Panettone |
Rabu, Disember 13, 2023
Selasa, November 14, 2023
Kad Ucapan Tahniah
Congratulations Card
Isnin, November 13, 2023
Betulkan Halaman Buku Tulis yang Tercabut
Assalamualaikum. Selamat memulakan minggu baharu. Selamat bersantai dan beristirahat.
Kalian biasa atau tidak lihat buku tulis atau buku latihan anak-anak tercabut di bahagian tengah? Terpisah terus halaman dari buku. Biasalah, anak-anak kita ni… kadang-kadang terlasak lebih, terkasar lebih, buku dah tak jadi buku. Sakit mata juga tengok halaman yang tercabut tu. 😂
Inilah kerja saya petang semalam. Tolong baiki buku-buku anak seorang teman.
Buku yang telah siap dibaiki. |
Dahulu, semasa buat tuisyen, inilah kerja saya saban minggu. ‘Pulihara’ buku si cilik. Ada sahaja calon-calon yang datang dengan muka comel bawa buku. Jika buat begini, dapatlah kita satukan semula halaman-halaman yang tercabut. Tidaklah tercicir-cicir ilmunya.
Untuk baiki buku tulis yang muka suratnya ‘terpisah nyawa dari badan’, kita hanya perlukan pengokot (stapler), jalur kertas dan getah pemadam.
Ingin tahu lebih lanjut? Saya pernah tulis entri mengenainya suatu masa dahulu. Jemput baca di sini.
Sabtu, November 11, 2023
11 November | Hujung Minggu yang Panjang
Assalamualaikum. Salam sejahtera.
Lama benar saya tidak bersiaran. Sibuk mengurus kehidupan konon-kononnya, tidak sempat langsung hendak menjengah blog. Balas komen dan blogwalking jauh sekali! Bersawang kaww kawww gamaknya tower saya ini. 😂
Apa khabar teman-teman semua? Mudah-mudahan okey dan baik-baik sahaja. Sepertiga November sudah berlalu, sekejap je, kan? Nanti tahu-tahu dah masuk 2024.
Deepavali dan Cuti Hujung Minggu
Pisang goreng rangup saya |
Jumaat, September 15, 2023
Clear Stamps - Tickets
Assalamualaikum. Salam Penghulu Hari.
Saya beli peralatan kraf baharu. Buat tambah-tambah koleksi clear stamps. Seronok sikit nak main cap-cap (atau orang kita biasa cakap cop-cop 😂).
Kali ini, pembelian clear stamps saya bukan untuk kegunaan buat atau hias kad ucapan. Sebaliknya, beli khusus untuk hias junk journal.
Inilah set clear stamps baharu saya - koleksi tiket vintage 🎫🎟.
Clear stamps - Vintage Tickets |
Hasil main cap-cap 😊 |
Rabu, September 13, 2023
Noi Crispy Seaweed with Almond Slices
Assalamualaikum. Pernah rasa tak Noi Crispy Seaweed? Biasanya, kalau snek rumpai laut, saya familiar dengan jenama Tao Kae Noi sahaja. Jenama-jenama lain yang berada di pasaran, saya jarang cuba.
Saya ada beli mentega kacang keluaran Tong Garden di Lazada. Dapat dua pek Noi Crispy Seaweed secara percuma. Punyalah gembira sebab sebelum ini tidak pernah rasa produk seaweed Noi. Nampak menarik!
Noi Crispy Seaweed with Almond Slices |
Selasa, September 12, 2023
Tepung Ayam Goreng Bon Chef
Tepung Ayam Goreng Rangup Serbaguna Bon Chef ini pemberian teman saya. Sebenarnya, saya belum pernah cuba sebarang produk Bon Chef sebelum ini. Biasa juga nampak di kedai Eco, tetapi saya tidak beli.
Tepung Bon Chef Hot & Spicy |
Alang-alang dah ada tepung goreng serbaguna, kita manfaatkanlah sebaiknya. Buka sahaja pek, bau pedas tepung tu dah menyengat hidung! Bersin-bersin saya dibuatnya. Mujurlah tidak bersepai pek tepung di tangan.
