Betik Limau Kasturi
Isnin, November 17, 2025
Assalamualaikum. Apa khabar, sahabat-sahabat maya yang dikasihi? Entri terakhir saya di sini adalah pada 20 Ogos yang lalu (entri Wordless Wednesday, gambar ketika saya berada di Klinik ENT untuk prosedur laringoskopi.) Setelah itu, blog terabai lama. Hendak masuk tiga bulan barulah berjaya muncul semula. 😅
Sebenarnya, pada 17 September, saya telah menjalani pembedahan untuk buang kelenjar tiroid sebelah kanan (Partial thyroidectomy). Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Setelah pembedahan, sibuk dengan proses pemulihan, follow-up treatments & check-ups, pergi bercuti sekejap, rehatkan badan dan fikiran… haaa, sekarang baru berpeluang untuk lepak santai dan kembali menulis di blog.
Insya-Allah, selepas ini dapatlah catch-up balik dengan kalian semua. Banyak cerita dan kisah-kisah menarik yang saya tertinggal ni.
Betik Limau Nipis
Cuaca di tempat kalian bagaimana? Hari ini, di kawasan saya terik betul. Panas-panas begini, mulalah tekak tercari-cari, inginkan sesuatu yang segar.
| Betik dan limau kasturi |
Bib untuk Si Coffee Si Chai
Selasa, Julai 29, 2025
Ingat lagi tak sebelum ini saya kongsi cerita tentang set hadiah book sleeve, cup carrier dan rantai kunci bertemakan Star Wars? Boleh baca mengenainya di sini.
Memandangkan ada banyak kain lebih, Bott buat 2 helai bib. Ini bib bukan sebarang bib tau…bib ada ropol-ropol, tali tu panjang siap boleh simpul reben. 🤣
| Bib Star Wars |
Nasi Goreng Kecombrang
Isnin, Julai 21, 2025
Pagi semalam, saya temankan Cekengah bawa anak kucing baharunya untuk suntikan vaksin susulan. Sementara tunggu adik saya sampai, saya masak sarapan siap-siap. Bolehlah bersarapan sekali sebelum gerak pergi vet.
Tengok dalam peti ais, ada setangkai kecombrang (bunga kantan) yang sudah hendak lisut. Lama dah saya beli. Konon-konon nak buat Sambal Matah Bali. Walaupun resepi asal sambal matah tidak guna kecombrang, entah kenapa saya teringin. Dok terbayang-bayang dalam fikiran, mesti sedap dan bertambah wangi sambal matah tu nanti…ada serai, daun limau, belacan dan bunga kantan.
Dari hari ke hari, sambalnya tak jadi-jadi! Saya asyik terlupa. Waktu teringat, lauk lain dah banyak atas meja. Tangguh esok, tunda lusa… mujurlah tidak rosak. Lain kalilah buat sambal matah.
Kecombrang nan setangkai tu saya jadikan ramuan nasi goreng. Kebetulan ada lebihan isi ayam panggang. Campak-campak sahaja bahan yang ada - bawang sikit, cili sikit… it’s done!
Inilah nasi goreng kecombrang saya untuk sarapan pagi. Tiada sayur di dalam nasi, makan dengan hirisan timun Jepun dan lobak merah.
![]() |
| Nasi Goreng Bunga Kantan |
Beg Telur Sepapan
Jumaat, Julai 18, 2025
Saya cemerkap orangnya. Kalau pergi beli telur, tidak pernah cukup kuantiti telur yang selamat sampai rumah dengan sempurna. Mesti ada sebiji (atau dua) yang pecah.
Tidak kiralah beli sama ada yang sepuluh biji ataupun sepapan, ada sahaja kemalangan kecil yang akan cederakan telur-telur saya. 😭
Pernah sekali tu, sementara nak pindahkan sepapan telur dari troli ke bonet kereta… boleh pula sebiji tercampak keluar dari bekas telur. Telur pecah dalam troli, menjejer ke atas tar kawasan parkir. Tak pasal-pasal selepas tu saya kena terbongkok-bongkok bersihkan troli, sisa telur dan kulitnya.
