Rabu, Januari 07, 2015

Clinomania dan Dysania


Saya untuk hari ini,..


Nak stay in bed all day! Tak mahu bangun....tak mahu bangun.


Yes, extremely hard untuk bangkit pagi tadi. Daripada mata sampailah ke hujung jari kaki, semuanya berat je nak gerak. Merana jiwa raga! Mood malas tengah minggu dah melanda.  Jadi, minta maaf banyak-banyak andai saya masih lagi tidak menjengah atau membalas kunjungan kalian. Don't worry, I will. Right after mata ni bersedia nak buka luas-luas.

Have a fabulous Wednesday!



Selasa, Januari 06, 2015

Keychain Fridge Magnet with Sticky Notes

3 in 1! Keychain, fridge magnet dan sticky notes. Ini saya buat pada hujung Disember lepas, untuk diberi kepada seseorang. Baru sekarang terhegeh-hegeh nak upload.

Keychain Fridge Magnet with Sticky Notes

Barang-barang yang diperlukan lebih kurang sama dengan nak buat fridge magnet. Potong magnet sheet mengikut saiz yang dikehendaki. Kemudian, tampalkan dengan plush decoration fabric/sticker (Lihat di sini). Boleh cari di DAISO atau Mr. DIY. Dua bucu di bahagian bawah dikemaskan menggunakan corner rounder (Lihat di sini).

Pasang eyelet menggunakan eyelet pliers (baca mengenainya di sini) dan kemudian masukkan gelung keychain. Tampalkan sticky notes dan embellishments yang dirasakan sesuai. Siappppp!

Sorry ye...tompokan bintang kecil-kecil tu 'usaha' saya nak tutup bahagian nama. Heheheh keychain ni masih belum sampai ke tangan tuan punya diri. Nanti saya upload 'rupa penuh' di Pinterest :)



Dahsyat - MOJO

Err,..tak dahsyat mana pun, tapi OKlah! Itu pandangan peribadi saya apabila mula-mula dengar lagu terbaru MOJO ni. Bagi peminat MOJO yang dah biasa disogokkan dengan vokal Aweera, bersedialah untuk orientasi selera pendengaran kalian. Kali ini MOJO tampil dengan pertaruhan baru, penyanyi baru dan muzik baru. Totally different from 'Andaiku Bercinta Lagi' & 'Romancinta'. 

Siapa yang biasa dimanjakan dengan lagu-lagu dari seberang, this might be your cup of tea. Lagunya seperti kebanyakan lagu slow Indonesia, lembut je untuk telinga. Vokal penyanyinya pun boleh tahan. Husky ala-ala Cakra Khan (tapi Cakra lagi best!). Tetapi, dengar beberapa kali ada bau-bau lagu 'Selepas Berpisah' nyanyian Fitri Hakim pulak. Bau-bau je tau. Bukan sama sangat pun.

Dengarkan lagu Dahsyat - MOJO di sini. Credit to KRU Music.

Lirik Lagu Dahsyat - MOJO

Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku punya cinta
Paling terindah di dunia

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Oh...

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu
Oh...ohh…
Tetap cinta selama-lamanya

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Oh...ohh…

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu


Ingin kord gitar Dahsyat - Mojo? Tungguuuuuu.

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Ahad, Januari 04, 2015

Nutella Cheese Toast Sandwich

Gloomy day? Not for me! Hehehe pagi Ahad mood ceria sampai ke langit lepas sarapan. 😊 Hari ini saya usahakan apa yang ada di dalam peti sejuk sahaja untuk buat hidangan sarapan. Gara-gara malas bersiap untuk keluar.


Alhamdulillah. Inilah hasilnya - Nutella Cheese Toast Sandwich. Roti bakar keju bersapu Nutella.

Nutella Cheese Toast Sandwich

Senang sahaja cara untuk menyediakan hidangan roti bakar keju ini. 

Bahan-bahan yang diperlukan - roti potong, keju keping (saya guna jenama Mother’s Choice), parsley dan sapuan Nutella. Jika hendak guna sapuan coklat atau mentega kacang pun boleh. Tiada daun parsley, gantikan dengan hirisan daun bawang. Then, of course kita perlukan sandwich maker.


Dalam proses … 😊

Ambil dua keping roti. Di atas salah satu roti, letakkan keju keping dan taburkan hirisan daun parsley sesuai selera. Katup dengan roti yang satu lagi. Boleh juga sapu sedikit mentega pada bahagian dalam dan luar roti, tapi saya tidak letak :) 

Kemudian, bakar roti menggunakan sandwich maker. This will take about 2 or 3 minutes (depends on your sandwich maker). Setelah siap, sapukan bahagian luar roti dengan Nutella semewahnya. 

Potong kepada dua bahagian. Sedia untuk dinikmati!

Alhamdulillah. Sedap dan yang penting, mengenyangkan! Rasa lemak keju yang mencair pada roti bakar garing, ditambah pula dengan sapuan coklat kacang hazel… memang betul-betul menyelerakan.

Sarapan yang berbaloi untuk memulakan hari dengan ceria. 😊

Have a blessed Sunday!