Sabtu, Februari 04, 2023

Rezeki Jumaat - Popcorn Caramel Zafran

Assalamualaikum. Selamat pagi! Semalam buka cerita tentang popcorn, hari ini cerita popcorn lagi. 

Semalam, ada orang beri popcorn sebagai sedekah Jumaat. Saya beli makanan di sebuah gerai. Setelah selesai bayar, peniaga tu hulurkan satu bungkus popcorn. Katanya ada orang letak di gerainya untuk diedarkan kepada setiap pelanggan yang datang. Alhamdulillah, ada rezeki saya di situ. 

Dapat satu pek besar begini. Puaslah makan.

Popcorn Caramel Zafran

Jumaat, Februari 03, 2023

Popcorn Eureka Yummy Yummm

Asalnya saya mencari biji jagung kering (corn kernels) sebab nak buat bertih jagung sendiri. Dalam pada sibuk hendak putuskan mahu beli jenis mushroom atau butterfly, terserempak pula dengan bertih jagung yang tinggal nak masuk mulut.

Dah nampak tu, apa lagi ... tergodalah! Sebelum makan popcorn versi sihat, ada baiknya makan popcorn versi yang lemak berkrim dahulu.😆 Dalam banyak-banyak popcorn yang tersaji di hadapan mata, berkenan pula pada popcorn Eureka. Biasa dengar jenama ini tetapi saya belum pernah cuba. 

Klik pada kedainya, terus rambang mata! Ada banyak pilihan perasa. Sweet atau savoury? Kalian sendiri putuskan sesuai cita rasa. Antara perasanya ialah - Seaweed, Butter Caramel, Dark Chocolate, Sea Salt, Wasabi, Cheese, Salted Egg dan macam-macam lagi. Ada beberapa perisa yang agak unik bagi saya - Spicy CuttlefishTomato dan Cocoa Malt.

Saya cuba dua perasa dahulu. Nampak perasa White Coffee terus teruja. Tanpa fikir panjang masuk dalam bakul shopping. Kemudian, satu lagi saya pilih dark chocolate. Mula-mula rasa nak butter caramel. Tetapi, ada ulasan yang kata popcorn butter caramel tu agak manis. Jadi, pilih coklatlah. 

Popcorn dah sampai! 

Khamis, Februari 02, 2023

Terus Bersinar untuk Februari dan Rejab

Assalamualaikum. 02022023. Cantik tarikh hari ini. Moga kedatangan Februari membawa seribu satu kemanisan, semua yang indah-indah sahaja buat kita semua.

Alhamdulillah, setakat ini Januari saya okey. Lebih baik daripada apa yang saya jangkakan. Harapnya bulan kedua ini juga begitu.  Kalian pula bagaimana?

Shine bright like a diamond