Untuk percubaan pertama, saya buat tempe goreng. Tempe sekadar disalut nipis dengan tepung, kemudian digoreng sehingga rangup di dalam air fryer.
Inilah hasilnya.
Tempe goreng rangup |
Kacang Kuda Salut Tepung
Kacang kuda goreng |
Kira menjadi jugalah kacang kuda goreng saya ni meskipun saya tak berapa cekap memisahkan butir-butir kacang semasa menggoreng. Banyak kacang-kacang jadi kembar dua, kembar tiga. 😅 Insya-Allah, nanti saya kongsi resepinya apabila ada kelapangan.
Bagi saya, tepung goreng serbaguna Bon Chef ni okey. Berasa dan dapatlah tekstur rangup untuk gorengan. Cuma jika dibandingkan dengan Tepung Bestari, saya lebih gemar Tepung Bestari berbanding yang ini.
Buat Brownies Che Nom
Kali ini saya cuba resepi brownies Che Nom. Mudah sangat dan resepi ni kalis gagal. Kalau ikut betul-betul, tak derhaka resepi... memang akan jadi.
Inilah brownies saya! Saya buat dua loyang. Ini hasil dari loyang pertama. Nampak tak kepincangan pada brownies saya ni? Haaa... bagi yang mata tajam, mesti kalian perasan lapisan kedut-kedut brownies di bahagian tengah tu hilang! Huhuhu ini bukan salah Che Nom! Ini salah saya yang cemerkap. Hampir terbalik brownies ni ketika saya cuba pindahkan ke dalam kotak. Habis tobek kedut-kedut di tengah tu. Mujurlah boleh touch up dengan Nutella. Nak beri pada orang ni. 😂
Brownies Coklat Resepi Che Nom |
Sabtu, Ogos 12, 2023
Mi Siput Hujung Minggu
Assalamualaikum. Salam hujung minggu!
Fuh, lama benar saya tidak menulis di sini! Betul-betul bersawang blog ini saya abaikan. Ini baru gigih cuba nak ambil mood untuk berblogging semula.
Apa khabar, teman-teman? Semoga kalian semua sentiasa sihat dan berada dalam dakapan kasih sayang Allah.
Ada sebarang perancangan menarik untuk hujung minggu? Dah selesai mengundi?
Hari ini cerita tentang mi siput. Pagi tadi dah sarapan berat. Sekarang, masa untuk snek ringan pula. Alhamdulillah, saya dapat satu kotak mi siput. Saya sebenarnya memang suka makan mi siput tapi jarang jumpa. Tak terfikir pun nak cari atau beli secara online. Jadi, apabila ada rezeki orang beri berpek-pek begini, punyalah gembira!
Mi siput dengan sambal pek individu 😊 |
Rabu, Julai 12, 2023
Muffin Coklat Tanpa Telur
Assalamualaikum. Resepi yang ingin saya kongsikan pada hari ini ialah resepi mufin coklat yang tidak menggunakan telur. Ini memang antara resepi kegemaran saya. Sedap, lembut dan gebu … semua cukuplah!
Muffin coklat yummy yummm 😋 |
Resepi Mufin Coklat Tanpa Guna Telur
Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan A
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 2 sudu teh serbuk soda bicarbonate
- 2 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
- 2 sudu teh Nescafe atau sebarang jenama lain serbuk kopi segera (instant coffee powder). Kopi ini yang akan menyerlahkan dan meningkatkan lagi rasa coklat dalam mufin.
- Secubit garam
Bahan B
- 1 3/4 cawan gula perang
- 1 cawan susu. Boleh guna susu cair, susu penuh krim atau susu segar. Terserah pilihan.
- 1 cawan minyak masak
- 3 biji telur gred A
Bahan C
- 3/4 cawan air panas
Bahan D (Optional)
- Coklat cip
- Hirisan badam atau kacang walnut
Langkah-langkah penyediaan:
- Ayak Bahan A kecuali Nescafe dan garam. Satukan kesemuanya di dalam sebuah mangkuk / mixing bowl besar. Campurkan semua bahan B di dalam mangkuk yang lain.
