana sebelum Covid-19 melanda, kita boleh ramai-ramai bersolat di surau dan masjid. Alhamdulillah, mujur tahun ini ada kelonggaran untuk menunaikan ibadah tarawih mengikut SOP yang ditetapkan.

Sebut pasal tarawih, jika dilihat terdapat kekeliruan dalam memastikan ejaan sebenar perkataan ini. Terawih ke tarawih? Maklum sahajalah perkataan ini merupakan perkataan bahasa Arab. Kita mungkin cenderung untuk mengeja ikut perkataan asal.

Ejaan yang betul ialah tarawih. 😊

Selain daripada Kamus Dewan Perdana, Kamus Dewan Edisi Keempat juga merekodkan terjemahan yang sama. Jadi, selepas ini bolehlah kita biasakan penggunaan ejaan yang betul.


Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

Sesiapa yang mendirikan solat malam (Tarawih) pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.

— Riwayat al-Bukhari, no hadith 36


Pengalaman tarawih bersama arwah nenek. 

Dalam banyak-banyak pengalaman tarawih, yang paling tidak akan saya lupa ialah kenangan bersama arwah nenek. Dahulu, pada hujung minggu Cekebon akan hantar saya balik kampung, temankan nenek. Apabila bulan puasa, saya kenalah ikut nenek pergi bertarawih di surau berhampiran rumahnya. 

Penat! Itu sahajalah yang saya tahu. Untuk budak kecil tak ada pengertian dan penghayatan Ramadan seperti saya, 23 rakaat saya anggap terlalu banyak. Sudahlah imam baca surah panjang-panjang! Bayangkanlah tengah solat, mata saya boleh roaming melilau ke kiri dan ke kanan. 

Nanti antara solat, nenek akan cuit paha saya, tegur saya suruh behave bila jumpa Tuhan. Siap umpan saya, lepas habis solat kita minum teh tarik. Fuh, terus semangat saya dibuatnya! Masa tu saya rasa teh panas suraulah yang paling sedap. Terus terbayang teh panas yang dikacuk dalam cerek besar. Habis setiap ayat yang imam baca saya aminkan! 

Momen paling indah - duduk bersila di hadapan pelbagai hidangan moreh dengan jemaah lain sambil tunggu teh yang nenek tuangkan dalam piring sejuk. 😁

Masuk sekolah menengah, duduk asrama. Jadi dah mula pandai hayati keindahan Ramadan sambil feeling-feeling rindu kampung halaman. Setiap kali selepas berbuka puasa, akan ada pengumuman tentang fadhilat bertarawih pada malam berkenaan. Punyalah teruja untuk tahu malam ini ganjaran apa... esok pula bagaimana... Kalau masa malam yang hebat ganjaran kebaikannya dan saya datang bulan, punyalah frust tak dapat tarawih!

Dah tua-tua ini baru tahu yang hadith tentang kelebihan solat tarawih setiap malam itu palsu. Ada elemen berlebih-lebihan dalam menetapkan ganjaran dan pahala bagi amalan ini malah hadith ini dikatakan bercampur dengan hadith yang lain. Kesimpulannya, apa yang penting, kita lakukan sahaja sepenuh hati kerana Allah. Jika kalian ingin tahu lebih lanjut, boleh rujuk di sini.

Seminggu je lagi. Moga kita berpeluang untuk bertarawih sepanjang Ramadan nanti.


Pstt! Masih ada blog kawan-kawan yang belum sempat saya kunjungi hujung minggu lalu. Tunggu ... insya-Allah saya datang. 😊

14 ulasan:

  1. dulu kecik kecik tunggu moreh je.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini kira memang ganjaran tarawih yang ditunggu 😂

      Padam
  2. Selamat Menyambut Ramadhan nnt :)

    BalasPadam
  3. Rindunya nak tarawih di masjid. Nampak gayanya tahun ini pun tak boleh sebab anak-anak masih tidak boleh solat di masjid

    Selamat menyambut Ramadhan tuk Farrah sekeluarga :)

    BalasPadam
  4. Kalau upin ipin, tawareh hahaha.
    Dulu kecik kecik, tunggu moreh je hahaha. Biasalah budak budak.
    Beberapa tahun ni pun buat dirumah je.

    BalasPadam
  5. Rasa mula tarawih masa Tingkatan 3. Memang rasa lama sahaja solat tarawih. Tapikan sekarang masih mampu buat 8 rakaat dan 3 rakaat witir. Isk bila mampu buat 20?

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.. Semoga dapat jumpa Ramadan yang tak berapa hari lagi ni. 🤲🏼

    BalasPadam
  7. Hadis palsu tu saya pun percaya gak dulu. Haha. Pengalaman terawih paling saya ingat masa SPM bulan puasa. Siang dah letih, tertidur masa solat. Mujur tak tersembam. Dah malu terus balik. Haha

    BalasPadam
  8. salah sebut rupanya selama ni huhuhu

    BalasPadam
  9. Seronok ingat moment kecik kecik pergi tarawih. sekarang dah dewasa kita lebih faham dan menghayati bulan Ramadhan :)

    BalasPadam
  10. yalah...bukan istilah asal kita kan...kalau setakat bercakap je mungkin ok lagi. kalau dah masuk penulisan haaa... hati2 ;-)

    BalasPadam
  11. Kena betulkan ejaan lepas ni.. tq kak..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.