Assalamualaikum. Salam pagi Isnin. Saya tengah bersiap-siap untuk keluar sekejap lagi. Hendak pergi beli barang dapur. Sebelum itu, jengah sebentar blog yang sudah agak lama saya abaikan.
Pagi ini tidak bersarapan berat. Sekadar alas perut sebab akan makan di luar. Minum kopi seteguk dua dengan tiga biji baulu. Cukuplah.
| Kopi dan baulu |
| 100% Natural Date Syrup |
Sirap kurma ini tiada gula tambahan. Memang rasa manisnya datang dari kurma. Sesuailah dijadikan pemanis gantian untuk buat kopi atau teh, untuk bake biskut, kek… jadi sirap untuk dilelehkan di atas pancake pun sedap.
Resepi Pancake Mudah | Resepi Lempeng Jagung
Semenjak jatuh cinta dengan sirap kurma, saya semakin suka guna sirap ini kalau nak maniskan minuman. Pulang beraya bulan lepas, adik ipar saya ada beri sebotol sirap kurma juga. Punyalah saya gembira! Bertambah stok pemanis kopi dan teh saya. Selepas ini, sudah boleh mula survey jenama sirap kurma yang ada di pasaran.
Kawan-kawan ada mana-mana produk sirap kurma yang boleh dicadangkan?
SA x pernah rasa lagi sirap atau cuka kurma tapi tau khasiatnya...bagus dapat gantikan gula kan...
BalasPadamItulah, SA. Saya ni orang beri baru tahu ada sirap kurma. Bolehlah buat ganti gula putih 😊
PadamNak cari jugalah sirap kurma
BalasPadamSelamat mencari, Wak. Kalau jumpa yang best, tolong recommend pada saya sekali.
Padam1st time juga dgr ni..sirap kurma. nice...
BalasPadamGuna untuk bancuh kopi asyikkk, Ayu 😊
PadamKlasik Tema sarapannya :D
BalasPadamBelum pernah cuba/jumpa sirap kurma.
Insya-Allah, lepas ni mesti PH akan jumpa sirap kurma heheheh
Padamnampak menarik siram kurma tu
BalasPadamLepas ni kalau jumpa, boleh cuba 😊
Padamsejenis yg x penah beli apa2 sirap hehehe boleh tak?
BalasPadamkalau sirap utk buat air tu penah laa...
Hehehe boleh saja… 😂
PadamKopi dan kurma, memang gandingan yang mengancam dan mengenyangkan.. Sha pernah cuba kopi campur kurma tapi tak pernah cuba pemanis kurma.. Nanti bolehlah cari..
BalasPadamMenarik juga rasanya, Sha. Sebab kita guna kurma tu sekadar untuk memaniskan kopi (bukan kopi + kurma), jadi rasa kurma tu mild sahaja.
PadamKenyang juga sarapan begini. Yang penting kopi tu kena ada. Hihi...Baru tahu ada sirap kurma. Mesti sedap dijadikan pemanis.
BalasPadamSedapnya kopi dengan bahulu
BalasPadamKalo di sini ada banyak jual sari kurma kak. Sirup kurma td saya search di Tokopedia, ternyata ada juga jual. Tp kayaknya dari Arab Saudi asalnya. Biasa saya beli dari kurma. Tp nak coba juga yg sirup
BalasPadam