- Seterusnya, masukkan Bahan B ke dalam mangkuk yang mengandungi Bahan A tadi dan kacau sehingga semua bahan rata tergaul sekata. Saya turut masukkan 3/4 cawan coklat cip pada peringkat ini.
- Setelah itu, masukkan air panas dan kacau lagi sehingga adunan sebati. *
- Masukkan adunan ke dalam loyang mufin dan bakar di dalam ketuhar pembakar yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Suhu ketuhar dan masa membakar bergantung kepada oven masing-masing. Saya bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 18 - 20 minit.
*Air panas ditambah ke dalam adunan kek atau mufin untuk (1) menjadikan adunan lebih halus dan lembut - gula dan serbuk koko akan lebih larut, (2) menaikkan lagi rasa coklat dan (3) mengaktifkan agen penaik yang digunakan - kek akan naik dengan sempurna.
Jika gemar kekacang, taburkan sedikit kekacang di atas permukaan mufin sebelum dibakar.
Rabu, Jun 28, 2023
Salam Aidiladha 1444H
Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Saya ingin ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada kalian. Maaf zahir dan batin.
Selamat pulang ke kampung.
Selamat meluangkan masa bersama yang tersayang.
Bagi yang ada rezeki berkorban tahun ini, selamat melaksanakan ibadah korban.
Salam Aidiladha |
Kali ni saya balik raya naik MRT. Enam stesen je.
*Raya haji pertama tanpa Cekebon. I miss you so much, Bon. 😢 Al-Fatihah.
Isnin, Jun 19, 2023
Isnin dan Roti Sarang Burung Special
Assalamualaikum.
Selamat pagi. Selamat memulakan minggu baharu. Kalian dah bersarapan ke belum?
Hari ini, saya singgah minum di Restoran Shahira dekat dengan rumah adik di TTDI. Pertama kali makan di situ. Masuk-masuk, tengok menu dah tersenyum lebar.
Macam-macam ada! Selain roti canai dan hidangan sarapan biasa, ada mi rebus, mi Siam, soto, kacang phol, lontong, lontong darat … meriah betul!
Tetapi, disebabkan saya rasa tak lapar sangat, saya tangguhkan dahulu hasrat nak makan juadah-juadah menyelerakan tu.
Saya pesan Roti Sarang Burung Special. 😊
Roti sarang burung mata beza warna 🤣 |
Rabu, Jun 14, 2023
Selasa, Jun 13, 2023
Mencari Wangi di The Parent Company
Ini kisah awal bulan lima yang lalu. Balik dari melawat arwah Cekebon yang ketika itu dirawat di PPUM, saya dan Cekengah singgah di One Utama. Kami makan malam dengan adik lelaki kami dan keluarga mentuanya di salah sebuah restoran di sana.
Sambil makan, macam-macam yang dibualkan termasuklah tentang pop-up store The Parent Company yang menjual pelbagai miniature perfumes dan kosmetik berjenama. Perfume dalam vial yang selalu kita dapat as tester pun ada. Tahu-tahu, setelah makan, masing-masing dengan perut berat menapak ke arah kedai yang dimaksudkan. 😂
Seminggu sebelumnya, ada beberapa kali saya singgah One Utama naik MRT. Dari laluan MRT ke mall, memang akan nampak crowd di luar kedai. Saya tertanya-tanya juga kedai apa yang orang serbu sedemikian rupa. Ada event apa? Tetapi, disebabkan saya sendirian dan sedang mengejar masa, saya pandang sekilas sahaja. Rupa-rupanya kedai perfume.
The Parent Company, One Utama
The Parent Company |
Setelah beberapa ketika bersidai di depan kedai menunggu giliran (sempatlah ringankan perut yang berat lepas makan tadi), akhirnya kami dapat masuk. Kalau waktu peak orang ramai, memang kena beratur panjang. Lagi-lagi, semasa kami pergi tu, pop-up store ni baru dibuka.
