Photo Props - Movie Night

Selasa, Disember 05, 2017

Tidak silap saya, saya dapat tempahan photo props ini sekitar April yang lalu. Tetapi, dek kerana terlalu sibuk, baru sekarang sempat dan berpeluang untuk buat entri. Kalau diikutkan banyak entri party planning dan kraf yang tertangguh. Ada yang 'tergantung sepi' dalam draf. Ada yang tak edit gambar lagi. 

Berbalik kepada photo props, tema photo props kali ini ialah 'Movie Night'. Tema Movie Night ini agak popular sebenarnya. Kerap juga jadi pilihan untuk keraian yang santai,...yang ringkas. Ada banyak idea-idea menarik yang kita boleh gunakan. Tidak semestinya kena buat tayangan filem/video. Tetapi kebiasaannya, alang apabila tema ini dipilih, pasti tayangan filem/video akan jadi salah satu agenda utama majlis. Barulah meriah!

Skop tema Movie Night agak luas. Kita boleh buat edisi belakang tabir (Behind The Scene) - director cone, film reels, clipboard, film strips,...semua yang ada kena mengena dengan kerja-kerja belakang tabirlah.

Di samping itu, kita boleh buat ala-ala tayangan premier atau Movie Day Out. So, ada popcorn, soda, air botol, kacamata 3D dan tiket wayang.

Disember | Maulud Nabi | Bookdoc Activ Platinum

Jumaat, Disember 01, 2017

Assalamu'alaikum.
1 Disember 2017.
Ada 31 hari je lagi untuk kita habiskan 2017. Saya masuk bulan 12 ni mulalah sibuk. Sebelum ni cuti sebulan lebih (sekejap je...tahu-tahu cuti dah habis!). So, now it's time to get back to work!

Apapun, buat kalian semua, selamat melakar bab dua belas untuk 2017. Moga-moga 31 hari yang akan datang ini penuh dengan cerita-cerita gembira dan bermakna. Dapatlah kita tutup 2017 dengan baik. Ada sebarang perancangan istimewa untuk bulan terakhir ni? Any occasion or celebration? Atau ada azam tahun ini yang masih belum tercapai? Sempat lagi nak dijadikan kenyataan 🌝

Bagi yang Ingin Berjinak-jinak dengan Fitness dan Workout

Khamis, November 30, 2017

Salah satu perkara penting yang saya ingin capai pada 2017 ini ialah turunkan berat badan, jadi lebih fit dan lebih sihat. I mean in serious term. Selama ni asyik kata nak sihat, nak makan sihat, nak hidup sihat...tapi saya tak betul-betul komited. Alhamdulillah, tahun ini saya berjaya lakukan sedikit perubahan dalam gaya hidup demi realisasikan misi hidup sihat saya.

Personally, saya tidak suka bersenam. Semangat nak bersenam tu ada, tetapi MALAS! Lazimnya, niat nak bersenam tu datang masa saya tengah rehat atas katil sudah hendak lelapkan mata. Hahahah! 😜Dan saya suka makan! Bayangkan,..suka makan, suka kunyah-kunyah snek, tak suka bersenam. Pasifnya hidup! Mujurlah, dari segi pemakanan, saya berpantang dan berjaga-jaga juga. Menguruskan diet harian Cekebon, secara tidak langsung saya turut sama mengawal food intake.

Fitness journey saya tidak drastik tetapi saya sedaya upaya cuba untuk konsisten sebab target utama saya - nak sihat, nak bebas penyakit. Apa yang saya lakukan saya kongsi melalui penulisan artikel di ZALORA. Setakat ini saya sudah tulis 3 artikel santai berkenaan penurunan berat badan dan fitness mengikut pengalaman saya. Jadi, siapa-siapa yang ingin berjinak-jinak dengan aktiviti fitness dan workout, boleh cuba baca artikel-artikel di bawah to give you some insights.


Perfect - Ed Sheeran (Easy Guitar Chords)

Selasa, November 28, 2017

Saya suka benar dengan lagu Ed Sheeran yang satu ini. As a matter of fact, lagu-lagu Ed Sheeran semuanya sedap didengar. Kalau tidak, takkanlah penyanyi ini mampu cetuskan fenomena, kan?! 

