Tutorial Kraf Kertas - Kad Hari Raya (Anyaman Mudah)
Selasa, Jun 30, 2015
Entri susulan untuk Projek Kad Raya.
Dalam entri terdahulu, saya dah potong kertas warna/bercorak menjadi jalur-jalur panjang. Saiznya lebih kurang 10cm X 1cm. Pendek sedikit pun tak mengapa, panjang terlebih pun tak jadi masalah kerana kita boleh trim kemudian :)
Baiklah, selain jalur kertas, apa yang diperlukan untuk membuat Kad Hari Raya DIY ialah:
- Kad kosong (warna dan saiz ikut pilihan/citarasa) - Saya memilih untuk menggunakan kad manila berwarna buff dan kad bercetakan timbul flora kecil berwarna putih. Kedua-duanya bersaiz A4. Setiap keping kad akan dibahagi dua untuk menghasilkan dua keping kad ucapan.
Base card |