Ahad, Julai 18, 2021

Ikan Pekasam Hulu Perak Sedap dan Berbaloi

Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu. 

Hari ini saya mulakan hari dengan senyum lebar sedikit. Dah  digugurkan dari PKPD di Selangor. Jadi, sekarang balik semula ke fasa PKP. Syukur. Mudah-mudahan keadaan bertambah baik. Apa yang penting, kita tetap kena terus jaga diri baik-baik. Lagi-lagi adanya varian Delta yang kian mengganas dengan kadar jangkitan lebih tinggi. Jangan keluar rumah jalan-jalan sana sini melainkan jika ada urusan penting. 

Sepanjang tempoh PKPD baru-baru ini, Bott yang akan keluar beli barang-barang keperluan dapur di kedai runcit berdekatan. Saya in charge beli barang online. Kelmarin, balik dari beli barang runcit, Bott hulurkan satu bungkusan kepada saya. Satu pek ikan pekasam.

Pekasam Hulu Perak
Resepi Warisan Ayah dan Ibu
Dijamin Bersih dan Suci

Punyalah teruja tengok bungkusan ikan pekasam di tangan. Bukan ikan pekasam biasa ya. Ini Ikan Pekasam Hulu Perak kegemaran saya. Saya pernah cerita mengenainya di sini. Dahulu, jika hendak dapatkan ikan pekasam ini, kami kena cari  di sebuah gerai makan di pasar basah Taman Ehsan. Waktu tu memang tak jumpa dijual di tempat lain. Setiap kali beli, mesti borong beberapa pek sekali gus.

Sekarang, Ikan Pekasam Hulu Perak ini ada dijual di kedai runcit berhampiran rumah saya. RM6.50 sebungkus. Gembira apabila memikirkan jarak antara saya dengan keenakan ikan pekasam menambat selera cuma beberapa tapak sahaja.


Lihat juga: Cara Buat Pekasam Telur Sotong | Resepi Pekasam Telur Sotong


Apa yang saya suka sangat dengan Ikan Pekasam Hulu Perak ini ialah berasnya banyak dan tidak berair. Setiap ikan pekasam mewah disaluti beras. Pembungkusan pun kemas. 

Kita close up sedikit.



Cara Masak Ikan Pekasam

Cara penyediaan ikan pekasam ikut selera masing-masing. Ada orang suka makan ikan pekasamnya lembut dan hancur. Ada yang suka garing-garing. Saya biasanya akan goreng ikan pekasam lama sedikit supaya ikan dan  beras semua jadi garing. Kemudian, angkat dan ketepikan. Minyak goreng ikan tadi digunakan semula untuk tumis hirisan bawang besar, beberapa ulas bawang putih yang ditumbuk, hirisan cii padi dan hirisan daun limau. Seterusnya, letak kicap manis sedikit sebelum dituangkan ke atas ikan pekasam tadi. 

Juadah begini sesuai sangat sebagai hidangan untuk membangkitkan selera. Pasti bertambah nasi semasa makan. Malam itu kami makan malam dengan bayam masak lemak putih, sambal bawang Sambal Uleg Finna dan ikan pekasam. Alhamdulillah, nikmatnya.

Kalian pula bagaimana? Biasanya bagaimana cara penyediaan hidangan pekasam? Sesetengah orang suka buat gulai lemak. Ada juga yang goreng ikan pekasam dan tambah bahan-bahan lain seperti cili kering, petai dan ikan bilis. Sudi-sudilah kongsi dengan saya.



30 ulasan:

  1. Alhamdulullah rezeki makanan kegemaran dekat beberapa tapak saja. Kalau saya goreng je kut hehe.. Syukur D ditamatkan, masih perlu berjaga-jaga, inshaAllab reda nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, moga kita terus jaga diri dan keluarga :)

      Padam
  2. Alhamdulillah, seram juga baca pasal delta varian tuh. Anyway, sedapnya ikan pekasam lama tak makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, memang menyeramkan. Kalau keluar rumah, rasa nak bernafas pun tak tenang dibuatnya.