Secara peribadi, saya jatuh cinta dengar pertama dengan Perfect. Rasanya belakangan ini memang kerja asyik dengar, nyanyi dan hum lagu ini. 😉 Sweet je kedengaran gubahan melodinya. Lirik pun best. Alang-alang dah suka, bolehlah berdendang dengan si Kapok. Guitar chords di bawah ini saya transposed ke C. Boleh guna capo on the 2nd or 4th, ikut kesesuaian kalian ye.

Kord Gitar From FAMF Tower



Kord Gitar dan Lirik Perfect - Ed Sheeran (Easy Chords)




                C        Am
I found a love for me
                       F                                   G
Darling just dive right in, and follow my lead
               C                            Am
Well I found a girl beautiful and sweet
                F                                                      G
I never knew you were the someone waiting for me

Lontong Goreng Cendawan | Rendang Cendawan

Rabu, November 15, 2017

Saya memang gemar makan cendawan. Paling suka cendawan shitake dan cendawan tiram. Selalu memang akan pastikan ada cendawan dalam stok bahan masak. Senang nak dibuat lauk. Selain itu, kadang-kadang rajin juga beli enoki atau cendawan butang. Enoki selalunya saya masukkan dalam sayur campur atau buat sup. Cendawan butang pula lazimnya buat inti sandwic, filling pizza atau makaroni bakar.

Di bawah ini ada dua variasi hidangan cendawan tiram. Tidak kiralah cendawan tiram yang kelabu atau yang putih, kedua-duanya saya suka. Asal segar dan sedap dijadikan hidangan.

Antara resepi lain berasaskan cendawan:

Photo Booth Props Damask

Selasa, November 14, 2017

Baru-baru ini Cekengah minta saya buat party stuff untuk meraikan hari lahir dua rakan pejabatnya. Cekengah dan beberapa rakan sejawat merancang untuk buat sambutan kecil-kecilan, a special birthday lunch as a treat for the birthday girls. Tema yang diminta light blue and black

Light blue and black is a sweet combination. Pada mulanya, saya fikir nak buat tema Breakfast at Tiffany's, berdasarkan sebuah filem terkenal malar segar lakonan Audrey Hepburn. Tema ni antara tema popular yang dipilih untuk majlis-majlis keraian. Saya sendiri pernah ambil tempahan buat party props bertema Breakfast at Tiffany's dua tahun lepas. Jemput baca mengenainya di sini dan di sini.

Fikir-fikir balik,...better buat something else. Lagipun, dua birthday girls yang bakal diraikan tu lebih senior berbanding mereka yang merancang sambutan. We should try to do something yang lebih eksklusif, lebih kelas.

Hence, in addition to the colour theme, saya tambah elemen damask. Sekurang-kurangnya, adalah kelainan sedikit. Lagipun, damask pattern banyak yang cantik-cantik. Kebetulan dalam stok barang-barang kraf saya, saya ada banyak kertas dan kad dengan rekaan damask. Senanglah nak buat apa yang patut.

Untuk parti ini, saya sediakan:

Kord Gitar Sesungguhnya Aku - Alif Satar (OST Red Velvet)

Ahad, November 12, 2017

Lagu Sesungguhnya Aku nyanyian Alif Satar ini memang sedap didengar. Lembut mendayu-dayu je terjah pendengaran. Masa pertama kali dengar, saya rasa biasa-biasa saja. Tetapi, dek penangan tengok drama Red Velvet, asyik hum lagu ni. Nyanyi dalam hati, nyanyi dalam kepala.

Lama dah saya tak berpeluang ikut drama yang bersiaran di televisyen. Selalu timing tak sesuailah, ada kerja lainlah. Red Velvet ni gigih sikit tengok. Drama adaptasi novel Acik Lana memang tidak menghampakan. Banyak scene kelakar. Jalan cerita pun not bad. Saya paling suka tengok watak Alif Satar yang terpaksa deal dengan pelbagai kerenah wanita-wanita di sekelilingnya.

