Sabtu, Mac 13, 2021

Pahit Kopi Pahit Hidup

Assalamualaikum. Salam santai Sabtu! Hari ini saya ingin kongsi salah satu petikan kata-kata (quotes) tentang kehidupan yang saya suka. Bertambah-tambah suka sebab kata-kata ini berkaitan kopi! Hahaha hantu kopi seperti saya, baca sesuatu tentang kopi pun boleh terbau-bau aromanya. 😂


Mengada tiba-tiba pos status speaking bahasa Jawa. Rasanya masa ni tengah teringin nak makan sambal dadak. 😄  
Dapat agak tak maknanya?

Urip iku koyo kopi, yen ndak iso nikmati rasane panggah pait.

Terjemahan: 

Hidup itu bagaikan secangkir kopi, jika kalian tidak bisa menikmatinya yang dirasa hanyalah pahit.


Kata-kata ini hendak beri gambaran tentang bagaimana persepsi atau penerimaan terhadap apa yang berlaku sehari-hari mempengaruhi kehidupan kita. Kopi kan memang rasanya pahit. Bagi yang tidak arif tentang kopi, pasti akan anggap semua rasa kopi sama. Jeling sedikit dekat Cekengah di sini hahaha 😂 Dia... bagilah kopi apa pun, dia minum begitu sahaja. Bukan jenis reti appreciate kopi. Bagi dia kopi artisan ke, kopi kampung ke semua sama tiada beza. Rasanya kalau dibancuhkan kopi yang stale pun dia akan minum tanpa kata apa-apa.

Berbeza pula dengan penggemar kopi. Mereka akan ada preference tersendiri. Hendak yang medium roast ke, dark roast ke... Tunas rasa tu pula dapat kenal pasti perbezaan antara jenis dan rasa kopi -  masam buah, chocolatey atau lebih kepada chicory... strong atau light....

Itulah yang cuba dikaitkan dengan kehidupan. Seandainya kita tidak tahu untuk menghargai kehidupan, samalah kiasnya seperti kita tidak tahu menghargai nikmat secangkir kopi. Secangkir kopi tu biarpun rasa yang dominan memang rasa pahit, tetapi tetap ada manisnya; ada masam masinnya; ada hint of nuts, smoky dan macam-macam lagilah. Gabungan rasa ini yang menjadikan kopi kita sempurna sesuai cita rasa.

Jadi, dalam hidup ini, konsepnya sama. Tak bolehlah kita harapkan semua indah dan tolak dugaan atau permasalahan yang datang. Tentu-tentu kita akan rasa tertekan. Semua benda rasa pahit. Sepahit kopi!

Sebaliknya, apabila kita menerima dugaan itu dengan pendekatan yang berbeza, kita akan nampak dan hayati keindahan di sebaliknya - dugaan ini untuk mematangkan kita; cabaran itu untuk mendidik sabar kita.  Tanpa kita sedari kita akan lebih menikmati setiap apa yang dilalui, baik yang baik mahupun yang buruk.

Secangkir kopi pahit atau kopi sempurna?

Terserah kita untuk nikmati 'kopi' cara kita.


Sebut tentang kopi, ingat lagi tak mengenai entri saya dan labu besar yang saya beli? Ini saya kongsikan resepi kopi labu. Maaf, tiada gambar dapat disertakan di sini. Kole dah kosong baru saya sedar saya belum ambil gambar. 😁


Resepi Kopi Labu


Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan susu pilihan (krim penuh, segar atau rendah lemak. Hendak guna susu soya atau susu oat pun boleh.)
  • 2 sudu besar puri labu (Labu kuning tu direbus dan dilenyek jadi puri.)
  • 2 sudu teh sirap mapel atau madu
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanila
  • 1/2 sudu teh rempah pai labu
  • 1/2 cawan kopi yang telah dibru


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Masak susu, puri labu, sirap mapel, ekstrak vanila dan rempah pai labu di atas api sederhana selama beberapa minit. Tidak perlu tunggu sehingga campuran susu mendidih. Memadai dengan buih-buih kecil halus di permukaan susu.
  2. Pindahkan campuran susu hangat tadi bersama kopi ke dalam pengisar. Kisar seketika supaya bancuhan tergaul sebati dan lapisan froth dapat dihasilkan. Tuang ke dalam kole, sedia untuk dinikmati.


Selamat mencuba!

17 ulasan:

  1. Rempah pai labu? Baru pertama kali dengar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah. Pumpkin pie spice. Selalu guna kalau nak buat pai labu 😊

      Padam
  2. kita x suka yg pahit2... kita suka yg manis2 je hehehe..
    alamak kopi labu ni pestime kita dengar...
    rasa dia lemak2 ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kopi manis untuk hidup yang manis gitu! 😄
      Ya, rasa kopi labu ni agak rich lemak-lemak manis.

      Padam
  3. allahu akak penggemar kopi juga tp sekarang xleh minum lak kafein... huh sadis...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Shiela, lama tak dengar cerita. Akak kena pantang ye... tak mengapa kak. Jaga diri baik-baik tau. Nanti ada rezeki, pilih satu hari cheat day utk really treasure your coffee 😊

      Padam
  4. Pandai berbahasa Jawa ye Farrah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha tidaklah, kak. Saya tahu yang basic je. Phrase favourite saya ‘wes mangan?’ (Dah makan?)
      Wesss! 😂

      Padam
  5. Apa beza kak Farrah dengan kopi? Jawapan: Kopi kena taruk gula baru manis, kak Farrah tak payah. Cia cia cia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bhahahah! Cia cia cia! Sal punya pick up line ni, boleh togel rumput padang bola sebab akak guling2 kat situ 😂🤣😂

      Padam
  6. kalau manis kopi tu manislah kehidupan..hehe

    BalasPadam
  7. yang penting kopi sedap! xkenaaa seharian tanpa kopi..haha

    BalasPadam
  8. speaking jawa mmg tak paham apa hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah saya pun kalau yang betul2 pure jawa saya krik krik krik... macam dengar orang cakap Jerman. 😊

      Padam
  9. terjumpa kata2 ni kat socmed:


    coffee never knew it would taste so nice and sweet before it met sugar and milk. we're good as individuals but become better when we meet and blend with the right people ;-)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.