Assalamualaikum. Salam Penghulu Hari.
Cuaca di tempat kalian hari ini bagaimana? Di kawasan saya, hujan masih belum berhenti sejak dinihari. Pagi ini memang dingin sedingin-dinginnya.
Jika diikutkan mahu terus bermalas-malasan melelapkan mata, tetapi perut dah mula berkeroncong. Terasa macam nak makan something hot and comforting.
Cepat-cepat saya prepped bahan untuk buat bubur ayam. Sementara menunggu bubur masak, saya perap doh untuk cakoi. Sambil-sambil tu, kemas-kemas rumah, putar kain dalam mesin, urus itu, urus ini.
Sekitar satu jam kemudian…
Inilah sarapan pagi saya 😊.
| Hidangan makan pagi Jumaat. |
Semangkuk bubur ayam (Resepi bubur ayam boleh lihat di sini.), beberapa ketul cakoi mini dan secawan teh panas. Hirup teh panas, suap bubur, cicah cakoi dalam bubur, kunyah… hirup teh lagi. Alhamdulillah!😊
Teh Wangi Ros 888
| Teh Wangi Ros 888 |
Alhamdulillah syukur tenang keadaan boleh minum teh wangi... Bubur dgn cakoi tu sedap betull...
BalasPadamSedapnya layan bubur nasi di kala hujan, syahduuuuu :)
BalasPadamTeh 888 ni mmg sedap kan.. PH suka teh wangi dia
Tempat saya hujan sekejap pagi tadi.. lepas tu teruslah panashingga ke petang
BalasPadamSedapnya bubur ayam tu. Hujan-hujan memang kena dah menu tu. Pagi tadi makan bihun goreng aje sambil sediakan bekalan untuk anak.
BalasPadamCakoi tu makan begitu saja ke? Takde kuah. Biasa ada kuah cili atau kuah kacang.
BalasPadamDi Seremban hujan tengah malam semalam sampai pagi. Harini pun sejuk je waktu pagi. Tengok hidangan kak Farrah ni terasa seronok kalau dapat nikmati waktu pagi begini. Tapi apakan daya, kita puasa hari ni. Tengok je lah. hehe...
BalasPadamdi selatan Perak cuaca mendung & hujan gerimis juga awal pagi tp masuk tgh hari cuaca mula panas.. tp petang ni hujan semula.. sedapnyaaa cakoi & bubur ayam & teh wangi!
BalasPadamBestnya buat cakoi sendiri. Sedapnya teh wangi. Dapat imagine bau nya.
BalasPadamAissh cakwe nya menggoda. Saya suka cakwe ini. Di sinipun cakwe bisa dimakan dengan bubur ayam juga kak. Kalo dimakan sendiri, biasa pakai saus merah yg asam manis pedas.
BalasPadamSini hujan sekejap. Panas yang banyak. 😆
BalasPadamMesti sedap makan cakoi masa hujan.
teh 888 ni mmg x dinafikan kesedapannya👍
BalasPadamDah lama x makan bubur ngan cakoi...nampak sedap tu ha..SA x pernah rasa lagi teh wangi...kena cari ni
BalasPadamlama nya x makan cakoi, hari tu gi cari.. x de plak org jual
BalasPadamMacam ni pun dah cukup untuk sarapan
BalasPadam