OK. Berbalik pada chords. Kord gitar Sesungguhnya Aku di bawah ini bukan chords asal ye. Versi telah ditransposed. Jadi sesuai sangat buat beginners atau yang memang nak cari easy chords. Apa lagi, enjoy the song!

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Sesungguhnya Aku - Alif Satar (Easy Chords)



C  F
apa ku rasa
C  G
tak pernah ku duga
C F
hadir dirimu
Am G
merubah semua

Resepi Terung Sambal Hijau

Sabtu, November 11, 2017

Assalamu'alaikum,
Hujung minggu ini nak kongsi resepi mudah menggunakan terung - Terung Sambal Hijau. Senang sangat cara membuatnya. Sambal terung ni enak dinikmati dengan nasi panas-panas, lawan dengan kicap sedikit. Terangkatttt! Terung, terpulanglah mahu guna terung biasa atau terung bulat. Nak sediakan terung pun boleh pilih sama ada nak guna airfryer (lebih sihat sebab kurang minyak), goreng seperti biasa atau digril. Saya jelaskan satu-satu di bawah ye 😃


Resepi Terung Sambal Hijau

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Beberapa biji terung. Saya gunakan terung bulat.
  • 7 - 10 tangkai cili hijau (bergantung hendak sambalnya banyak atau tidak). Jika ingin rasa yang lebih pedas, masukkan juga beberapa tangkai cili api mengikut selera.
  • 2 labu bawang besar (dihiris bulat-bulat)
  • 2 sudu besar cuka putih
  • Minyak masak secukupnya 
  • Garam secukup rasa.


Langkah-langkah penyediaan:
  • Terung

Kenapa Mesti Black Coffee?

Isnin, November 06, 2017

Siapa penggemar kopi? Any coffee lover out there? Kalian suka minum kopi yang bagaimana? Kopi susu? Kopi pekat? Coffee ice blended? Hari ini saya nak cerita tentang kebaikan minum kopi O. Black coffee. Yang betul-betul kosong tanpa gula, susu atau krim tau! Bukan yang dilimpahi kemewahan manis lemak susu, gula, krim segala! Memang kopi semata-mata.

Kopi O pekat atau black coffee sebenarnya ada banyak manfaat kesihatan. Antara kita tahu dengan tidak je. Pertama, black coffee yang tidak ditambah gula atau susu mengandungi nilai kalori hampir 0. Sesuai sangat dijadikan minuman untuk yang ingin berdiet dan mengurangkan berat badan. Sekali lagi diingatkan ye, kopi kosong. Once kita dah letak gula, susu atau krimer, nilai kalori kopi kalian akan mencanak naik.

Selain itu, kandungan kafein dalam kopi dapat membantu tingkatkan metabolisme badan. Jadi, bagi sesiapa yang nak bersenam atau workout, disarankan minum secawan kopi beberapa minit sebelum sesi workout supaya kadar metabolisme badan dapat ditingkatkan. Lebih tinggi metabolisme, lebih banyak lemak terbakar, lebih tinggi amaun kalori yang berjaya 'dibunuh'.

Kord Gitar Bunga - Ara Johari (Easy Guitar Chords)

Ahad, November 05, 2017

Lagu Bunga ni single terbaru Ara Johari. Ciptaan Akim (Hang Nadim) dan teman-temannya, Laq dan Kadok. Masa mula-mula dengar muzik intro dah dapat agak lagu ni sentuhan Akim sebab susunan muziknya. Best ke tidak? Kalian nilai sendiri. Muzik video Bunga pun dah released di Youtube. Bagi saya, ini satu lagi lagu yang akan mengangkat nama Ara Johari. Si Cekengah dah naik semput karaoke lagu ini di Smule. 😆

Seperti biasa, kord senang easy peasy khusus buat yang mencari. Selamat berdendang!