Keadaan di dalam kedai. |
Antara seleksi miniature perfumes yang dijual. |
Wangian dalam botol mini. Saya tidak lama di sini sebab ‘sibuk’ di bahagian vial perfumes.
Hasil tengok-tengok 😂 |
Coach | Burberry | Marc Jacobs |
Berbaloi ke tidak?
Bab ni saya rasa agak subjektif. Bergantung kepada individu. Andai diukur dari nilai wang, secara peribadi saya rasa kurang berbaloi kerana agak pricey. Macam pek tester saya di atas, sebenarnya boleh beli dengan harga lebih murah secara online. Sekarang ni pun dah ada banyak penjual yang jual decant perfume. Cuma kita tidak dapatlah botol atau packaging originalnya sebab beli versi decant.
Dari segi convenient, saya anggap berbaloi. Dalam satu kedai, ada pelbagai jenama minyak wangi dan alat solek untuk kalian explore. Semua ada di depan mata. Tinggal sediakan RM dan grab apa yang berkenan. Bolehlah datang dengan kawan-kawan atau famili mencari ‘wangi’. 😁
Saya yang jenis tak obses sangat dengan perfume ni pun jadi rambang mata. Lama jugalah di dalam tu sebelum jumpa jalan keluar.
Bagi yang suka mencuba aneka wangian, suka kumpul barang kecil cenonet atau ingin beli wangian jenama tertentu dalam saiz mini, inilah tempatnya. Dhila, adik ipar saya, cari perfume LV. Malangnya, bau yang diinginkan habis stok pula.
Pop-up store The Parent Company akan berada di One Utama sehingga 1 Julai 2023. Siapa-siapa yang berminat, bolehlah berkunjung ke sana.
Jumaat, Jun 09, 2023
Kentang Bakar Sos Cajun
Khamis, Jun 01, 2023
Sudah Jun | Monster Tower Burger
Rabu, Mei 31, 2023
Tiga Minggu Tanpa Cekebon
Al-Fatihah Rosnidar Binti Ali 7 Mei 1957 - 11 Mei 2023 |
Kord Gitar Bukan Ku Tak Sudi - Setia Band
Selamat berdendang!
Rabu, Mei 24, 2023
Selasa, Mei 23, 2023
Bermalam di One World Hotel, Petaling Jaya
Sebelum ini, saya tidak pernah menginap di One World Hotel. Makan di sana, ya, pernah sekali dua. Bermalam, tidak. Jadi, apabila kebetulan ada urusan di kawasan sekitar yang memerlukan saya bermalam di luar, maka merasalah menginap di hotel ini.
Tiada gambar di lobi. Semasa checked in, saya kekenyangan kerana baru lepas makan. Jadi, mata dah berat memang ingat katil sahaja. Konon nak bobok sekejap, recharge tenaga untuk urusan sebelah malam.
Kawasan lif untuk ke bilik. |
Rabu, Mei 10, 2023
Isnin, Mei 08, 2023
Mei yang Sibuk | Selamat Sambung Raya
Assalamualaikum. Salam sejahtera. Apa khabar semua? Maaflah andai blog saya ni bersawang teruk. Memang agak lama terabai.
Hari ke-8 bulan Mei baru sempat meluangkan masa untuk blog. Mudah-mudahan 31 hari baharu untuk bab ke-5 2023 baik-baik sahaja. Sekejap je dah nak setengah tahun, kan?
Salam Aidilfitri. Salam Kosong-kosong.
Maaf sangat-sangat saya lambat ucap selamat hari raya. Dah masuk 17 Syawal dah pun. Tak mengapalah. Kita raya sebulan ☺️
Salam Aidilfitri. Selamat sambung raya! Semoga setiap hari Syawal kalian akan dipenuhi dengan momen dan memori indah.
