Kasih Tak Bersyarat

Ahad, Mei 09, 2021

Assalamualaikum. Salam Ahad. Semoga kalian sihat untuk menjalani hari-hari terakhir Ramadan.

Hari ini kita ada keraian istimewa. Kita meraikan wanita hebat bergelar ibu. Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, emak, mama, mummy, mom, ummi ... you deserved to be appreciated not only on this special day, in fact every day.

Kalian ada sebarang perancangan istiwewa bersempena dengan hari ibu? Apa-apa pun, tolong jaga diri dan patuh SOP ya. 


Rindu Cekebon

Disebabkan PKP, tahun ini tahun kedua saya tidak dapat sambut hari ibu dan hari lahir Cekebon bersamanya. Kami video call sahaja. Bagi yang memang ikut blog ini dari dahulu, kalian pasti tahu Cekebon atau Bon ialah panggilan saya untuk ibu. Adalah cerita masa kecil bagaimana tercetusnya Cekebon dan kekal sehingga ke hari ini.

Resepi Acar Buah Ikan Masin

Jumaat, Mei 07, 2021

Seminggu sebelum Ramadan, jiran sebelah beri saya acar buah ikan masin. Sedapnya. Lama dah tak makan acar buah. Dapat pula ada ikan masin sekali. Memang bertambahlah saya makan. Sambil menikmati acar sehingga ke cebisan buah dan titisan minyak terakhir 😅, sibuklah saya buat plan dengan Bott. Rangkanya hendak buat sendiri acar buah banyak-banyak. Stok untuk sepanjang Ramadan. 

Bukan main rancak lagi kami merancang, saya nak acar buah ikan talang, Bott ingin acar buah daging salai ... alih-alih malas hendak keluar cari bahan-bahan. Sudahnya acar ke mana kami pun ke mana.  Tertangguhlah projek acar buah kami.




Alhamdulillah, rupanya masih ada rezeki menikmati acar buah sepuasnya walaupun dah hujung-hujung Ramadan. 



Tadaaa!

Projek Kad Raya 2021 Selesai

Ingat lagi tentang projek kad raya saya? Boleh baca mengenainya di sini dan di sini. Alhamdulillah, hari ini saya sudah boleh senyum lebar-lebar. Semua kad raya yang saya buat sudah siap ditulis dan dipos. Tinggal kad-kad untuk beri by hand atau letak di dalam hamper raya sahaja yang masih ada dalam simpanan saya.

Proses karang ayat hari raya untuk batch kad yang terakhir.

Kad Hari Raya Syawal 1442


Pagi tadi sempat menghantar trip kedua (dan terakhir) untuk dipos. Berdasarkan tarikh akhir yang diberi oleh pihak Pos Malaysia, insya-Allah akan sempat sampai sebelum raya. 😀
Untuk kelas Bahasa Inggeris online saya bersama si cilik minggu ini, saya memilih membuat aktiviti menggunakan lagu Twinkle Twinkle Little Star. Meskipun bulan puasa ini mereka kelihatan agak penat, tetapi apabila bab nyanyi, semangatnya tetap sama. 😁

Kord Gitar From FAMF Tower



Twinkle Twinkle Little Star (Easy Guitar Chords)


C                  C          F      C
Twinkle twinkle little star
F                 C         G           C
How I wonder what you are
C            F           C             G
Up above the world so high
C            F            C          G
Like a diamond in the sky



C                  C          F      C
 Twinkle twinkle little star
F                 C         G           C
 How I wonder what you are