Selasa, Mac 07, 2023

Kord Gitar Langit Yang Sama - Dalia Farhana (Easy Chords)

Sudah dengar lagu Langit Yang Sama nyanyian Dalia Farhana? Sebelum ini, lagu-lagu penyanyi muda ini kurang kena dengan saya. Tetapi, Langit Yang Sama boleh terima. Lembut membuai telinga. Okey, kord gitar di bawah sudah saya tukar (transposed) ke versi mudah. 

Selamat berdendang!


Kord Gitar FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Langit Yang Sama - Dalia Farhana

[Intro]
C

G Em
Kuputar mesin waktu
C G
ke saat kita masih tertawa
G Em
ku terus hentikan pita
C G
seakan bisa kembali lagi

Isnin, Mac 06, 2023

O’Briens dan Godaan Club Sandwich

Pagi-pagi sudah ada urusan di luar. Keluar rumah tidak sempat bersarapan pun. Ingat perut boleh tahan macho. Sekali, belum apa-apa dah berdengung berkeroncong minta diisi. 🤣


Bersarapan di O’Briens.

Singgah makan di O’Briens. Apa-apa, kena pesan kopi dahulu. Secawan cappucino untuk relaks. Dari pagi tergesa-gesa.


My cappucino 😊

Inilah kopi saya. Pekerja yang buat kopi ni siap minta maaf sebab latte art tak menjadi. Pekerja yang selalu buat kopi cuti kecemasan. Kasihan dia kena jelaskan kepada setiap pelanggan. It’s ok, dik. Latte art tu tak penting sangat untuk akak. Kita kacau atau hirup kopi nanti kan hilang patternnya. 

Kopi saya diapit oleh semangkuk Classic Chicken Caesar Salad, makanan pilihan teman sarapan saya dan sebiji pai ayam untuk dinikmati sambil berbual-bual. 

Saya dan Kegilaan Terhadap Club Sandwich

Dah pergi ke kedai yang menjual roti dan sandwic, tentulah saya makan sandwic. Punyalah banyak menu sandwic di O’Briens, wraps dan pasta pun ada… tetapi sebaik sahaja saya nampak Club Sandwich, terus pilih Club Sandwich. 😂

Saya memang pantang jumpa Club Sandwich. Tak ada apa yang istimewa sangat pun. Sandwic bertingkat-tingkat atau berlapis je. Inti sandwic pun biasanya bahan-bahan asas. Tetapi entahlah, memang dari kecil bawak ke besar, sampailah ke tua… saya suka idea sandwic bertingkat. Mungkin sebab saiz hidangan roti ini lebih besar daripada sandwic biasa. 


Triple-Club Sandwich ini Farrah Aida yang punya 😂

Sesampai hidangan yang dipesan, tanpa berlengah saya makan. Punyalah gembira! Ada hirisan ayam, hirisan ayam rangup, tomato, bawang, keju Cheddar, daun salad dan mayones honey mustard. Ini dah cukup menyelerakan bagi saya. Tetapi, kalau inginkan kelainan, saya sarankan kalian cuba sandwic ayam belanda (Triple Deluxe Sandwich), sandwic tuna (Tuna Swiss Melt Sandwich) atau sandwic salmon (Smoked Salmon and Cream Cheese)

Alhamdulillah, kenyang. Tengah hari tak makan sebab masih kenyang lagi. Pagi dah makan banyak sandwic. 

Ada antara kalian yang suka roti atau sandwich O’Briens? Sarankanlah menu untuk saya cuba lain kali.

Jumaat, Mac 03, 2023

Clear Stamps Baharu untuk Kraf

Assalamualaikum. Hari ini entri mengenai material dan peralatan kraf baharu saya. Saya telah beli beberapa set clear stamps sebagai ganjaran buat diri. Pada mulanya, niat mahu beli dua atau tiga set sahaja. Konon tak nak membazir. Pek clear stamps yang saya beli dulu-dulu pun masih ada yang saya belum cuba/guna lagi. 😅

Dalam pada memilih rekaan stamps yang ada, berkenan itu… berkenan ini… akhirnya ter-beli enam! 🤣

Inilah koleksi terbaharu clear stamps milik saya.

Lepas ni makin seronok buat stamping.