Jumaat, Januari 07, 2022

Mi Udon Bolognese

Assalamualaikum. 

Nama resepi bukan main fusion lagi, kan? Mi Udon Bolognese. Konon-konon menu kacuk negara matahari terbit dengan Itali. Hakikatnya, ini hidangan leftover. Saya kelaparan. Buat kerja di komputer sampai terlajak waktu makan. Mulalah menyelongkar peti ais tengok lebihan makanan yang boleh dimakan.

Ada beberapa batang sosej ayam yang Cekengah beri. Dia pergi bersarapan di luar, pesan menu Big Breakfast. Memang betul-betul big! Dalam pinggan tu (mungkin boleh tepat lagi dulang hahaha) ada segala macam benda - telur dadar, sosej, chicken slice, beef slice, salami, pepperoni. Belum campur dengan dua tiga jenis roti, dua tiga jenis keju dan jem. Tidak ketinggalan salad. 

Terkejut jugalah Cekengah melihat saiz hidangan. Sudahnya, dia berkongsi makan dengan kawan yang turut memesan menu sama. Bahagian dia, bungkus bawa balik hantar pada Along.

Mula-mula ingat nak buat roti sosej sahaja. Tetapi, takut tak kenyang! Pagi tadi dahlah tidak ambil sarapan berat. Jadi, untuk hidangan merarap yang dah nak membawa ke waktu minum petang, saya masaklah proper meal yang mengenyangkan.

Mi Udon Bolognese

Lihat juga: Resepi Mi Udon Rihito Si Butler Ganteng

Mi udon seperti biasa saya guna jenama Vit's. Beli secara online di kedai rasmi VitsNoodles di Lazada. Kuah bolognese tu pula sebenarnya kuah pasta homemade yang Bott buat siap-siap, simpan dalam peti dingin beku sebagai stok.

Hendak kata kuah bolognese kurang tepat sebenarnya sebab dia tak letak daging cincang. Lebih kepada sos tomato untuk buat kuah pastalah. Ramuan lebih kurang seperti sos bolognese (guna bawang, tomato dan herba-herba yang berkaitan), tetapi tiada daging cincang. Apabila hendak masak, barulah kita letak daging cincang, bebola daging, ketulan ayam atau makanan laut sesuai selera.

Ada sosej, ada kuah tomato, rancaklah saya berkelentang-kelentung. Saya tumis beberapa ulas bawang putih (saya suka rasa bawang putih yang kuat pada pasta saya) bersama sedikit minyak zaitun. Masukkan hirisan sosej diikuti dengan kuah bolognese homemade Bott dan reneh seketika. Setelah itu, masukkan mi udon. Saya masak sekali mi udon dengan kuah selama beberapa minit di atas dapur supaya tekstur mi jadi lebih lembut. Dapatlah menyerap mesra rasa kuah bolognese. 

Siap sudah hidangan acah-acah fusion saya! Apa yang penting, tidak ambil masa yang lama untuk disediakan. Tak sempatlah saya nak menggeletar ketar lutut sebab kelaparan. Saya nikmati mi udon bolognese dengan daun salad dan hirisan timun. Itu sahaja sayur yang senang dicapai 😊

  





16 ulasan:

  1. Senang jugak kan simpan stok sos pasta homemade siap-siap dalam fridge. Haip, jangan tak jaga makan. Nasihat orang padahal sendiri pun sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang senang. Dari freezer ke kuali gitu!
      Hahahah okey... lepas ni kita sama-sama jaga makan ya. Makan kena on time ... roti kulat A BIG NO! Tak boleh makan!

      Padam
    2. hahaha. ok. pas ni tiru stail akak simpan roti dalam fridge

      Padam
  2. Jenis hidangan dalam talam tu memang besar portionnya sebab ada macam macam. Mujur kak Farrah kreatif. terhasil lah makanan yang unik ni. Sedap jugak tu mi udon dengan sos bolognese.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah, Fiza. Akak rasa hidangan Big Breakfast tu untuk 2 - 3 orang makan. Tapi adik akak dengan kawan dia pesan sorang satu. Memang senaklah dibuatnya hahahah

      Alhamdulillah, kira mi udon bolognese akak ni edible sebab tekstur udon kan anjal-anjal macam pasta juga.

      Padam
  3. Balasan
    1. Kalau nak makan, kena kacuk resepi macam akaklah :)

      Padam
  4. sedapnya!
    sy kalo udon reti mkn dgn tomyam je..
    aritu try goreng udon lain mcm rs dia.. haha

    BalasPadam
  5. menarik juga tu gabungan mi udon bolognese tu

    BalasPadam
  6. Boleh try next time mi udon dengan sos bolognese

    BalasPadam
  7. terus terang, aida x pernah merasa mi udon, farrah.
    ada je nampak. tapi tak pernah membelinya / memakannya.
    jakun skit ha ha ha ha...

    BalasPadam
  8. Nampak menarik menu ni. Dah hlah penggemar pasta

    BalasPadam
  9. menarik juga guna mi udon.. Sha goreng biasa je mi tu.. hehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.