Khamis, November 11, 2021

Terima Kasih, Shida Radzuan

Tiada apa yang lebih menggembirakan ketika membuka peti surat daripada melihat surat tidak terduga yang tertera nama kita. Feeling dapat surat tu yang mahal hahaha! Jika tidak, peti surat saya lazimnya menjadi tempat untuk kumpul bil utiliti, statement bank adik-adik yang sampai sekarang tak tukar alamat, surat-surat jiran yang sesat dan risalah-risalah promosi sahaja. 

Surat bersampul putih ini tidak dapat dipastikan bila tarikh sebenar saya terima kerana dua minggu belakangan ini saya jarang balik ke sini. Apabila lihat butiran yang tertera - GKK Fasa 3 Julai, Ogos,  September 2021, terus dapat teka siapa penghantarnya. Makin lebar senyuman dan sengih saya.

Sampul istimewa ini daripada Shida Radzuan. Saya terima hadiah kerana berjaya menyelitkan diri sebagai salah seorang Geng Kuat Komen Blog Shida Radzuan untuk bulan Julai, Ogos dan September. Tak sangka betul! 

Beberapa bulan yang lalu, saya tak sempat hendak blogwalking dan tinggal komen di blog teman-teman sangat. Jadi pengomen tegar memang jauh sekali. Dengan keadaan diri saya yang entah apa dipenatkan; dengan tekad yang konon hendak kurangkan screen time; dengan masalah tak boleh tinggal komen, komen hilang semua tu ... mood blogwalking pun hilang dibawa angin lalu. Cheh, alasan sangat! Tak mengapa, selepas ini panas enjin balik, perlahan-lahan saya akan datang lawat blog kalian semua.


Jom, kita tengok apa hadiah yang saya terima.

Selasa, November 09, 2021

Popcorn Nise Kerek

Assalamualaikum. Kali ini saya nak cerita tentang popcorn nise kerek. Belakangan ini makin berat tulang-temulang nak jenguk blog, tulis entri. Bilalah agaknya angin rajin nak datang. Banyak je perkara yang ingin dikongsi. Tetapi, apabila mula hendak mengarang ayat, terus jadi krik krik! Sudahnya tutup laptop dan beredar pergi buat kerja lain. 😅

Popcorn nise kerek ini projek petang Ahad. Saya tidak ke mana-mana. Setelah brunch dan bermanja-manja dengan Cekebon di rumah Cekengah, terus meluru balik. Tak larat hendak singgah ke mana-mana. Dengan orang ramainya... cuaca panasnya.... lebih baik duduk diam-diam bersantai di rumah.

Tengah menonton rancangan di TV, tiba-tiba teringin hendak makan popcorn karamel. Nak kunyah sesuatu yang manis. Tercetuslah idea untuk buat bertih jagung karamel guna nise kerek. Daripada guna gula putih biasa, lebih baik kita pakai nise kerek. Gula asli semula jadi gitu. Stok nise kerek yang saya beli dulu pun banyak lagi. Setakat guna untuk buat kuih, maniskan kopi dan kek dalam mug... banyak mana sangatlah pakai.


Kurang lebih lima belas minit kemudian.

Bertih jagung nise kerek sedia untuk dinikmati.


Buat satu mangkuk kecil sahaja. Benda manis begini kita cenderung untuk terlajak makan tanpa kita sedar. Jadi, cukuplah untuk saya dan Bott cicip-cicip setengah mangkuk seorang. Itu pun, puas tambah jumlah steps harian kasi bunuh kalori extra yang masuk 😅.


Cara menyediakan popcorn nise kerek.

Mula-mula saya buat popcorn menggunakan air fryer (cara-caranya di sini). Boleh sahaja jika nak pop pop bertih jagung di dalam kuali besar dengan sedikit minyak, marjerin atau mentega. Ikut cara yang kalian sukalah. Setelah popcorn siap, saya ketepikan. Kemudian, saya panaskan sedikit mentega dan parutan nise kerek di dalam kuali. 