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Bunga - Ara Johari (Easy Guitar Chords)



(Intro)
Em C D B7

Em
Setiap yang indah
G
dan manis di lidah
D C
Pasti hilang segalanya

Em
Rimbunan dedaun
G
berguguran jatuh
D C
Sembah bumi musim bertukar

Tutorial Kraf Kertas - Hiasan Bunga Comel daripada Water Colour

Isnin, Oktober 30, 2017

Hari ini saya ingin kongsi tutorial cara-cara buat hiasan kraf (embellishment) bunga comel daripada water colour. Senang je nak buat. Tidak perlu ada kemahiran melukis atau mewarna sebab pada dasarnya bunga yang kita hendak buat ni, kelopaknya bulat-bulat. Sebenarnya, saya ada tengok satu video kraf, tak ingat di mana dan bila. Crafter tu lukis kelopak-kelopak bunga mawar cantik sangat! Bunga-bunga diwarnakan dengan teliti siap guna tona warna yang berbeza.

Dapat inspirasi dari video tersebut, saya buatlah bunga-bunga comel ini. Tetapi apa yang saya hasilkan sudah saya improvised kepada versi simple. Insya-Allah kalis gagal punya projek. Jika hendak dijadikan aktiviti dengan anak-anak pun tak ada masalah.

Inilah bunga-bunga comel yang saya maksudkan. Bunga-bunga ini sesuai dijadikan hiasan untuk kad atau scrapbook. Hiasan untuk backdrop photo booth pun cantik. Sweet sweet gitu!

Spiraldex Chronodex dan yang Berjaya Meneka dengan Tepat

Selasa, Oktober 10, 2017

Pernah dengar tentang spiraldex? Dalam entri awal September yang lalu, saya ajak kalian meneka apakah nama dan kegunaan rajah berlingkar di bawah.



Jawapan yang tepat ialah Spiraldex. Kita guna spiraldex untuk tulis jadual harian kita dalam bentuk visual yang lebih menarik. Kiranya macam timeline of the day lah. Kalau tanya pada planner addicts atau mereka yang buat bullet journals or filofax, they know better.

Nombor-nombor pada spiraldex itu mewakili jam (waktu). Jadi, catatlah sebarang temu janji, mesyuarat dan tugasan lain mengikut senggak waktu. Tanda atau warnakan (jika perlu) supaya kita dapat gambaran kasar perjalanan hari kita bagaimana. In a glance kita dah tahu hari kita hectic atau sebaliknya.

Honey Butter Cashewnut Korea

Isnin, Oktober 09, 2017

Baru-baru ini saya berpeluang merasa salah satu snek dari Korea yang sedap yumm yummm! Sedap bukan main-main! Kacang gajus bersalut mentega dan madu. Siapa yang jenis gatal gigi suka kunyah-kunyah tu memang tidak akan cakap tidaklah. Rugi kalau tolak tau! Snek ini Cekengah kirim pada kawan dia yang pergi ke Korea baru-baru ini.

Haaa, beginilah rupa paras packaging snek Honey Butter Cashewnut yang saya maksudkan.


Bagi yang suka mengunyah macam saya, kalian memang akan enjoy snek ni. Sekali dah masuk mulut, memang tak boleh berhenti! Ketagih dibuatnya. Lepas satu, satu masuk mulut. Kacangnya rangup. Ditambah pula dengan rasa lemak mentega dan manis madu yang rich sangat,...oh,..heaven in your mouth! Krup krap krup krap. Bayangkanlah kacang gajus biasa pun dah cukup sedap, inikan pula yang disaluti madu dan mentega. Habis rosak diet saya huhuhu. Masa makan tu dah tak kira dah calorie intake untuk hari tu, Calorie what?! Tiba-tiba buat lupa 😃 Bott dengan Cekebon kat tepi pun saya tak pelawa. Hahaha! Honey Butter Cashewnut punya pasal, diet berterabur, kita pejamkan mata aja. Berbaloi! Memang berbaloi-baloi!

Hiasan Kraf - Here & Now | Rosie's Studio

Tattadaaaaa! Stok barang baru untuk buat kraf. Masih fresh dalam plastic packaging lagi. Semua crafts embellishments (hiasan kraf) di bawah keluaran Rosie's Studio - Here & Now. Secara peribadi, saya suka beli ikut set/range begini. Kenapa? Haaa,  ini satu tips untuk beli hiasan kraf. Jika boleh (dari segi kemampuan + availability of stock), belilah hiasan kraf dalam set atau bertema seperti yang saya beli ini. Tujuannya supaya memudahkan kerja kita nanti. Apabila hiasan kraf didatangkan dalam bentuk set/bertema, setiap hiasan saling padan antara satu sama lain. Mudah nak mix and match apabila buat projek kraf. Warna dan konsep dah memang sedia padan. So, tidaklah pusing kepala nak pilih hiasan yang bersesuaian.



