Khamis, Januari 27, 2022

Kintry Gift Box yang Hantar Segantang Ceria

Sebelum ini melalui entri Warna-warna Pastel yang Menggembirakan, saya ada kongsi mengenai Kintry Gift Box pemberian adik saya, si Cekengah. Namanya Kintry Anak Malaysia Gift Box.


Kintry Anak Malaysia Gift Box

Cantiknya! Berwarna-warni! Memang apabila buka bungkusan dan nampak kotak ni, automatik jadi ceria dan gembira! 😂 Kintry bekerjasama dengan artis berbakat Fazarizan Mukhtar dalam menghasilkan ilustrasi menarik untuk pembungkusan kotak hadiah ini. Semangat Malaysia sangat!


Mari kita lihat isi kandungannya pula.

7 pek snek Kintry yang lazat-lazat 😊

Dapatkan di Lazada | Shopee

Luar cantik, dalam pun cantik! Memang sah-sah kita jamu mata dahulu. Siapa yang tidak akan tertarik pada pembungkusan eksklusif memancing perhatian dan selera sebegini. Setiap pek ada ilustrasi cantik menggambarkan kehidupan yang sangat dekat dengan kita. Ada 7 pek. Terus datang perasaan tamak haloba saya hendak makan semua sekali gus. 😂

Pilihan Snek Kintry Anak Malaysia Gift Box

  • Pandan Gula Melaka Granola 
  • Salted Butter Caramel Granola 
  • Chocolate Hazelnut Granola 
  • Honey Quinoa Granola 
  • Salted Egg Yolk Potato Crisps 
  • Macadamia Cookies 
  • Oat Cookies 


Oat Cookies

Dari segi rasa, jangan risau. Sedap-sedap semua. Ada 7 pilihan tu, mesti akan ada sepek dua yang kena dengan selera. Sesuai sangat untuk snacking. Rasa itu sedikit, ini sedikit. Bagi saya, saya suka semua pilihan granola yang ada cuma Salted Butter Caramel agak terlalu manis buat saya (tetapi sedappp!). Cookies pula, antara  Macadamia Cookies dengan Oat Cookies, saya paling suka biskut oat. Oat Cookies keluaran Kintry merupakan antara biskut oat yummy yang pernah saya makan.  

Berminat? Boleh dapatkan kotak hadiah ini di Kintry Food Co. di Lazada atau Shopee. Selain Kintry Anak Malaysia Gift Box, terdapat juga beberapa gift box lain misalnya Kintry Chinese New Year Gift Box dan Kintry Bangkit Gift Box.


Pembelian untuk pek individu secara berasingan pun ada tau! Saya dah pesan Pandan Gula Melaka Granola, Chocolate Hazelnut Granola untuk tabur atas overnight oat dan Oat Cookies buat kunyah-kunyah. Semua pek 200g. Puas sikit makan. 😊


Ni raya Cina dah nak dekat, bolehlah hantar titipan istimewa kepada kenalan kalian. Tidak pun, buat hadiah hari lahir ke ... hadiah top commentator ke ... intai-intailah Kintry Food Co. ya.

16 ulasan:

  1. cutenya packaging dia hehe. btw, jemputlah singgah di blog kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, Nurin! Selamat berkenalan. Terima kasih sudi berkunjung ke mari. Insya-Allah, nanti akak datang balas kunjunga Nurin ya :)

      Padam
  2. Menarik sangat kotak dan pek dia. Comel! Dia punya comel dan perisa yang ada menggoda betul. Terus saya masuk bakul duit kat shopee. Ada bajet lebih boleh beli nanti² :)

    BalasPadam
  3. packaging dia menariks je...and bous cedap. leh try la nanti

    BalasPadam
  4. Lawa semua lukisan kat packaging dia :)

    BalasPadam
  5. Packaging dia menarik. Geram pula tengok.. Like dulu

    BalasPadam
  6. Naik taraf status granola. Jadi bagi yang hendak makanan menyihatkan dan sedap boleh dapatkan yang ini.

    BalasPadam
  7. Cantik luar, cantik dalam, seronok membaca, tiba sedapnya semua.. Terutama yang ni Pandan Gula Melaka Granola :)

    BalasPadam
  8. cantiknya. buat hadiah diri sendiri jelah ni. haha

    BalasPadam
  9. Menariknya!
    Macam teringin pula nak rasa. Tq for sharing Farrah.

    BalasPadam
  10. Packaging dia memang ohsem.. Sha ada cuba juga.. Biskut dia sedap..

    BalasPadam
  11. nice dijadikan gift.
    penerima akan senyum lebar :) in shaa Allah.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.