Isnin, Ogos 23, 2021

Resepi Lempeng Oat dan Pisang

Assalamualaikum.

Hari ini saya ingin kongsi resepi sihat lempeng oat dan pisang. Lebih kurang seperti lempeng pisang biasa tetapi lempeng yang ini versi rendah kalori kerana kita guna oat. Bagi yang tercari-cari idea bagaimana untuk memasukkan oat dalam hidangan atau menu harian anda, lempeng oat dan pisang ini sesuai untuk sarapan atau minum petang. Bukan sahaja mudah disediakan, malah lempeng ini berkhasiat dan mengenyangkan.


Lempeng Oat dan Pisang

Resepi Lempeng Oat dan Pisang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 biji pisang bersaiz besar (+/- 280 - 300g). Jika guna pisang yang bersaiz sederhana atau kecil, tambah bilangan pisang. Lebih masak pisang lebih baik kerana kita akan peroleh manis daripada pisang ini.
  • 2 biji telur
  • 1 cawan rolled oats
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 2 - 3 sudu besar susu (optional)
  • secubit garam
  • sedikit minyak kelapa, minyak sayuran atau mentega untuk lengser kuali leper

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak ke dalam mesin pengisar dan kisar bahan selama beberapa minit sehingga semuanya sebati. Untuk proses ini, disarankan guna pengisar yang berkuasa tinggi supaya oat dan pisang betul-betul lumat, bergabung dengan bahan lain.
  2. Panaskan kuali leper. Lengser sedikit permukaan dengan minyak kelapa atau mentega.
  3. Tuangkan atau sendukkan adunan lempeng ke atas kuali leper. Biarkan seketika pada suhu sederhana panas sehingga permukaan atas lempeng timbul gelembung-gelembung kecil. Terbalikkan lempeng. Biarkan lagi sehingga lempeng betul-betul masak.
  4. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Lempeng oat ini sedap dihidangkan dengan sirap mapel (bagi yang tengah berdiet, guna sirap mapel original, bukan yang banyak kandungan gula tu)  atau madu asli, sedikit taburan serbuk kayu manis dan hirisan pisang. Pilihan lain yang lebih enak tentunya lelehan sos coklat pekat dan sedikit shredded coconut yang disangrai.



Tiada pengisar yang sesuai? Sediakan hidangan ini mengikut cara biasa kita membuat lempeng. Gantikan satu cawan rolled oat dengan tepung oat. Jika tiada, kisar rolled oat menggunakan pengisar kering sehingga menjadi tepung. Kemudian, adunlah menjadi bater lempeng.


Penggunaan susu bergantung kepada selera masing-masing. Saya biasanya akan masukkan dalam 2 sehingga ke 4 sudu besar susu untuk dapatkan konsistensi lempeng yang saya kehendaki. Tambahan pula, saya rasa saya perlukan sedikit cecair untuk oat menyerap dan mengembang. Tetapi, jika tidak mahu guna susu pun tidak mengapa. 

Selamat mencuba!

30 ulasan:

  1. sedapppnyaaaaa ahai ni terus nak g cari pisang ni

    BalasPadam
  2. Macam-macam lempeng boleh cuba kan... lempeng pisang memang sedap....

    BalasPadam
  3. Wow.. Combo menarik. Kalau saya makan ni satu tak cukup

    BalasPadam
    Balasan
    1. Don't worry. Akak spare tiga keping extra untuk Sal :)

      Padam
  4. alahai, baru perasan resipi lempeng ni, tadi dah buat cekodok pisang dah, buah semua terlebih masak dah, mkn sungguh cekodok rini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uish dap dap dap tuh! Tak pe ... hari ni layan cekodok pisang. Lain kali boleh cuba buat lempeng pula.

      Padam
  5. Salam. Senang ada resepi, suka lempeng, suka pisang, memang gu,. Sedap nampak lempeng pisang tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, walaupun guna oat, keenakan lempeng pisang tetap terasa :)

      Padam
  6. Lempeng pisang mcm ni memang cepat habis daripada lempeng biasa.

    BalasPadam
  7. CCL PERNAH CUBA JUGA GUNA BISKUT OAT KRUNCH & PISANG , RASANYA MEMANG SEDAP

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woww, dengar pun dah sedap! Akak ada tertengok Youtube Buat Orang Lapo buat meals pakai oat brand apa tah. Berkenan nak buat, tapi akak ada rolled oat je... yang fancy fancy tu tak beli heheheh

      Padam
  8. Tak pernah cuba buat lagi lempeng oat dan pisang. nanti nanti boleh cuba resipi Kak Farrah ni pulak. tq share resipinya :)

    BalasPadam
  9. Selalu buat lempeng pisang tambah jagung krim. Belum cuba lagi lempeng pisang tambah oat. Boleh cuba ni. Tq for sharing ye Farrah.

    BalasPadam
  10. Kak farrah ni tahu tahu je kita nak buat lempeng hahahaha, lempeng pisang pulakk tuu, lagilah favorite! Boleh try lepas ni sebab simple aje resipinya :D

    BalasPadam
  11. Kalau lempeng pisang saja saya makan.. Kalau ditambah oat, memang saya tak biasa makan.

    BalasPadam
  12. sedap kak. macam nak buat lempeng/jemput2 kelapa pulak.hehe

    BalasPadam
  13. nnt buat hangus sikit ek mcm kaler bulu yuri then bg sy ehhh����

    BalasPadam
  14. lempeng ni fav mak ayah saya kak farrah..menu wajib kalau semua ade dirumah..mesti mak buat..lempeng manis..cicah sambal..ikan blis fuh!

    BalasPadam
  15. Aduh-aduh.. lempeng oat dan pisang pula Kak Farah nie..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.