*Nise kerek asli yang autentik, sedap, lembut rasanya saya beli di Lazada

Banyak mana nise kerek yang hendak digunakan? Agak-agak sahaja. Tetapi saya tak guna banyak pun. Sekadar cukup untuk dapatkan rasa lembut manis-manis manja nise tu je. Biarkan seketika sehingga nise kerek larut. Jaga api, jangan sampai mentega dan nise hangit pula. 

Apabila sudah sebati, masukkan popcorn. Cepat-cepat gaul biar salutannya sekata. Siap! Dah boleh masuk mulut!   



Pstt! Saya mungkin akan ambil masa untuk ziarah, tinggal komen dan balas komen kalian. Insya-Allah, akan tetap datang berkunjung jalan-jalan. Ada ramai ni yang blog mereka dah lama saya tak kunjungi. Kita jumpa nanti ya!




Jumaat, November 05, 2021

Kena Rukyah | Pernah Salah - Mawar de Jongh

Petang semalam saya tukar tali gitar lagi. Tali si Kapok dah berkarat. Lupa nak alihkan dari tepi tingkap, kena tempias hujan. Dah alang-alang peluk si Kapok, mainlah sebuah dua lagu sambil-sambil tune tali.

Si Bott tengah tonton video di Youtube. Saja je saya sakat dia suruh buka video muzik baharu usahawan viral tak jadi kahwin, tabur duit, pijak duit, abadikan kisah cinta tidak kesampaian dalam lagu. Saya kata saya nak buat chord lagu 'Rain' (Bukan judul lagu sebenar 😂) Secara jujur, lagu tu sedap. LAGU je tau! Saya dok bayang kalau Ayie Floor 88 atau Oja sendiri yang nyanyi, mesti lebih masuk jiwa.

Punyalah si Bott bengang, terus duduk tegak dan ugut saya - Kalau saya buat chord lagu tu, dia nak rukyahkan saya! Hahaha! Main rukyah rukyah pulak! 😆😂😅 Member memang annoyed betul sebab hari-hari kisah orang tu lalu-lalang kat media sosial dia. Dia hangin … alang-alang baca gosip biar betul-betul juicy dan spicy katanya. Bukan cerita soap opera begitu.

Kord Gitar From FAMF Tower

Okey .. okey ... main lagu lain. Lagu artis muda dari seberang. Pernah Salah nyanyian Mawar de Jongh ini kali pertama saya dengar rasa macam biasa-biasa je. Dengar dua tiga kali … eh,  sedap! Kena dengan selera telinga! Sedaplah dibuat berdendang sambil petik gitar.

Melodinya hampir sama dengan sebuah lagu lain tetapi saya tidak dapat recall lagu apa atau siapa penyanyinya.

Kord gitar boleh dianggap mudah. Kalau nak terkehel jari pun Cm je. Jangan risau. Berlatih rajin-rajin ya.


Kunci Gitar dan Lirik Pernah Salah  - Mawar de Jongh


[Intro]


G

Dalam hatiku ini

      D

masih ada bayanganmu

F

kamu tak pernah pergi

      C

masih saja menghantui

Cm                       G

apakah aku masih mencintaimu

      A                 D

dan menginginkan kamu lagi


G

Mungkin karena waktu itu

    D

kita masih muda

F

terlalu sering salah

      C

'tuk mengambil keputusan

Cm

niat meninggalkanmu

       G

tlah berubah sayang

     A

jadi rindu

       D

yang menguasaiku oh oh oh



[Chorus]

G

Hatiku memanggil

D        B7

hatimu yang beku

Em          D        

aku masih mencintaimu


  G

Mengingatmu mengenangmu

   D            B7       Em

membuatku menginginkan kamu

      D

dan mengulangi

      C        Am

kisah cinta yang dulu

 D        C      D

pernah salah  oh oh


G

Mungkin karena waktu

    D

itu kita masih muda

F

terlalu sering salah

      C

'tuk mengambil keputusan

Cm

niat meninggalkanmu

       G

tlah berubah sayang

     Am

jadi rindu

       D

yang menguasaiku


Ulang [Chorus]


C D Em D G

Am Bm C D


Ulang [Chorus]