Salam Syawal! 🥰 |
Rabu, April 05, 2023
Khamis, Mac 30, 2023
Makanan Arab untuk Berbuka Puasa
Hujung minggu yang lalu saya terima panggilan daripada salah seorang ibu bekas anak murid tuisyen saya. Katanya mahu alamat kediaman baharu, ingin hantar juadah berbuka untuk saya dan Bott. Dia tetap berkeras walaupun saya cakap tidak perlu susah-susah. Ibu ini dan anaknya memang niat nak belanja saya kerana si anak berjaya menyambung pelajaran peringkat menengah di salah sebuah MRSM di Perak.
Petang tu, masa adik rider Grab datang, terkejut juga saya tengok kuantiti makanan yang dibawa. Bukan untuk dua orang makan. Ini lima enam orang boleh kenyang ni!
Saya dibelanja juadah makanan Arab. Bukan satu, bukan dua… tetapi tiga juadah. Masa buka bekas-bekas makanan ni, semerbak bau satu rumah. Terus mata kerling jam tak sabar nak berbuka 🤣.
Nasi Arab Mandy Ayam
Nasi Arab Ayam Mandy |
Khamis, Mac 23, 2023
Selamat Datang, Ramadan
Rabu, Mac 22, 2023
Terima Kasih Daun Keladi, Anies
Assalamualaikum. Apa khabar semua?
Ini entri penghargaan tertunggak khusus buat seorang rakan blogger yang peramah dan pemurah. Siapa lagi kalau bukan Anies, mem besar blog Anies and You. Haa... mesti kalian semua kenal, kan? Kalau belum kenal, pergi follow Anies cepat-cepat!
Saya terima kiriman hadiah penghargaan daripada Anies. Sudah lama sebenarnya. Dari hujung bulan satu atau awal Februari, jika tidak silap. Tetapi, memandangkan saya lama tiada di rumah, lambatlah saya pergi 'tuntut' hadiah di peti surat. Seperti biasa, kiriman hadiah Anies memang meriah. Lihatlah apa yang saya dapat!
Semua comel! |
Rabu, Mac 08, 2023
Selasa, Mac 07, 2023
Nutella Biscuits yang Dap Dap Dap
Assalamualaikum. Selamat tengah hari.
Hari ini entri selongkar pantri. Lebih kepada selongkar isi kotak sebenarnya sebab snek, jajan dan makanan untuk kunyah-kunyah kebanyakannya masih tersimpan di dalam kotak. Sejak berpindah, ada beberapa kotak di rumah ini yang statusnya tergantung sepi. Tak selesai lagi saya punggah. 😂
Selongkar punya selongkar, jumpa barang rare. Rare bagi sayalah, mungkin tidak bagi kalian. Saya susah nak jumpa benda ni di sini.
Nutella Biscuits
Nutella Biscuits |
Kord Gitar Langit Yang Sama - Dalia Farhana (Easy Chords)
Sudah dengar lagu Langit Yang Sama nyanyian Dalia Farhana? Sebelum ini, lagu-lagu penyanyi muda ini kurang kena dengan saya. Tetapi, Langit Yang Sama boleh terima. Lembut membuai telinga. Okey, kord gitar di bawah sudah saya tukar (transposed) ke versi mudah.
Selamat berdendang!
Kord Gitar dan Lirik Langit Yang Sama - Dalia Farhana
[Intro]C
G Em
Kuputar mesin waktu
C G
ke saat kita masih tertawa
G Em
ku terus hentikan pita
C G
seakan bisa kembali lagi
Isnin, Mac 06, 2023
O’Briens dan Godaan Club Sandwich
Pagi-pagi sudah ada urusan di luar. Keluar rumah tidak sempat bersarapan pun. Ingat perut boleh tahan macho. Sekali, belum apa-apa dah berdengung berkeroncong minta diisi. 🤣
Bersarapan di O’Briens.
Singgah makan di O’Briens. Apa-apa, kena pesan kopi dahulu. Secawan cappucino untuk relaks. Dari pagi tergesa-gesa.
