Assalamualaikum. Ada siapa-siapa pernah makan Kepok Sedak Issey?
Asalnya, saya tengah scroll Shopee, mencari barang hendak dibeli. Terserempak dengan sesi live Kepok Sedak Issey. Tertarik pula tengok keropok lekor yang sedang dipromosikan. Kebetulan, ketika itu ada baucar diskaun RM10 sekiranya kita buat pembelian semasa sesi live.
Biasanya, saya beli keropok lekor di kedai lain. Sudah alang-alang ada diskaun, bolehlah cuba. Baca review daripada pembeli-pembeli, semua puji sedap!
Harga sepek RM13.90 untuk 20 potong keropok lekor yang disertakan sos pencecah biasa dan sos keju. Setelah tolak baucar, tambah kos pengeposan, tolak baki coins yang ada… dapat dalam RM6.++. Eh, why not? Buy now! Buy now! 😂
Keropok lekor, sos cili dan sos keju. |