Isnin, Februari 08, 2016

DIY Mudah - Bekas Tisu daripada Cawan Kopi

Assalamu'alaikum,
Selamat bercuti dan bersantai.

Siapa di sini coffee lover? Peminat tegar kopi? Haaa...bagi yang selalu minum kopi ke teh ke...paper cups tu jangan dibuang begitu sahaja. Marilah kita amalkan 'gaya hidup hijau'. Kita guna semula cawan kertas untuk dijadikan kotak/bekas tisu. Cawan kopi jadi kotak tisu? Easy peasy. Cuba lihat gambar di bawah ni.

Bekas tisu daripada paper cups.

Ini antara DIY paling mudah yang kalian boleh cuba. Pada masa yang sama, kita didik diri kita untuk guna semula bahan-bahan terpakai. As easy as ABC. Semudah 123! Apa yang diperlukan? Hanya paper cup terpakai dan tisu! Then, of course kita perlu alat seperti gunting atau circle cutter (Baca mengenainya di sini).

Cara-cara Membuat Bekas Tisu daripada Cawan Kopi Terpakai
  1. Basuh cawan kertas dan lid (penutup) hingga bersih. Jangan direndam pulak cawan tu! Cukup sekadar untuk hilangkan bau dan kesan kopi. Keringkan.
  2. Gunakan gunting atau circle cutter untuk buat lubang di bahagian tengah penutup cawan. 
  3. Keluarkan sedikit tisu dari kotak atau pek tisu mudah bawa. Jangan lerai-leraikan. Kekalkan susunannya/lipatannya seperti asal. Ambil sedikit, agak-agak boleh muat ke dalam cawan. Masukkan dan tutup. Oh ya. sebelum tu, jangan lupa tarik sedikit tisu agar helaiannya keluar melalui lubang bulat yang kita dah buat pada penutup. Siappppppp!

Sudah sedia untuk digunakan. Tetapi, kalau rajin, bolehlah hias bekas tisu kita dengan sebarang embellishments. Biar lagi cantik berseri! Reben, butang, chip board embellishments, adhesive diamentes, fonts embellishments/stickers, washi tapes, pelekat dan apa sahaja yang kalian rasakan menarik. Untuk paper cup berwarna merah di atas, saya gunakan hiasan kraf (embellishment) yang saya buat menggunakan corner punch. Boleh jenguk tutorialnya di sini.

Senang je kan?! Buatlah banyak-banyak. Satu letak dalam kereta. Satu letak di ruang tamu, di bilik kerja, di bilik tidur, di ruang makan. Comel pun comel. At least something yang extraordinary compared to kotak tisu biasa. Lagipun, tak perlulah kita nak buka banyak-banyak kotak tisu untuk letak kat merata tempat di rumah. Satu kotak tisu dah cukup. Agih-agihkan ke dalam bekas tisu cawan kopi kita. Dah habis, barulah refill :)

Bekas Tisu Doraemon di bawah ini kesayangan saya. Sudah lebih kurang setahun usianya. Masih tahan lagi. Cuma lid asal dah rosak, jadi saya ganti dengan lid baru. Selagi kita boleh guna, kita guna. Dah rosak atau tak dapat nak serve purpose, barulah kita kitar semula. Jangan simply buang ye sampah-sampah kertas :)


Selamat Mencuba! Let's Go Green!

Psstt!! Tag @faidamf di Instagram dengan sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Gunakan hashtag #famftowercrafts. Anda mungkin layak memenangi hadiah istimewa daripada saya :) 

46 ulasan:

  1. La cute sangat farrah, untuk dalam kereta sesuai sangat, kena beli kopi on the go nanti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sesuai letak dekat dalam kereta, BP. Hahaha sila sila buru cawan kopi segera ;)

      Padam
  2. Comeeeinyaaaa .. kreatifnyaaa akak .

    BalasPadam
  3. Nak jadi macam Kak Farrah lah. Macam seronok je buat boleh macam macam, DIY :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi jadi doktor dulu ;)
      Nak jadi macam akak boleh, tapi masa senggang je tau!

      Padam
  4. boleh save ni farah good job hehe
    nk kena tiru lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh jemputlah tiru Kak Noor. Kalau dapat cup yang cantik2/berkartun, boleh letak dekat bilik Iman :)

      Padam
  5. betul juga kan kak..nampak cantik bila buat macam tu..lebih jimat, unik dan kreatif..suka..suka..suka..

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Same goes to you, Wana! Mesti busy siapkan tempahan raya Cina kan,.. :)

      Padam
  7. Ni kena tunjuk dekat kawan-kawan saya yang selalu beli coffee ni.

    BalasPadam
  8. not just bekas coffee, paper cup dari fast food pun boleh..menarik idea ni.comel, boleh letak kat office!

    BalasPadam
  9. Cantik sangat cawan yang merah tu kak farah. I'm not a coffee lover cause i can't drink coffee. Hahah, speaking pulok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kihkihkih tak salah speaking kat sini. Tak kena bayar. Nape mekja tak leh minum kopi? Akak pun tak boleh sebenarnya, tapi langgar pantang! Mekja,..apsal blog tak leh masuk?

      Padam
    2. Hahah, adui pening kepala kak kalo minum kopi. Kalo terbau air nescafe atau tongkat ali pun dah rasa semacam jea kepala ni. Kesiankan org mcm ni. Hahaa, cemburu pada yg boleh minum.


      Saya privatekan sbb tak berupdate. Nanti rajin sy publickan lg :)) Hihihi

      Padam
  10. Balasan
    1. Adoyaiii, takat tebuk lubang masuk tisu tak delah kreatip mana aihhh :)

      Padam
  11. Lya da juga simpn paper cup mcm ni, nnt blh la try buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, Lya. Nanti jangan lupa kongsi di blog ye :)

      Padam
  12. menarik... jom amalkan gaya hidup hijau... :D

    BalasPadam
  13. Wah, kreatif nie. Nanti nak cuba ^-^

    BalasPadam
  14. Doraemon! hahahaha...Sally kena buat la macam akak ni...tapi tuu laa...rumah byk sgt brg ibu...kadang nak buat DIY pun pk 2-3 kali

    BalasPadam
  15. yana pon sekrang dah start kumpul barang yang boleh diguna balik , hahahha

    BalasPadam
  16. hehehe.. let's go red sempena CNY...

    jangan marah haaa...

    BalasPadam
  17. kena g kutip kat starbuck dulu la ni...coz xminum kopi...hihihi

    BalasPadam
  18. Cawan kertas sayang nak buangkan.. idea ada je kan..memang cantik dan comel sangat ni. kalau yang rajin minum kopi dan kumpul cawan merah putih tu banyak sikit boleh guna untuk letak meja2 makan jemputan kenduri.. jimat kreatif.

    BalasPadam
  19. Nanti nak buat jugak.. lubang tempat letak straw tu bagi besar la kan. hehehe

    BalasPadam
  20. kretip cengginilaaa Kak Farrah.. kalo CT hahah.. yang peket2 kecik tu pun mrata letak =P

    BalasPadam
  21. let's go green.. comellah bekas tisu tu.. I pun buat jugak.. letak atas meja makn 1, meja study 1.. semua meja nak letak, kat office pun tak terkecuali.. HAHA..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.