Isnin, Februari 12, 2024

Tapai Pulut Daun Getah

Assalamualaikum. Selamat menyambung cuti!

Ini kisah semalam. Rezeki saya dapat tapai pulut daun getah. Alhamdulillah. Rasanya, sudah agak lama saya tak makan tapai. Lagi-lagi yang dibungkus menggunakan daun getah sebegini. 

Punyalah gembira apabila tapai pulut sampai ke tangan. Saya simpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu. Tahan selera kejap. Dua tiga jam lepas tu, keluarkan lalu dimakan… nikmatnya!

Tapai Pulut Daun Getah

Khamis, Februari 08, 2024

Kerepek Ngaku

Assalamualaikum. Musim-musim raya Cina ni, merasalah kita nak makan kerepek ngaku (arrowhead root chips). Kalau tidak, memang agak sukar nak jumpa.

Siapa di sini penggemar kerepek ngaku? Kita geng. Selalunya setakat satu balang, saya boleh habiskan seorang. Orang lain tidak boleh ‘catu’ syer saya. 

Potongan kerepek yang nipis dan rangup, rasanya yang manis-manis manja dan berlemak, memang seronok buat snek kunyah-kunyah. Sekejap je boleh habis sebalang dek terlajak makan.

Kerepek ngaku 

Teropong dari Jauh

Assalamualaikum. Setelah sekian lama, akhirnya saya kembali bersiaran! Alhamdulillah, berjaya memboloskan diri masuk tower yang berbulan-bulan terbiar dan terbitkan entri pertama untuk tahun ini. Ini pun, dah ingat-ingat lupa bagaimana nak publish entri blog.

Apa khabar, kawan-kawan? Sihat? Semua OK setakat ini? Maaf, sudah lama saya tidak kunjungi kalian bertanya khabar berita. Main intai-intai dan teropong dari jauh sahaja. 😂 

Insya-Allah, selepas ini kita jejak kasih ya. Ada rezeki boleh ngopi sama-sama. 

Yuri dengan tilam baharu 😆