      Padam
  3. Haah sama goreng garing. Lepas itu goreng hirisan bawang besar dan cili api.
    Hehe saya tidak pasti pekasam saya beli itu dari mana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Goreng garing, bawang besar lebih ... cili api lebih memang best! Sekarang ni ada macam-macam pekasam di pasaran, kan? Tinggal pilih yang sesuai selera je 😊

      Padam
  4. Saya tak makan pekasam sangat, tapi di rumah saya mak selalu goreng dan perah limau.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..mesti seronok kedai berdekatan ada jual ikan pekasam favourite kak farrah. boleh membeli selalu. Saya mula belajar makan ikan pekasam masa study di Penang dulu. Suka jugak jenis beras banyak dan tak berair. Yakin tahan lama sikit. Cara saya macam kak farrah buat gak goreng garing sikit letak bawang dan cili api/cili kering. Pembuka selera betul ni. Nikmat makan dengan nasi panas-panas. Tapi sejak dah tak study sana lansung susah nak jumpa ikan pekasam kat selatan ni. Tak pernah lagi makan yang masak lemak/gulai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok, Fiza! Jika tidak susah nak cari. Bolehlah main beli jenis yang lain tapi kadang-kadang tak kena pula dengan selera.

      Akak pun sama macam Fiza. Pekasam tu digoreng letak bawang dan cili api dah cukup sedap dah. Bila tahu ada orang buat gulai, teringin juga nak cuba. Tapi selalu belum sempat cuba juadah berbeza, ikan pekasam dah selamat digoreng garing 😂

      Padam
  6. Alhamdulillah dah bebas daripada pkpd. Nak kongsi tapi saya tak pernah makan pekasam hehehe.Rugi betul saya ni, banyak benda tak makan kan kak farrah huhuhu :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi usah ngomong gituan dong! Tiqah muda lagi... banyak peluang utk explore macam-macam food. Antara jumpa dengan tidak je. Nanti ada peluang jumpa pekasam lepas ni boleh cuba beli.

      Padam
  7. Alamak..sedapnya...dah la akak nyer fav pekasam....baru ni ada beli dari kawan FB...sedap..x rasa dan x bau pekasam sangat..maybe dia baru buat kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeayy, kita geng pekasam! Mungkin pekasam barulah tu kan, kak. Tu yang tak bau sangat. Kalau tidak, memang bau tak boleh sorok punya 😆

      Padam
  8. Saya amat jarang makan pekasam.. Pernah sekali dua je merasa ikan keli pekasam. Sedap juga sebenarnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap, kan... oh saya dlm banyak-banyak jenis pekasam, pekasam ikan keli tak pernah cuba lagi.

      Padam
  9. sedapnya pekasam,

    Kalau dekat rumah slelau makan goreng mcm tu saja, Tambah bawang besar yang banyak, cili padi makan dengan nasi panas. umphhh terangkat. #Staysafe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang terangkat!
      Same goes to you, Ain. Jaga diri baik-baik 😊

      Padam
  10. Sedapnya. naniey baru try makan ikan pekasam last year masa PKP. Sedap rupanya. Memang menambah nasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha bab bertambah nasi tu memang tak dapat elak 😅

      Padam
  11. sy xpernah mkn ikan pekasam.. tp nmpk menyelerakan.. haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti suatu hari ezy kena cuba. Mana tahu kena dengan selera 😊

      Padam
  12. Mcm penah makan pekasam tp xigt sejenis ikan ke apa. Tapi mcm xkena tekak pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ada sesetengah orang tak kena dengan pekasam sbb tak tahan bau peraman beras dan gabungan rasa masam masinnya tu.

      Padam
  13. Ramai ke peminat ikan pekasam dalam blog kak farrah ni? hehee..walau shida pemakan ikan tp blm pernah cuba lg makan ikan pekasam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha boleh buka kelab Geng Pekasam 😂 Oh, Shida belum pernah rasa ya... Nanti ada rezeki boleh cuba... tengok kena dengan selera atau tidak.

      Padam
  14. Ikan pekasam goreng garing2 sedap ni

    BalasPadam
  15. UII SEDAPNYA MAKAN IKAN PEKASAM DENGAN NASI PANAS , MEMANG BERTAMBAH LA

    BalasPadam
  16. mkn dgn nasi panas fuhhhhh x pndg da yuri n de geng������

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.