Kord Gitar Zalikha - Floor 88 (Easy Chords)

Selasa, Oktober 03, 2017

Pada mulanya saya tak perasan sangat lagu Zalikha ni. Sebab tak pernah dapat dengar lagunya dari mula sampai habis. Kalau dengar verse, tak sempat dengar chorus. Dengar chorus pula, tak tahu verse lagu ni macam mana.

Sehinggalah baru-baru ini, saya secara tidak sengaja terjebakkan diri bantu a bunch of kids choreographed dance steps untuk pertandingan yang disertai oleh mereka. Masa tulah berpeluang dengar lagu Floor 88 ni penuh-penuh. Terus suka! Jatuh cinta dengar pertama walaupun sebelum ini dah dengar banyak kali dalam bentuk sekerat sekerat 😃

Ini kord mudah untuk lagu Zalikha. Selamat petik gitar. Selamat berdendang!

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Zalikha - Floor 88 (Easy Chords)


(Intro)
C G F E
C G F E
F G Am Am
F Dm E E

Hari Kopi Hari Saya

Ahad lepas, saya dan keluarga pergi bersarapan di luar. Tak rancang pun. Pada awalnya saya sekadar temankan Cekengah untuk jemput Cekebon yang bermalam di rumah Uje. Alang-alang dah cukup kuorum, kami pun buat keputusan untuk makan di Plan B, Publika.

1 Oktober - sambutan Hari Kopi. Hari tu jugalah coffee consumption saya berganda-ganda. 

Had my Piccolo Latte plus a few sips of Cekengah's MochaKeluar dari Plan B, ada kiosks Nescafe Gold. Tengah buat promosi produk-produk Nescafe Gold seperti Nescafe Gold Blend, Nescafe Gold 3 in 1 termasuklah mesin kopi Nescafe Gold Barista.

Angah nampak je mesin kopi tu terus dia pandang saya. Dia kata dia nak belikan saya Nescafe Gold Barista. Anggap sebagai early birthday present untuk tahun depan. Walaupun sejak mula dikeluarkan tahun lalu, mesin ni memang jadi barang idaman saya, saya tak letak sebagai top priority untuk dibeli. Sebabnya, di rumah tu sekarang, saya seorang je hantu kopi. Orang lain setakat kecak dan sip sikit-sikit je.

Anyway, disebabkan kami dah rancang nak pergi cari dessert, we headed to Baskin-Robins first. Nak belanja Cekebon aiskrim. Dhila's treat. Thanks so much, Dhila! 😆

Baru nak menikmati aiskrim mocha (another dosage of coffee), Uje panggil ajak ke kedai sebelah. Patutlah tiba-tiba menghilang,... dekat Starbucks rupanya. "Long, kat sini ada Nitro Cold Brew."  Dengar je Nitro Cold Brew, aiskrim tolak tepi. Excited saya jalan terkedek-kedek pergi kaunter. Adik barista yang friendly dah sedia menunggu dengan gelas nak paipkan cold brew coffee saya. This is Nitro Cold Brew, okay.


Uje and I were talking about this a few days earlier. Tak silap saya Nitro Cold Brew ada di cawangan-cawngan tertentu je. Ahamdulillah, ada rezeki jumpa di sini. Domo arigato, Uje! 

