Selamat pagi Isnin! Selamat memulakan hari, memulakan minggu baru. Bagi yang lemau seawal pagi, sampai
office cepat-cepat buka tingkap (
Sila baca di sini). Kita
defenestrate Monday Blues!
Hari ni sebelum Suboh lagi perut saya dah mengaum lapar. Tak boleh jadi. Apa lagi,..kelentang kelentung kelentang kelentung saya bersilat kat dapur...hajat hati nak santap besar. Hehehe,..
Inilah sarapan saya :)
|
Lontong Seluruh Cinta |
Lontong sayur-sayur dihidangkan bersama sambal tumis ikan bilis (lebihan lauk semalam). Apasal nama dish ni jiwang sangat? Sebabnya,.. masa tengah sibuk masak kuah lontong kat dapur, saya dengar lagu 'Seluruh Cinta' Siti & Cakra Khan. Ulang dan ulang lagi. Kebetulan, playlist dalam iPad tengah haywire...pasang je lah lagu apa yang jumpa ;)
Alhamdulillah, saya dah kenyang. Kalian sarapan apa pagi ni?