Jadi, apabila awal tahun lepas saya terserempak dengan beg yang boleh isi telur sepapan di Pinterest, saya bodek Bott agar buatkan untuk saya.
Saya memang perlukan beg telur!
Beg Bawa Telur
| Beg Bawa Telur | Kredit Gambar - Anana Deco |
Bak Chang Mama Cah Kitchen
Khamis, Julai 17, 2025
Bak Chang Halal | Ada siapa-siapa yang suka makan bak chang? Kita satu geng. Bak Chang ialah sejenis makanan tradisi kaum Cina yang diperbuat daripada beras pulut dan mempunyai inti. Ala-ala ketupat. Kalau kita ada ketupat nasi, ketupat palas yang masing-masing dibalut dengan daun kelapa dan daun palas, bak chang dibalut menggunakan daun buluh.
Bak Chang berintikan daging, kekacang, cendawan shitake dan kuning telur masin yang dimasak dengan rempah beraroma. Dahulu, sukar hendak dapatkan bak chang halal kerana faham-faham sajalah daging apa yang digunakan. Andai teringin, kena cari di kedai atau restoran Cina Muslim baru jumpa. Sekarang, sudah ada banyak bak chang versi halal. Guna daging lembu atau ayam.
Ini salah satu bak chang halal kegemaran saya - Bak Chang Mama Chah Kitchen. Tidak perlu susah-susah cari. Kita beli secara online sahaja.
| Produk Mama Cah Kitchen |
Fika Bersama Rhea | Canele dan Chicken Puff
Rabu, Mei 28, 2025
Canele dan chicken puff untuk coffee break saya. Over bebenor saya ni, kan? Duduk rumah pun nak ada coffee break. Kasi can la…
Cekengah hantar pagi tadi sebelum berangkat pergi melanglang buana. 😊 Oh, canele! Memang kegemaran saya ni! Sebiji tak cukup!
| Dari kiri: Chocolate canele, tak pasti (mungkin earl grey canele), pandan coconut canele. Tiga-tiga sedap! |
Fika moments saya hari ini diserikan dengan tiga biji canele, seketul chicken puff dan…
| … seekor anak bulus 😂 |
Bawa Diri
Kerana Dia Peminat Star Wars
Selasa, Mei 27, 2025
Set Hadiah Tema Star Wars | Ada seorang rakan lama saya yang minta tolong Bott buatkan book cover (sarung buku). Dia ingin beri hadiah kepada adik lelakinya, seorang ulat buku yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran awal bulan hadapan.
Pada mulanya, saya dan Bott ingin cari rekaan kain yang agak maskulin. Dalam pada kami berdua rambang mata dek melihat pelbagai corak kain di Shopee, terjumpa kain kartun Star Wars ni. Walaupun bukan Star Wars ori, kainnya comel sangat! Dapatlah kita tangkap karakter-karakternya. Adik kawan saya tu peminat tegar Star Wars. Memang rezeki dialah.
Alhamdulillah, semua mudah dan lancar. Kain murah (kualiti seperti yang diharapkan), penghantaran tidak ambil masa yang lama. Barang-barang lain yang diperlukan semua sudah sedia ada di rumah.
Selepas selesai buat book cover, masih ada banyak lebihan kain. Bott buatkan sekali wristlet key fob, rantai kunci yang boleh dipakai di pergelangan tangan dan coffee cup carrier.
Dapatlah satu set.
| Set Hadiah Tema Star Wars |
Laderach Dubai Pistachio Kunafa Chocolate
Isnin, Mei 26, 2025
Sebelum ini, dalam salah satu entri Wordless Wednesday, saya ada kongsi gambar coklat-coklat Dubai - coklat kunafa pistachio yang saya dapat Syawal lalu. Rezeki raya tahun ini memang mewah dapat coklat Dubai. Uje dan Dhila bawa balik dari sana, kawan sekolah beri sebagai oleh-oleh, officemate Cekengah belanja saya. Kebetulan semuanya dapat lebih kurang pada masa yang sama.