Apa yang istimewa tentang Nitro Cold Brew:

i. cold brew (dibrew sejuk (tidak menggunakan air panas,  berasid rendah). Baca lebih lanjut mengenai perbezaan cold brew dan hot brew di sini

ii. infused with nitrogen - untuk rasa kopi yang lebih enhanced tetapi pada masa yang sama lebih lembut. Hihihi memang macam paradoks bunyinya. Rasa dulu, baru tahu dan faham apa yang saya maksudkan. 😁

Nampak tak buih-buih kecil tu? My Nitro Cold Brew :)

Selesai makan dan ngopi buat kesekian kalinya, kami patah balik ke kiosk Nescafe Gold tadi. Saya sempat rasa Nescafe Gold 3 in 1 Dark Latte (kopi lagi,...). Kemudian, masa cuba guna mesin Nescafe Gold Barista, saya buat latte. Uje buat Cappucino. Kesudahannya, dua-dua cawan saya yang habiskan sebab yang lain dah kenyang. Saya dah overdosed kopi dah untuk hari tu. Memang hari kopi hari saya! Oh, sebelum terlupa,..















...perkenalkan, ini Mr. Barista saya 😃



Terima kasih banyak-banyak, Cekengah!! Muuaahhhhhh!!!


Pilihan Menarik untuk 'Boring Words'

Sabtu, September 30, 2017

Di dalam kelas, ketika menulis atau berbicara, saya selalu galakkan anak didik saya untuk cuba gunakan perkataan-perkataan baru. Saya tidak mahu mereka terikat menggunakan hanya satu perkataan sahaja apabila menggambarkan sesuatu. Misalnya, besar. I told them I'm done with 'big'. Jadi, mereka kena cuba guna perkataan lain yang sesuai misalnya: enorrmous, huge, gigantic atau humongous. Kebiasaannya, mereka akan guna tesaurus untuk dapatkan cadangan perkataan yang sesuai.

Selain daripada merujuk tesaurus, saya suka dedahkan mereka dengan infografik. Banyak infografik bermanfaat yang boleh bimbing mereka untuk lebih mahir dengan penggunaan kata dan bahasa. Lagipun cara persembahan infografik yang berajah dan berwarna dapat lebih memancing minat mereka.

Kali ini saya ingin kongsi infografik yang dihasilkan oleh Jack Milgram melalui blognya Custom Writing. Infografiknya bertajuk 28 Boring Words and What To Use Instead. Di bawah ini sebahagian daripada infografik tersebut.


Sayonara, September


Assalamu'alaikum,
Dah nak bertukar bulan, baru berpeluang jengah blog! Aduhai... Kasihan betul blog saya yang sendu ni. Apa khabar semua? Apa aktiviti hujung minggu? Keluar makan angin atau duduk santai berehat di rumah sahaja?

Saya baru balik dari Kota B. Hampir sebulan jugalah di sana. Urus itu urus ini. Banyak perkara betul yang perlu diselesaikan. Lunas satu perkara, ada dua tiga lagi yang datang menyusul. Lazimnya, by the time hari saya berakhir, saya dah tak larat dah nak buat apa-apa. Cari bantal, tilam dan tempat untuk landing je.  Check e-mel pun tak berani sebab dikhuatiri nanti baca lain, faham lain, balas benda lain. 😆
Bagi yang meminati lagu-lagu Asfan Shah seperti  Alasan untuk Bahagia dan Semua Tentang Kita, pasti kalian akan suka Sumpah Cintaku. Lagipun lagu ni memang tengah jadi siulan hangat! Maklumlah Sumpah Cintaku ini OST Titian Cinta yang jadi kegilaan ramai tu :) Basically, chords ini mudah sahaja. Cuma bagi yang tak biasa dengan Bm tu, sukar sikitlah. Boleh cuba Bm seperti rajah di bawah ni ye.

Kredit

Kord Gitar dan Lirik Sumpah Cintaku - Asfan Shah 

OST Titian Cinta
Lagu & Lirik: Asfan Shah



(Intro)
Am F E

Am Dm
Di saat saling mengenali
E Am
Ku tahu cintamu memanggil
F E Am
Dalam perasaan yang tak kaudengari

Am Dm
Lambaianmu di dalam mimpi
E Am
Bayangan senyum bidadari
F E Am
Indah segenap rasa tak terbagi

Resepi Terung Telur Asin

Jumaat, September 29, 2017

Di rumah saya, terung selalu jadi menu utama. Terung masak berlada, pajeri terung, sandwic terung,..dan macam-macam lagi. Sebelum ini saya pernah kongsi beberapa resepi menggunakan terung:

Kali ini, satu lagi olahan resepi berasaskan terung - Terung Telur Asin.

