Sabtu, Ogos 21, 2021

Gulai Lemak Tempe Kulit Tembikai

Gulai Lemak Kulit Tembikai | Satu olahan resepi menggunakan kulit tembikai. Beberapa hari lepas dapat buah tembikai. Bott potong tembikai, asingkan kulitnya dan simpan di dalam satu bekas. Sekali-sekala kami memang akan simpan kulit tembikai. Isi tembikai yang manis dan segar kita makan, kulitnya kita laukkan. Tidaklah membazir, kan?

Kebiasaannya, saya masukkan hirisan kulit tembikai ke dalam gulai lemak atau ikan masak taucu. Potongan atau hirisan kulit tembikai tu kita letak sebagai menggantikan timun. Sedap!

Ikut perancangan asal, memang hendak sediakan ikan taucu. Tetapi, hari sebelumnya dah makan ikan goreng rebus.  Apabila tengok dalam peti sejuk ada tempe (bimbang pula kalau tidak dimasak segera, tempe akan rosak), terus tukar menu buat gulai lemak tempe. 


Baca juga: Tips Memilih Tembikai


Beginilah rupa paras gulai lemai tempe kulit tembikai saya. 😀 Pada mulanya, saya mahu buat gulai lemak biasa. Tetapi, tiba-tiba teringin makan gulai pedas. Jadi, saya tumbuk je cili padi dan masukkan ke dalam gulai.

Resepi Gulai Lemak Tempe Kulit Tembikai


Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 ketul tempe. Boleh digoreng terlebih dahulu atau dimasukkan terus ke dalam gulai. Saya gaul potongan tempe dengan sedikit serbuk kunyit dan goreng menggunakan air fryer supaya tempe tak nampak pucat. 😅
  • 2 biji bawang merah. 
  • 1 - 2 ulas bawang putih. Tidak mahu guna bawang untuk resepi ini pun tidak mengapa.
  • Sejemput kecil ikan bilis ditumbuk kasar. Boleh juga digantikan dengan udang kering atau kaki ayam.
  • 1 kotak santan. Kali ini saya menggunakan Santan Kelapa Kurang Lemak S&P. 
  • Beberapa tangkai cili api. 
  • Kulit tembikai yang telah dikupas kulit luar dan dipotong memanjang.
  • Serbuk kunyit secukupnya.
  • Garam secukup rasa.

Santan Kelapa S&P Kurang Lemak


Dah ada bahan-bahan ini, masaklah gulai seperti biasa. Saya suka masukkan kulit tembikai semasa proses awal memasak biar kulit tembikai lembut dan tidak terlalu keras. Tempe goreng sahaja saya masukkan akhir sekali setelah gulai masak.


Kebetulan ada beberapa ketul nasi himpit dalam peti dingin beku. Saya rebus balik, makan dengan kuah gulai lemak. Terangkat! 


Aneka resepi menggunakan kulit tembikai.

Bagi yang sebelum ini tidak pernah rasa lauk menggunakan kulit tembikai, kalian bolehlah cuba. Sebenarnya, banyak lagi menu lazat lain yang boleh disediakan menggunakan kulit tembikai.

Kegemaran saya ialah ikan masak taucu, kerabu kulit tembikai (lihat resepi di sini) dan sayur bayam masak lemak putih. Selain itu, ada yang biasa masukkan ke dalam sup juga misalnya sup sayur atau sup bebola ikan. 


19 ulasan:

  1. Kulit tembikai memang sedap dibuat sayur. Gulai lemak tempe kulit tembikai sungguh menggoda selera!
    Buat kerabu kulit tembikai pun sedap.

    BalasPadam
  2. Allahuakbar, baru tau ni. Terima kasih perkongsian.

    BalasPadam
  3. Kadang-kadang guna kulit ari tembikai untuk masak air.
    Bagus juga letak dalam masak lemak. Buat tebal sedikit kulit ari tembikai.

    BalasPadam
  4. Akak x pernah plak tau kulit tembikai boleh dibuat lauk ni...menarik laaa..

    BalasPadam
  5. MashaAllah soecialnya resepi hari ni, tak pernah tahu pun buah tembikai jadikan lauk. Logiknya memang timun besar kan hehe.. Menarik masak lemak, ikan acar pun bole tu..

    BalasPadam
  6. Menarik ni. unik hidangan masak lemak tempe campur kulit tembikai. Rupanya kulit tembikai boleh dimakan juga jadikan lauk ye. Bagus tak membazir macam tu.

    BalasPadam
  7. Tak pernah lagi makan gulai kulit tembikai

    BalasPadam
  8. xpernah lg masak kulit tembikai.. tp ni nmpk sedap betol!
    kalo rs mcm timun mmg sedap laa.. haha..

    biasanya tembikai sy frozen kan je.. pastu blend buat ice blended tembikai.. hihikk

    BalasPadam
  9. Tak pernah makan. Tapi macam dpt agak rasa sedap dia tu macam mana.

    BalasPadam
  10. Tak pernah tahu pun ada orang buat kulit tembikai sebagai lauk.. Baru tau..

    BalasPadam
  11. Menariknya resepi ni . Ccl belum pernah cuba . Tapi ada satu resepi yang arwah tok ccl ajarkan iaitu sayur manis kulit tembikai . Rasa sedap juga

    BalasPadam
  12. first nampak lauk ni. thanks for sharing :)

    BalasPadam
  13. Ok seriously k ret first time tau kulit tembikai bole buat lauk hehehe...

    BalasPadam
  14. sedap..pernah sekali masak tumis..

    BalasPadam
  15. nanti saya nak ajak mak saya masak kulit tembikai. saya rasa dia mesti pernah makan. Idea menarik

    BalasPadam
  16. Agak2 rasa kulit tembikai tu macam timun buat masak tak? Tekstur yang kenyal2 sikit rangup2 haa gituu mcmm mana nak explain haha

    BalasPadam
  17. Tak pernah tahu pun kulit tembikai pun boleh dijadikan gulai! Biasa makan tembikai gitu aje hahaha. Macam sedap pulak makan tembikai time cuaca panas panas, eh tiber hehehe :D

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.