Ahad, Mac 13, 2022

Korban - Ernie (Easy Chords)

Korban merupakan lagu terbaharu daripada penyanyi Ernie Zakri. Apa yang saya suka mengenai lagu ini ialah gubahan melodi dan cara Ernie menyampaikannya. Malah, Korban merupakan ciptaan sepenuhnya penyanyi ini.

Apa yang menarik, setiap kali mendengar Korban, ibarat dibawa merentas masa ke zaman kegemilangan lagu-lagu balada Ziana Zain yang hits pada suatu masa dahulu. Tidak tahulah andai hanya saya yang berpendapat sebegini. Mungkin susunan muziknya dan mungkin juga cara penyampaian kedua-dua wanita ini hampir serupa. Malah, lenggok suara Ernie membawakan lagu ini juga kedengaran persis suara ibu saudaranya. 

Kord gitar Korban di bawah telah saya transposed ke versi mudah. Bagi yang belum mendengar lagu ini, kalian boleh strim Korban di platform digital kegemaran masing-masing. Video lirik boleh ditonton di Youtube. Selamat berdendang!

Kord Gitar From FAMF Tower

Old MacDonald Had A Farm - Easy Guitar Chords

Hari ini saya kongsi kord gitar lagu kanak-kanak dan nursery rhyme yang popular - Old MacDonald Had A Farm. Salah satu lagu yang sesuai untuk aktiviti sing-along with the kids. Dahulu, saya suka buat aktiviti Bahasa Inggeris menggunakan lagu ini ketika ada sesi mengajar anak-anak kecil. Percayalah, sangat menyeronokkan sebab kita boleh lihat reaksi mereka yang teruja membuat bunyi haiwan.


Old MacDonald Had A Farm (Easy Guitar Chords)

Old MacDonald Had A Farm Chords

Jumaat, Mac 11, 2022

Berehat Seketika dengan Horlicks Take A Moment Chocolate

Minggu ini menjelang ke petang je hujan. Lebat selebat-lebatnya. Memang kalau ikut ramalan cuaca banyak negeri akan alami hujan lebat dan ribut petir. Kalau begitulah aturan keadaannya, semoga setiap titisan air yang turun ke bumi menjadi air yang bermanfaat. 

Harap-harap tiada musibah atau kejadian yang tidak diingini menimpa kita lagi. Janganlah air naik, banjir kilat atau angin kuat sangat hingga rosakkan harta benda. Simpati akan nasib yang menimpa mangsa tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang. Moga keadaan di sana tidak akan bertambah buruk.

Saya seperti biasa, apabila matahari sembunyi main cak-cak, cuaca pula sejuk semacam, mulalah kelopak mata memberat. Badan dah kesejukan. Kalau boleh nak berkelubung dalam selimut! Tetapi banyak tugas yang harus dirampungkan. 

Saya perlukan air panas, kena bancuh sesuatu yang boleh diminum buat memanaskan badan.


Seawal pagi menyelongkar pantri, tahu tak apa yang saya jumpa?

Horlicks Take A Moment Chocolate

Horlicks Chocolate Hot Malty Goodness

Khamis, Mac 10, 2022

Nasi Kerabu dan Nasi Dagang Dua Minit

Assalamualaikum.
Bagaimanakah perjalanan minggu kalian setakat ini? Harap semuanya baik-baik sahaja. 

Baru sahaja hendak masuk dapur untuk masak hidangan sarapan, saya dapat panggilan telefon daripada Khudri. Khudri a.k.a. Khud ini anak jiran lama saya. Sekarang tinggal di kampung sebelah. Saya pernah cerita mengenai Khudri dengan kisah lontong pecal fully vaccinated sebelum ini di sini.

"Kak long, dua minit lagi saya sampai!"

Ungkapan dua minit itulah yang buat saya gelabah, tak cukup tanah lari cari baju labuh dan tudung hendak menyambut rezeki. Khudri kalau datang singgah, mesti bawa makanan. Buka-buka pintu, dia sudah tersengih dengan dua bungkusan di tangan.

Rezeki sampai depan pagar. 😊