Selasa, Jun 30, 2015

Tutorial Kraf Kertas - Kad Hari Raya (Anyaman Mudah)

Entri susulan untuk Projek Kad Raya.

Dalam entri terdahulu, saya dah potong kertas warna/bercorak menjadi jalur-jalur panjang. Saiznya lebih kurang 10cm X 1cm. Pendek sedikit pun tak mengapa, panjang terlebih pun tak jadi masalah kerana kita boleh trim kemudian :)

Baiklah, selain jalur kertas, apa yang diperlukan untuk membuat Kad Hari Raya DIY ialah:

  • Kad kosong (warna dan saiz ikut pilihan/citarasa) - Saya memilih untuk menggunakan kad manila berwarna buff dan kad bercetakan timbul flora kecil berwarna putih. Kedua-duanya bersaiz A4. Setiap keping kad akan dibahagi dua untuk menghasilkan dua keping kad ucapan.

Base card
  • Gunting/Paper cutter/Scorer
  • Glue tape
  • Corner puncher (jika mahu membuat kemasan lengkungan pada bahagian tepi kad)
  • Hiasan kraf - stickers, adhesive diamentes, hiasan felt, butang, reben dan apa sahaja yang dirasakan sesuai.
  • Sampul surat yang sesuai dengan saiz kad

Langkah-langkah mudah:
  1. Potong kad bersaiz A4 kepada 2 bahagian. Kemudian lipat 2 menggunakan pembaris besi atau scorer.
  2. Ambil beberapa jalur kertas dan buat anyaman mudah pada bahagian hadapan kad. Tampal hujung setiap jalur kertas dengan menggunakan glue tape supaya kedudukan anyaman kekal dan tidak bergerak. Potong sedikit hujung jalur kertas jika dirasakan perlu.
  3. Hias dengan sentimen/ucapan dan hiasan kraf yang sesuai.

Di bawah ini antara hasilnya :)

Hiasan - Font Stickers dan Bunga Felt

Hiasan - Font Stickers

Hiasan - Bunga dan daun felt, hiasan kraf kumbang

Feeling Crafty Vs Budget


Mesti ada yang terlintas di kepala, buat apa susah-susah buat kalau beli lagi murah. Well, bagi yang meminati DIY dan kraf kertas, saya rasa pasti kalian bersetuju - kad yang buat sendiri akan buat kita rasa lebih puas hati. Pertama, kita sendiri boleh design kad ikut citarasa kita atau ikut personaliti si penerima kad. Kedua, kad yang kita buat tu akan bersifat lebih peribadi. 1 design untuk 1 penerima sahaja. Tak ke unik? :)

Tetapi, pada masa yang sama, kita perlu pertimbangkan minat untuk berkraf dengan bajet yang kita ada. Saya sudah ada banyak material kraf dalam stok. Biasanya kalau saya beli barang kraf, saya akan beli pada waktu promosi/dengan harga borong. Oleh itu, kos menghasilkan sekeping kad seperti di atas sangat murah. 

Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan kraf kertas, untuk beli semua barang keperluan dan hiasan kraf sekaligus a bit costly. Saya tidak galakkan tindakan ini kerana kos sekeping kad akan jadi mahal melambung. Lebih baik beli sahaja kad yang ada di pasaran atau tempah. Lagi-lagi kalau anda ada 1 senarai panjang kenalan/keluarga yang perlu dititip dengan ucapan 'Selamat Hari raya' :)

If budget is not an issue dan anda mahu cuba uji daya kreativiti anda, please proceed. Beli apa yang perlu - satu/dua pek kad, hiasan bunga, buku font/stickers dan mula hasilkan kad menggunakan bahan yang dibeli. Tak perlu borong semua yang anda rasa cantik! Rujuk Tips Membeli Hiasan Kraf (Crafts Embellishments).

Happy Crafting!

Psstt!! Tag @faidamf di Instagram dengan sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Gunakan hashtag #famftowercrafts. Anda mungkin layak memenangi hadiah istimewa daripada saya :) 

33 ulasan:

  1. betul tu, kalau dah sedia ada bahan boleh jer buat sendiri.. tapi semata-mata nak buat kad, nak beli semua barang, banyak belanjanya tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, eyda. Kalau beli sekali harung semata-mata nak buat kad sekeping dua memang tak berbaloi la.

