Selasa, Ogos 31, 2021

Salam Malaysia Prihatin

Assalamualaikum.

Salam 31 Ogos! Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64! Tahun ini sekali lagi ‘Malaysia Prihatin’ diangkat sebagai tema sambutan kemerdekaan negara. Mudah-mudahan konsep prihatin, ambil berat dan saling peduli itu ada dalam diri kita semua, malah sentiasa dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari.

Google kibar Jalur Gemilang 😊


Rindu tak pada kemeriahan suasana sambutan Hari Kebangsaan? Ada yang buat countdown merdeka tak malam tadi? Dahulu, pagi-pagi dah buka televisyen hendak tengok perarakan Hari Kebangsaan. Kuatkan bunyi suara, siap tukar dari satu saluran ke saluran TV lain hendak cari siaran dan liputan mana yang best. Semoga tahun-tahun akan datang, dapatlah kita nikmati kemeriahan sambutan ini semula.

Sarapan Pagi Merdeka

Tiada hidangan warna-warni bertema Jalur Gemilang pun 😊. Cuma pagi ini sarapan berat sedikit. Malam tadi hujan, puas tahan rasa perut yang menggigit.

Panas-panas dari kuali, mi Hokkien.


Resepi Mi Hokkien versi saya di sini.


Selain itu, ada tempe mendoan juga. Cecah dengan kuah  sambal kicap cili api.



Kalian bersarapan apa pagi ini?


Mood Blogwalking Terbantut

Maaf andai belakangan ini saya tidak berkunjung ke blog kalian. Banyak benar masalah melibatkan kotak komen. Dah komen, komen tak muncul … komen hilang … profile tak muncul … kena jawab teka-teki dengan robot … macam-macamlah! Ada beberapa blog yang saya kunjungi, dah baca lima enam entri dan tinggal jejak. Apabila tengok semula, tiada komen-komen saya. Memang putus angin dibuatnya.

Nanti perlahan-lahan saya blogwalking ya. Semoga kalian sentiada berada dalam lindungan kasih sayang dan rahmat Allah. Jaga diri semua.

15 ulasan:

  1. Selamat Hari Kemerdekaan.
    Simpati baca masalah Puan Farrah hadapi. Tidak tahu cara penyelesaian. Harap-harap dapat selesaikan kemudian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Merdeka! Thanks, NA. Nantilah apabila ada kelapangan baru saya godek-godek. Mungkin kena clear cache atau ubah privacy settings... mungkin juga masalah blogger sendiri.

      Padam
  2. Selamat Hari Kemerdekaan yg ke-64...

    selalu jg terjadi profile takde...mmg hilang mood bila komen tak muncul..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... saya terus tinggalkan skrin. Pergi buat kerja lain 😅

      Padam
  3. Salam kemerdekaan buat FM.
    CCL pun baru je terkena masalah kotak komen ni. ..dua tiga hari ni baru reda . Kalau tidak spoil je mood nak bw blog rakan2

    BalasPadam
  4. Selamat menyambut hari kemerdekaan buat kali ke 64. Merdeka! Merdeka! Merdeka!


    Sama lah kak farrah. Stree betol masalah komen ni. hilang mood terus huh. Saya pun hilang dkt 2 minggu sebab geram dengan isu yang sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... nama je merdeka. Hati tak merdeka, berdongkol sebab gaduh dengan kotak komen hahahah

      Padam
  5. Salam merdeka ke 64.
    Sekarang kita sedang mengharapkan benar-benar kebebasan daripada wabak. Semoga Allah swt permudahkan.

    BalasPadam
  6. Itulah blogger memang pening. Yang peliknya komen 'aneh-aneh' bersepah. Terpaksa buat setting moderate comment. Selamat Hari Kebangsaan kak Farrah. Semoga daat merdeka dari Covid jugak

    BalasPadam
  7. Menarik ..Google flag..bergerak. Salam kemerdekaan ke 64

    BalasPadam
  8. Sedapnya mi hokkien tu..
    Selamat menyambut hari kemerdekaan dan selamat beristirehat..

    BalasPadam
  9. Selamat menyambut kemerdekaan negara Malaysia ke 64! :)

    BalasPadam
  10. Selamat Hari Merdeka. Harap tahun depan boleh sambut dengan meriah. tempting pulak tengok tempe mendoan tu Kak Farrah.

    Betullah kak sebelum ni komen hilang, Jenis yang terus komen muncul bila refresh komen hilang. Pelik betul. Kotak komen bermasalah betul sekarang ni. Tak tahulah kenapa

    BalasPadam
  11. Walaupun dah lambat sehari, saya nak ucapkan jugak Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke - 64 buat kak farrah dan keluarga! Part komen tu saya setuju sangat -,- Memang berapi kepala bila dah tick tick kotak gambar tu tapi still suruh tick lagi. Dah lah gambar tak jelas, loading lambat, last last jadi silent reader aje >.<

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.