Dimensional Tapes | Foam Stickers untuk projek Kraf Kertas yang Lebih Menarik
Rabu, April 30, 2014
Selalunya apabila membuat kad ucapan atau scrap page, saya akan guna 'foam tapes/stickers' pada hiasan (embellishment) tertentu untuk dapatkan efek 3D. Jadi hiasan tersebut akan kelihatan seperti sedikit tertimbul pada permukaan kad atau kertas. Tidaklah simply flat on the surface :)
Dimensional stickers |
Dimensional tapes/stickers ada dalam banyak bentuk. Ada yang dah siap-siap potong dalam bentuk pre-cut small squares, pre-cut circles dan macam-macam lagi. Jika tidak jumpa jenis yang sedia dipotong, beli sahaja mounting tape atau foam tape (lihat gambar sebelah kiri). Basically, cari apa-apa pita pelekat yang fungsinya seperti double sided tape tapi agak tebal. Ketebalan ini yang akan buat hiasan kraf kita ada efek timbul atau 3D.
Contoh penggunaan dimensional tapes/stickers dalam projek-projek cardmaking saya.
'Best Wishes' |
Jalur hitam bertulisan putih 'Best Wishes' ditampal menggunakan dimensional tapes/stickers.
Kad hiasan 'With Love' |
Sentimen 'With Love' kelihatan seolah-olah terapung kerana ditampal menggunakan foam tape.
Kekunci piano yang berwarna hitam di atas juga saya guna dimensional stickers supaya nampak lebih realistik.
Harga pita pelekat ini sangat murah. Mudah didapati di Mr. DIY dan kedai-kedai alat tulis seperti POPULAR. Jika kalian baru berjinak dengan cardmaking atau scrapbooking, pastikan pita ini antara keperluan asas yang kalian perlu ada.