Isnin, Jun 14, 2021

Resepi Air Fryer - Ubi Bakar Cajun

Satu lagi resepi mudah untuk disediakan yang sangat sedap dibuat kunyah-kunyah, Ubi Bakar Cajun. Untuk resepi ini, saya menggunakan dua jenis ubi - ubi kentang dan ubi keledek oren. 

Bahan-bahan yang diperlukan juga tidak banyak. Cuma ubi, sedikit minyak, beberapa ulas bawang putih dan rempah cajun secukupnya. Jika tiada rempah cajun, boleh ditukar kepada thyme atau rosemary. Tetapi, dah tak boleh panggil ubi bakar cajun lah ya. 

Resepi Ubi Bakar Cajun

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • beberapa biji kentang dan keledek. Saya guna dua biji kentang dan tiga biji keledek
  • 5 - 7 ulas bawang putih. Tidak perlu kupas kulitnya. Cuma perlu basuh bersih-bersih kemudian ketuk sedikit setiap ulas bawang.
  • 1 - 2 sudu teh rempah cajun
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam jika perlu


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Basuh dan bersihkan ubi. Potong menjadi bentuk wedges.
  2. Gaulkan ubi dengan rempah cajun, bawang putih yang telah diketuk dan minyak masak sehingga sekata. 
  3. Bakar di dalam air fryer pada suhu 200 darjah celcius. Masa memasak bergantung kepada portion hidangan (banyak mana ubi) dan jenis air fryer masing-masing. Apabila tekstur luar dah garing dan isi ubinya lembut, dah siaplah tu.
  4. Perasakan dengan garam jika perlu. Ada sesetengah rempah cajun sudah mempunyai garam, jadi tidak perlu digaramkan lagi.

*Jika inginkan rasa bawang putih yang lebih ketara, boleh goreng sebentar bawang putih dengan minyak masak di dalam kuali sehingga bau dan rasa bawang putih terserap ke dalam minyak. Setelah itu barulah digaulkan dengan potongan ubi sebelum dibakar.

 
Tekstur dalam ubi yang lembut. Selain potongan ubi, bawang putih bakar tu pun laku. Saya dan Bott berebut-rebut makan. Ubi bakar cajun ini sedap dinikmati begitu sahaja sebab rasanya dah cukup serba-serbi. Tetapi, jika hendak dihidangkan dengan sos pilihan pun tiada masalah. Sos cili ke … BBQ ke … atau mungkin sos keju dan mayones, terpulang selera masing-masing.

Selamat mencuba!



14 ulasan:

  1. Mudahhhh! Dah ada air fryer ni boleh lah try :P

    BalasPadam
  2. sedapnya..tak pernah lagi guna rempah cajun ni..

    BalasPadam
  3. sedap ni kak farrah! adik shida pernah masak nasi cajun dgn ayam grill..sedap juga..tp smpai skg xtahu ape resepi nyee hahaa ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishhh dengar nama menu pun dah terliur. Akak suka rempah cajun ni... nanti nak cuba cari resepi nasi cajunlah :)

      Padam
  4. Boleh cuba sebab saya ada rempah cajun.

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Yummy yum! Tapi kalau nak buat utk Hud tak sesuai sebab rempahnya pedas-pedas sikit.

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.