My cappucino 😊 |
Saya dan Kegilaan Terhadap Club Sandwich
Triple-Club Sandwich ini Farrah Aida yang punya 😂 |
Jumaat, Mac 03, 2023
Clear Stamps Baharu untuk Kraf
Assalamualaikum. Hari ini entri mengenai material dan peralatan kraf baharu saya. Saya telah beli beberapa set clear stamps sebagai ganjaran buat diri. Pada mulanya, niat mahu beli dua atau tiga set sahaja. Konon tak nak membazir. Pek clear stamps yang saya beli dulu-dulu pun masih ada yang saya belum cuba/guna lagi. 😅
Dalam pada memilih rekaan stamps yang ada, berkenan itu… berkenan ini… akhirnya ter-beli enam! 🤣
Inilah koleksi terbaharu clear stamps milik saya.
Lepas ni makin seronok buat stamping. |
Rabu, Mac 01, 2023
Selasa, Februari 28, 2023
Kejutan Hadiah Digital daripada Cuya
Assalamualaikum. Apa khabar, semua? Haish, saya ni sekejap tenggelam sekejap timbul. Sekejap hilang sekejap muncul di blog ni. Dah jadi macam hobi pula. Entah bilalah dapat konsisten menulis blog… 😂
Entri bersihkan sawang blog hari ini merupakan entri penghargaan untuk adinda Cuya, pemilik blog Drawing The Words.
Awal bulan hari tu, Cuya ada hubungi saya bertanya sama ada saya sudi atau tidak terima lukisan digital daripadanya. Of course! Tentu-tentulah saya sudi. Pucuk dicita ulam mendatang gitu. Tidak silap saya, tahun lepas ada sertai giveaway Cuya, tetapi tiada rezeki terpilih sebagai pemenang. Tak sangka ada rezeki terima kejutan lukisan digital daripada Cuya.
Siapa-siapa yang kenal Cuya, tentu dah biasa dengan hasil kerja kreatifnya.
Inilah lukisan digital yang saya terima 🥰. Dengan hidung kembang, saya anggap ini hadiah hari lahir pertama untuk saya tahun ini. 🤣
Lukisan digital Cuya |
Jumaat, Februari 10, 2023
Kehilanganmu Berat Bagiku - Kangen Band (Easy Chords)
Lagu Kangen Band, Kehilanganmu Berat Bagiku ini sebenarnya lagu lama. Sekitar tahun 2011 tidak silap saya. Lagu ini kembali popular dan menjadi siulan ramai setelah jadi lagu trending di Tiktok.
Kord gitar Kehilanganmu Berat Bagiku di bawah versi mudah. Selamat berdendang!
Khamis, Februari 09, 2023
Nasi Cendawan Shitake yang Lazat dan Beraroma
Sebelum ini saya ada kongsi pengalaman saya bereksperimen dengan Simplus Multicooker. Entrinya di sini. Salah satu menu yang berjaya disediakan ialah nasi cendawan.
Penyediaannya mudah. Menu ni jenis one pot meal. Kita campak-campak dalam periuk, biarkan sampai masak. Jom tengok resepinya.
Nasi Cendawan Shitake |
Rabu, Februari 08, 2023
Sabtu, Februari 04, 2023
Rezeki Jumaat - Popcorn Caramel Zafran
Assalamualaikum. Selamat pagi! Semalam buka cerita tentang popcorn, hari ini cerita popcorn lagi.
Semalam, ada orang beri popcorn sebagai sedekah Jumaat. Saya beli makanan di sebuah gerai. Setelah selesai bayar, peniaga tu hulurkan satu bungkus popcorn. Katanya ada orang letak di gerainya untuk diedarkan kepada setiap pelanggan yang datang. Alhamdulillah, ada rezeki saya di situ.
Dapat satu pek besar begini. Puaslah makan.
Popcorn Caramel Zafran |
Jumaat, Februari 03, 2023
Popcorn Eureka Yummy Yummm
Khamis, Februari 02, 2023
Terus Bersinar untuk Februari dan Rejab
Alhamdulillah, setakat ini Januari saya okey. Lebih baik daripada apa yang saya jangkakan. Harapnya bulan kedua ini juga begitu. Kalian pula bagaimana?
Shine bright like a diamond |