Isnin, September 06, 2021

5 Idea Hidangan Mudah untuk Minum Petang

Assalamualaikum. Tengah buat apa tu? Saya sedang berehat sekejap sambil isi perut. Hari ini agak lama duduk di hadapan komputer buat tugas suntingan, rasa penat pula. Berehat sebentar untuk coffee break. Sebelum ini, saya ada buat cakoi dan saya dinginbekukan. Panaskan semula beberapa ketul dengan air fryer, nikmati cakoi dengan secangkir kopi.

Resepi Mudah Cakoi di sini.

Gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut senang hati! Bolehlah sambung kerja.

Tercari-cari idea untuk minum petang nanti? Apa kata cuba salah satu daripada hidangan di bawah. Saya ada beberapa resepi menarik buat kalian. Semuanya mudah untuk disediakan. 


Onion Ring

Lupakan kentang goreng buat seketika. Kali ini cuba sediakan gelungan-gelungan enak ini untuk dinikmati seisi keluarga. Tektur luar yang rangup manakala bahagian dalamnya pula lembut sudah tentu akan buat tangan ni asyik menyuap onion ring ke mulut. Resepi penuh Onion Ring di sini.


Nuget Tauhu

Jika tauhu sumber protein yang 'kurang laku' di rumah lagi-lagi dalam kalangan anak-anak, apa kata hiris tauhu dan olah menjadi nuget tauhu. Cecah dengan sos kegemaran. Dapatkan resepi nuget tauhu di sini.


Labu goreng

Ini salah satu snek goreng-gorengan kegemaran saya. Baik yang versi labu tempura seperti yang selalu dijual di food court Aeon mahupun versi goreng seperti di dalam gambar di atas ... dua-dua saya suka. Resepi mudahnya di sini.


Nuget Ikan Dory

Ikan dory beku saya potong kepada ketulan-ketulan kecil, salut dengan serbuk roti dan masak di dalam air fryer sehingga warnanya bertukar kecoklatan. Selain ikan dory, boleh juga gunakan sotong dan udang. Nikmati bersama sos cili Thai atau sos tartar. Memang sedap! Lihat resepi Nuget Ikan Dory di sini.


Selamat mencuba! 


Apakah hidangan minum petang kegemaran kalian? Kongsi dengan saya di ruangan komen di bawah ya.

33 ulasan:

  1. yg lain pernah rs.. nuget ikan dory tu xpernah try.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti boleh cuba buat bagi little princess tu makan 😊

      Padam
  2. Saya suka keropok lekor, jemput-jemput. Sekarang ini musim cempedak goreng.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishhhh sedap-sedapnya! Dah lama saya tak makan keropok lekor. Kena cari ni 😊

      Padam
  3. labu gorzng tak penah buat dan. mkn
    kalu gorzng pisang biasa he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ada kesempatan boleh cuba Cik Nor. Sedappppp! 😊

      Padam
  4. Sedap semua, suka cakoi. Ikan dory tentu special untuk tetamu. Onion ring pun nak cuba. Minum petang kalau hari ni rasa nak makan onion ring cicah sos thai sedapp.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan pula panas-panas kan… dap dap dap! 😊

      Padam
  5. nuget tauhu tu nampak sedap.Boleh cuba nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, Naniey. Mana tahu nanti kena dengan selera your little girl 😊

      Padam
  6. saya goreng yang frozen je. hehe. hari ni tak sempat minum petang pulak, keje banyak. ni BW nak tahan lapar. Mak ayah berbuka jap lagi dinner sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hebat ah blogwalking utk tahan lapar. Kalau kat akak tak mampu… banner blog pun akak ingat makanan nanti.

      Hope you had an enjoyable dinner+iftar with mak ayah 😊

      Padam
  7. petang2 ni sedap makan makanan bergoreng. nice sharing :)

    BalasPadam
  8. Biasa petang petang saya makan goreng pisang eh pisang goreng hehehe. Kadang kadang ubi goreng ala ala pisang goreng. Takpun keropok lekor. Advance sikit, takoyaki :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishhh… yang last tu buat akak tergugat! Terus terbayang takoyaki. Nyummmms!

      Padam
  9. Sekarang ni tiap2 petang ngadap cempedak goreng
    Tak jemu pulak tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu nanges saya baca komen wak ni sambil terbayang cempedak-cempedak kat dusun wak. Cempedak goreng wajib makan tiap2 hari!
      Tolong makan bagi pihak saya seulas dua, wak 😂

      Padam
  10. Labu goreng tak pernah makan lagi. Teringin juga nak makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti bolehlah cuba labu goreng untuk kudap-kudap :)

      Padam
  11. Aduhaaiii..semua sedap sedap ni. Tapi satu pun tak pernah cuba lagi. yang pernah makan pun cakoi dan onion ring je. itupun beli. One day kena cuba gak resipi kak farrah. thanks share :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure, dear. Haa nanti ada peluang boleh cuba buat. Bahan-bahan pun tak banyak.

      Padam
  12. Petang2 ni goreng gorengan lah paling tepat untuk dijamah bersama minuman panas

    BalasPadam
  13. Lain dari yang lain menu-menu minum petang ni..

    BalasPadam
  14. wak pon suka cakoi tuuh., kena lah beli tapii.,. ;p

    BalasPadam
  15. Cakoi!!!
    igt ade sorang brader ni juai cakoi best giler..sejak pandemik ni die tutup kedai..da xdapat dah rasa cakoi yg best mcm die buat

    BalasPadam
  16. wahhh tak pernah lagi makan labu goreng. Menarik!

    BalasPadam
  17. dpn opis sy ni ada org jual cakoi. kiranya tiap2 g beli buat minum ptg hehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.