Antara coklat kunafa yang saya terima ialah coklat Laderach. Kalau ikutkan saya, hubungan saya dengan Laderach sebatas pandang dari jauh sahaja. Tidak mampu saya hendak beli coklat mahal-mahal begini. Main timbang-timbang, sekeping kecil sahaja boleh cecah puluhan dan ratusan ringgit. Sebelum ini pun, kalau pergi TRX dan lalu depan Laderach, saya main pandang-pandang jeling-jeling je. 😆
Tapi, Allah susun… dalam rezeki adik-adik saya, ada terselit rezeki kakaknya juga untuk merasa.
Laderach Pistachio Kunafa Chocolate
| Laderach Chocolate |
Sarapan Kacang Phool
Jumaat, Mei 23, 2025
Assalamualaikum. Selamat pagi Jumaat!
Sudah bersarapan atau belum? Hari ini, seawal pagi saya dah memesan hidangan sarapan. Selesai ziarah pusara Cekebon, terus bergegas cari tempat makan. Lapar. 🤣
Pada mulanya, dalam fikiran hendak makan soto ayam atau lontong darat. Masuk restoran, dah duduk… laju je mulut pesan kacang phool. Fical minded betul.
Inilah makan pagi saya - Kacang Phool.
| Kacang Phool 😊 |
Gaun Tambah Pesak
Khamis, Mei 22, 2025
Kisah gaun tambah pesak ini sebenarnya kisah Syawal. Sudah lama peram dalam draft. Ingat lagi tak tahun lepas saya ada kongsi tentang Rhea, kucing Cekengah dengan kebaya sendatnya? Boleh baca di sini.
| Rhea dan gaun rayanya. 🤣 |
Tak pastilah sama ada Cekengah ni in denial tak mahu admit kucingnya membesar bagai juara ataupun memang sizing baju tu salah… gelak besar saya dibuatnya.
Dalam pada gelak-gelak, kasihan juga dekat adik saya tu. Punya excited nak sedondon dengan kucing kesayangan, alih-alih hasrat tidak kesampaian.
Kali ini, kita libatkan campur tangan Bott. Saya minta tolong dia alter baju tu bagi besar sikit. Belek punya belek, basi jahitannya tak ada lebihan sangat. Kalau nak tetas dan besarkan memang tak dapatlah.
Laju je mulut saya sarankan tambah pesak. Masa ini kami bertiga memang gelak besar. Saya dan pesak memang ada sejarah.
Viral Disebabkan Pesak
Sewaktu menjalani Taaruf Week di matrikulasi, baju orientasi yang saya dapat ketat tang perut, tang lengan. Kalau pakai memang sendat macam nangka kena balut.
Saya dah cuak. Dalam hati memang nekad je nak pakai baju sendat. Lagipun boleh cover dengan tudung.
Arwah Cekebon bimbang saya rasa tidak selesa. Arwah sanggup hubungi tukang jahit untuk minta jahitkan pesak pada baju orientasi saya (baju tu baju kurung moden).
Berkejar arwah Cekebon dan arwah baba pergi kedai cari kain yang lebih kurang sama tona, hantar pada tukang jahit tu. Siap belikan makan tengah hari untuk mereka sekeluarga supaya tukang jahit tu boleh fokus alter baju saya. Bayar upah lebih lagi.
Menjelang petang, saya sudah ada baju orientasi berpesak yang sangat selesa untuk dipakai. Faham-fahamlah, masa minggu orientasi kena berkejar, berlari ke sana-sini.
Yang kelakarnya, rakan sebilik saya masa tu musykil - “Eh, ada saiz yang kena dengan awak?” Dia keliru kenapa ada student yang saiz lebih kurang saya (malah ada yang lebih kecil daripada saya) terpaksa pakai baju kurung biasa dek kerana tiada saiz yang padan.
Saya pula jujur je jawab mak saya sempat pergi hantar tailor suruh tambah pesak.
