Sabtu, Januari 03, 2015

Ingin Jadi 'Ikhwan' yang Dirindui oleh Rasulullah

Assalamu'alaikum,
Selamat berhujung minggu.
Kita bertuah di minggu pertama tahun ini. Selain dapat berehat, kita juga berpeluang meraikan sambutan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Ada yang terlibat dengan perarakan tak hari ini?


Semoga dengan ada sambutan sebegini saban tahun, kita sebagai satu ummah dapat terus mengenang baginda, menyanjungi baginda dan menjadikan baginda Rasulullah sebagai role model kita. Bukan pada hari ini sahaja kita perlu mengingati baginda, malah tiap-tiap hari. 

Saya terpanggil untuk kongsi petikan kisah menarik ini.

Pernah suatu hari, ketika Nabi Muhammad s.a.w. berbual-bual dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan beberapa sahabat yang lain, baginda menyuarakan hasratnya.

“Wahai Abu Bakar, aku amat rindu untuk bertemu dengan saudara-saudaraku (ikhwan).”

“Wahai Rasulullah, bukankah kami ini saudara-saudaramu?” soal Saidina Abu Bakar kepada baginda.
“Bukan,” jawab Rasulullah. “Kamu adalah sahabat-sahabatku."

Kemudian, baginda menerangkan, "Saudara-saudaraku (ikhwan) ialah mereka yang belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku lebih daripada kecintaannya kepada anak dan orang-orang tua."

Bertuahnya kita menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. Saya ingin berada dalam kalangan ikhwan (or ikhwah) yang dirindui oleh Rasulullah. Kalau boleh biarlah ahli keluarga, saudara mara, kenalan dan sahabat handai juga tergolong dalam kumpulan yang sama. Bagaimana? Kita mulakan dengan sesuatu yang berskala kecil tetapi dengan istiqamah. Antaranya:

  • Biasakan lidah mengucapkan 'Sallallahu 'alaihi wassalam' setiap kali mendengar nama baginda. Lentur kelaziman ini pada anak-anak sejak mereka kecil lagi.
  • Banyakkan berselawat ke atas nabi.
  • Adakan perhiasan atau objek (Contohnya bingkai nama Nabi Muhammad, carta salasilah keluarga baginda) di rumah/sekolah/pejabat yang boleh mengingatkan kita kepada Rasulullah. Setiap kali terpandang perhiasan atau objek ini, berselawatlah sebagai tanda ingatan kepada baginda.
  • Amalkan sunnah-sunnah Rasulullah. Saya ada seorang teman yang meletakkan target untuk belajar satu sunnah Rasulullah setiap hari. Kemudian cuba mengamalkannya bersama amalan sunnah lain yang telah diketahui.
  • Baca buku-buku mengenai riwayat hidup Rasulullah dan perjuangan baginda. Terapkan sifat-sifat mulia baginda dalam diri kita, anak-anak dan ahli keluarga.

Harap perkongsian tidak seberapa ini bermanfaat buat kita semua :)


Jumaat, Januari 02, 2015

Resepi Mudah - Ayam Sambal Cili Api

Siapa yang suka makan pedas? Ini resepi untuk anda. Ayam Sambal Cili Api. Berdesupppppp rasanya ;)

Ayam Sambal Cili Api

Resepi Ayam Sambal Cili Api

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 350g ayam (atau lebih mengikut keperluan hidangan) - lumurkan dengan garam dan kunyit, goreng dan ketepikan.
  • Segenggam cili api (kisar)
  • 5 batang cili hijau (kisar)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 - 3 sudu besar cuka
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar. Masukkan cili yang dikisar dan tumis hingga masak.
  2. Masukkan cuka. Rasa kemasamannya. Jika perlu, tambah lagi sedikit cuka.
  3. Perasakan dengan garam.
  4. Gaulkan dengan ayam yang telah digoreng. Sedia untuk dimakan.

Saya gunakan cili hijau untuk dapatkan elemen rasa sambal hijau dalam hidangan ini. Jika anda tidak mahu sambal yang pedas, boleh tukarkan penggunaan cili api kepada cili hijau sepenuhnya.


Untuk Projek Kraf Kertas 2015

Inilah stok baru saya untuk 2015! Senyum lebar sampai ke telinga. Sepanjang bulan Disember tahun lepas memang kerja saya shopping barang kraf je sebab POPULAR ada sale hujung tahun (Ada tulis mengenainya di sini). Yang di bawah ni, borongan terakhir saya untuk 2014. Petang tadi baru berpeluang kemas dan belek apa yang saya dah beli.

Dah boleh masuk inventori :)

Ada stickers, buku fonts, glue tape refills, designed papers, chipboard embellishments, ribbons dan paper embosser. Haaa, mata bulat gerak-gerak dan paper cut-outs pelbagai bentuk tu pula untuk buat alat bantu mengajar. Yang berbaloinya semua barang di atas dapat potongan 10 - 30% :)

Bulan ni saya ada beberapa tempahan projek kraf kertas seperti buku skrap, buku tetamu dan greeting cards. Masa untuk kerah idea bermula :) Insya-Allah, nanti saya akan kongsikan mana-mana projek kraf yang mudah untuk kalian cuba buat.

Want to get crafty? Cuba intai tutorial-tutorial di bawah:

Psst! Saya belum sempat nak blogwalking & balas komen. Kita jumpa nanti ye...

Khamis, Januari 01, 2015

Sarapan 1115

Selamat Pagi! Alhamdulillah, buka mata hari ni rasa excited sangat. Tahun baru, semangat baru, azam dan impian baru,... Baru nak feeling-feeling hirup udara segar pagi, perut dah berbunyi. Sekarang ni cepat sangat perut nyanyi OST minta makan! So, inilah quick breakfast saya untuk 1 Januari 2015.


Secawan kopi putih perasa hazelnut dengan dua biji roti coklat yang fluffy :) Jemput makan, semua. Apa rancangan kalian hari ni? Apapun yang dilakukan, jangan lupa untuk senyum. Enjoy your day!

Psst! Sambil kita berehat dan luangkan masa bersama yang tersayang, titipkan juga doa untuk mangsa-mangsa bencana alam di seluruh Malaysia. Moga keadaan mereka bertambah baik,..bertambah selesa.