This scrap page is all about my Ramadhan routines & aims :) Semoga Ramadhan tahun ini lebih sempurna dan bermakna buat kita semua. Aminnnn.
Sabtu, Julai 05, 2014
Aktiviti Before Sahur - Azam Ramadhan Si Farrah
Pagi ni bangun terlebih awal untuk sahur. So, sambil kelip-kelip mata tunggu time sahur, saya siapkan scrap page saya. Dah tiga suku siap sebenarnya, alih-alih saya biarkan terbengkalai. Sibuk puasa lah kononnya!
Album untuk Scrapbook | Scrap Pages
Dah lama blog ni tiada entri kraf. Sejak masuk bulan puasa ni, memang bilik kraf saya hening & terabai. Baru hari ni, sementara nak menunggu sahur baru sempat nak jenguk. Kemas sikit-sikit apa yang patut. Beberapa hari sebelum Ramadhan saya ada shopping barang-barang dan peralatan nak buat kraf. Benda-benda tu masih ada dalam plastik lagi :)
Hmm ... antara stok baharu yang buat saya tersenyum ialah Album DIY ni. Sangat sesuai untuk masukkan scrap pages yang saya dah buat. Bahagian dalam album macam clear holder tetapi saiznya lebih besar. Tak perlu susah-susah nak pergi bind scrap pages. Dah siap, masukkan je dalam album ni.
DIY Album - Saya berkenan dengan corak rekaan dan warnanya :) |
Dah ada scrap album baru, semakin berkobar-kobarlah semangat nak buat scrap page. Ada 1 scrap page yang saya hasilkan sempena Ramadhan. Haa ... page itulah yang bakal rasmikan album ini nanti.
Khamis, Julai 03, 2014
Resepi Sihat - Peria Katak Tumis Mudah
Saya memang suka peria katak. Selalunya akan buat jus peria katak dengan epal hijau atau lobak merah. Kadang-kadang je masak sebagai hidangan. Itupun saya makan seorang. Sebab kat rumah ni saya seorang je yang makan peria. Yang lain semua akan menyeringai buat muka pahit the moment saya mentioned 'peria'. Bott & Cekengah lagilah,..paksa minum air peria untuk kesihatan pun liat!
Resepi di bawah ni senang untuk disediakan. Cubalah! Menu sihat, rasa lazat!
Peria Katak Tumis |
- Beberapa biji peria katak (bersihkan, buang biji dan potong)
- 3-5 batang cili kering (potong dua)
- 3 siung bawang putih (cincang halus)
- 2 sudu besar minyak zaitun/minyak canola/minyak bunga matahari
- beberapa tangkai daun kari
Langkah-langkah:
- Panaskan minyak, tumis bawang putih. Kemudian, masukkan daun kari dan cili kering. Tumis sehingga daun kari garing dan naik bau.
- Masukkan peria, renjiskan dengan sedikit air untuk melembutkan teksturnya. Biarkan selama beberapa minit. Siapppp!
Rabu, Julai 02, 2014
Andai Hari Ini Asaku Mati,..
Setiap perancangan Allah adalah yang TERBAIK untuk kita, malah jauh lebih baik daripada impian-impian kita.
Langgan:
Catatan (Atom)