Saya ingat habis di situ sahaja. Rupa-rupanya, isu tambah pesak tu boleh jadi benda besar. Kira kalau zaman sekarang, saya dah viral dah! 🤣
Kuasa words of mouth (zaman dulu pun ada netizen kaki gossip 🤣), hampir satu batch baru daftar tu… dengan senior yang jadi committee, dengan lecturer yang terlibat… kebanyakannya tahu baju saya tambah pesak.
Bayangkanlah, tengah dalam baris member sebelah tengok saya senyum-senyum. Tunjuk pesak baju saya.
Tengah berlari nak pergi hall, committee suruh berhenti kejap. Nak tengok baju saya. Nak tengok pesak.
Bila kenang-kenang balik, kelakar juga. Sayu pun ada. Apa sahaja yang Bon tidak buat untuk anaknya ni. Al-Fatihah untuk Cekebon, Rosnidar Ali.
Gaun Tambah Pesak
| Setelah ditambah ‘pesak’. |
| Gaun berpesak yang lebih selesa. |
Sudah ada ruang bernafas, Rhea pun tak rimas. Dapatlah si Ragdoll ni menggayakan gaun ni dalam tempoh yang agak lama semasa raya.
Eh, panjang pula entri pesak saya! Okey, jumpa lagi nanti. Terima kasih sebab sudi singgah tau. Insya-Allah, hujung minggu ni perlahan-lahan saya blogwalking blog kawan-kawan ya.
Ketam Bercili dan Mantou Goreng
Rabu, Mei 21, 2025
Baru-baru ini, saya menginap di luar kerana ada urusan yang perlu dilunaskan.
Kepenatan, sebelah malamnya saya tidak ke mana-mana. Sekadar menghabiskan masa di bilik.
Ketika sedang leka menonton televisyen, ada Grab rider hubungi saya. Rupa-rupanya, seorang teman saya belanja saya makan malam. Petang itu kami berbual-bual melalui telefon. Tahu-tahu, dia buat kejutan hantar dinner kepada saya. Tengoklah apa yang saya terima.
| Ketam bercili, mantou goreng dan nasi goreng |
Nasi Kerabu Stesen Nasi Kerabu
Jumaat, Mei 16, 2025
Hari ini untuk makan tengah hari, saya beli nasi kerabu. Sewaktu sedang leka buat kerja tadi, tiba-tiba rasa lapar datang menyerang! Dah tak boleh fikir apa dah…Nak masak, tak ada mood. Nak keluar, malas pula. Jadi, saya Grab sahaja 😁.
Nasi kerabu dari Stesen Nasi Kerabu. Ini antara nasi kerabu kegemaran saya. Kedainya terletak di Kota Damansara. Memang selalu ramai orang.
| Alhamdulillah, makanan dah sampai! |
Phone Strap Manik Silikon
Jumaat, Mei 09, 2025
Kelmarin, semasa kemas barang-barang di bilik kraf, terpandanglah kotak berisi manik silikon. Lama dah saya tak buat kraf guna manik silikon.
Belek-belek tengok baki manik yang ada, terus buat keputusan untuk duduk sekejap dan hasilkan phone strap.
Di bawah ini, phone strap yang berjaya disiapkan.
| Silicone beads phone strap. |
Ohuhu Markers 320 Warna Ceria
Khamis, Mei 08, 2025
Ohuhu Markers | Bagi teman-teman yang hobinya suka mewarna, mesti kalian familiar dengan Ohuhu Markers. Ohuhu Markers ini jenis marker berdakwat alkohol.
Pernah dengar Copic markers? Haaa… ini jenama yang lebih mampu milik. Harganya tidaklah semahal Copic tetapi tetap mahal untuk bajet saya. 🤣
Dalam dunia warna-mewarna, alcohol markers sering jadi pilihan kerana warna dakwat yang lebih menyerlah, boleh blend lebih cantik, tona lebih sekata. Hasil warnaan kita akan jadi smooth dan realistik. Sesuai sangat untuk illustrations atau comic-art.
Ini set Ohuhu Markers saya. 😊
| Ohuhu Art Markers - Oahu - 01 | Chisel and Fine |

