Resepi Spaghetti Aglio Olio e Peperoncino
Jumaat, November 14, 2014
Hari ni nak update resepi spageti ringkas dalam entri terdahulu 'Saya, Urusan Hari Ini & Spaghetti Aglio e Olio'. Spaghetti Aglio e Olio ni bermaksud spageti minyak dan bawang putih. Version Aglio e Olio yang ini ada elemen pedas sedikit, so, nama resepinya 'Spaghetti Aglio Olio e Peperoncino' a.k.a Spageti Minyak Bawang Putih & Cili.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara penyediaan:
Resepi Spaghetti Aglio Olio e Peperoncino
Saiz Hidangan: 3 - 4 orang
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Spageti - 1/2 pek (Dimasak dengan air mendidih yang ditaburkan sedikit garam. Asingkan dalam secawan/ 3 senduk besar air rebusan spageti. Tuskan. Gaulkan spageti dengan beberapa titis minyak zaitun supaya tidak melekat. Nak guna mentega pun boleh. Tapi jangan banyak sangat! Kita nak gaul dengan minyak juga nanti.)
- 6-8 siung bawang putih (cincang halus)
- 3-4 sudu besar minyak zaitun
- Beberapa tangkai cili kering (rendam dalam air panas lebih kurang 10 minit, hiris nipis/memanjang dan buang biji)
- Beberapa tangkai cili api (hiris nipis)
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
- 8 ketul jejari ketam / beberapa ekor udang
- Sedikit parutan keju parmesan
- Daun parsli (untuk garnishing)
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih, cili kering dan cili api atas api perlahan. Apabila bawang putih bertukar keperangan, masukkan pula air rebusan spageti yang kita asingkan tadi.
- Masukkan jejari ketam yang telah dipotong kepada beberapa bahagian. Biarkan masak seketika.
- Masukkan spageti yang telah ditus. Padam api. Gaul pasta hingga sekata.
- Tabur parutan keju dan daun parsli sebelum dihidang.
SELAMAT MENCUBA!