      Padam
  2. waaahhhhh....simple but comel....suka tgk....heheheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi kononnya nak lari dari theme pelita, lemang & ketupat tu semua :)

      Padam
  3. salam ramadhan, hee rajinnya buat kad raya scrapbook tuu., ;p

    BalasPadam
  4. nanges... kenapakah cantik dan kreatifnya anda.
    huhuhu...
    saya lipat kertas pun berkeronyok tengah nya...
    adeiii...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aishhh tak mo nangis. Nak lipat kertas cantik kat tengah, ada tekniknya. Huda boleh klik link scorer di atas :)

      Padam
  5. cantiknya kak Farrah!untunglah sape yang dapat. setuju opinion akak tentang budget buat craft card ni.kena pandai cari material, jangan beli sekali banyak. baik beli siap. tapi, kalau minat dan kreatif, memang seronok buat sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, Sal. Kalau diikutkan ada macam2 barang kraf yg cantik2 kat luar tu. Tinggal siap duit je. Akak tetapkan syarat sendiri untuk diri-cuba hasilkan something guna material kraf yang reasonable&affordable :) Material kraf yang mahal2 akak elak guna.

      Padam
  6. nice tip kak farrah.. I pun dah gatal tangan nak try berkraf.. well hasilnya mungkin tak secomel kak farrah lah.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berkraf, Syida. Ala janganlah rendah diri sangat. Sure cantik punya :)

      Padam
    2. Manaaaaa Suidaaaa manaaaaaaaaaaaa???? Nakkkkkk! Ha Ha Ha...

      Padam
  7. cantiknya kak! I wish to have one!! lama dah takde org kasi kad ghayo..hihihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala kad simple je, Sally. Meh hantar address. Insya Allah, nanti akak kirim sekeping :)

      Padam
  8. hehe.. rasa cam nak anyam ketupat tak kak...???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh rasa macam anyam ketupat belum sampai lagi,.. Feel lebih kepada anyam tikar mengkuang ;)

      Padam
  9. cantik lah..kreatif tul dak Farrah ni..kalau sis JM follow tutorial ni belum tentu jadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum cuba belum tahu, sis. Entah2 siap boleh buat jual lagi :)

      Padam
    2. Kalu SS kompom tak jadi... Alaaaaaaaaaa...

      Padam
  10. cantiknya kak! seriously i adore u kak
    kalau saya, belum tentu jadi cantik gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trust me. YY pun boleh buat. Cantik tu kan subjektif. Sometimes yang senget, yang tak sempurna tulah yang cantik berseni. Kalau YY minat, jgn putus asa utk cuba dan terus cuba. U should see my first card. Akak sendiri confused kad ke apa yg akak buat tu ahaks ;)

      Padam
  11. cantik... thanks for sharing the ideas .. tapi saya tak sempat masa nak buat semua ni.. huwaaaa (menangis tepi katil)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alololo meh saya pujuk. Amik tisu ni lap hidung. Tak mengapa, Intan. Keutamaan Intan sekarang tak mengizinkan Intan buat semua ni. Banyak yg nak dikejar :)

      Padam
  12. Cantik2 :) Wah, warna warni..simple..menarik sgt :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Simple is the key. Kalau complicated akak sendiri cabut lari :)

      Padam
  13. cantikkkk...tampak lain drpd yg lain!

    BalasPadam
  14. Cantikkkkk. Gerammm je tengok... Owh inilah kad nya.. Siapalah yang bakal menjadi tuannya

    BalasPadam
  15. Farrah...ini ke KAD RAYA design sendiri yang bakal di pos kepada reader kesayangan tu....ishh..klau lah sis JM dpt..senyum sampai telinga hihihih

    BalasPadam
  16. Alaaaa... Anyam2 mengkuang tu SS tak retiiii buat... Iskkssss....

    BalasPadam
  17. btl tu kak farrah
    mmg la kalau beli lg murah
    tapi kalau buat lagi puas hati kan
    heee nice sharing
    boleh ceduk idea kt sini

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.