Bab 9 sudahhhhh,...

Selasa, September 05, 2017

Assalamu'alaikum,

5 September 2017. Bulan sembilan dah nak masuk seminggu. Baru saya ada peluang untuk menulis. Diam tak diam kita kini berada dalam bab ke - 9 untuk tahun 2017. Adehhhh, apabila ditenung-tenung, dibelek-belek, ada beberapa bulan je lagi untuk lengkapkan azam dan misi tahun ni! Sempat ke?! Cepat sungguh masa berlalu. Tiba-tiba saya teringat pada satu kata-kata pepatah Inggeris, time and tide waits for no man. Berkaitan masa juga. Jika kita tidak merebut peluang yang ada, tidak memanfaatkan masa kita sebaiknya,...kita mungkin tidak akan dapat peroleh kesempatan masa atau peluang itu lagi pada masa akan datang.

Another Card in A Box

Khamis, Ogos 24, 2017

Assalamu'alaikum. Fuhhh! Lama betul tak bersiaran. Mujurlah ingat lagi 'jalan pulang' nak kembali ke tower. Hari ini entri berkenaan card making. Kad kotak a.k.a card in a box. Sebelum ini saya pernah buat beberapa card in a box (atau ada yang panggil boxcard). Kad yang di bawah ini pun jenis yang sama. Tak silap saya, saya buat sebelum raya. Nak dekat raya haji baru sempat nak buat entri!

Card in a box - Hey There
Apa yang istimewa tentang kad ini ialah bentuk 3 dimensinya. Tidaklah flat sahaja seperti kad biasa. Basically, card in a box ni ala-ala bouquet of flowers la. Kita susun hiasan (embellishments) dalam the so-called box. Nampak meriahlah hiasan-hiasan tu as if 'tersembul' keluar dari dalam kotak.

Mi Lejen Bott

Selasa, Ogos 08, 2017

Okay, nama je Mi Lejen. Tetapi tak adalah legend mana. Lejen bagi saya dan Bott je. Resepi mi ringkas ini selalu jadi pilihan kami apabila kami di rumah, kelaparan dan malas fikir nak masak apa. Jadi, Bott akan ke dapur dan masak mi lejen. Hidangan  ini hidangan ringkas, guna sayur-sayuran yang ada dalam peti sejuk.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ini, seperti yang saya nyatakan tadi - apa bahan yang ada, cuma main ingredients-nya sayur-mayurlah. Boleh pilih guna mi kuning, bihun, yee mi (mi claypot) atau mi sua. Untuk base kuahnya, Bott akan guna stok ayam atau stok sayur. Stok sayur selalu kami buat guna lobak merah dan saderi kemudian simpan dalam freezer. Stok sayur ni nak buat stew pun senang.

Jika nak lagi berperisa, boleh guna sedikit ikan bilis, udang kering atau kaki ayam untuk buat base soup. Masukkanlah hirisan bawang merah/bawang besar, hirisan bawang putih dan sedikit hirisan halia. Setelah itu, masukkan sayur-sayur yang ada mengikut cita rasa - kubis, sawi, pak choy, tomato, lobak merah, saderi,..apa sahajalah yang ada dalam peti sejuk. Masukkan dalam periuk. Reneh seketika. Kemudian, perasakan dengan serbuk lada hitam/lada putih dan garam secukup rasa.
Dalam banyak-banyak lagu Khai Bahar, saya paling suka Luluh. Bayang dan Dari Jauh Saja tak berapa kena dengan saya. OKlah untuk didengar. Cuba a bit hambar. Macam tak cukup uummmphhh. Mungkin sebab dah terbiasa dengar Khai nyanyi lagu artis lain sedap-sedap. So, tak dapat halang diri dari buat comparison. "Dia nyanyi lagu ni lagi best. Dia nyanyi lagu tu lagi feel." Mulalah jadi pengkritik tak bertauliah. Tapi, ini pendapat peribadi saya je. 😃

But, Luluh screams Khai Bahar. Maksud saya, lagu ni memang sesuai sangat dengan Khai, sesuai dengan suara dan identiti dia. Kord gitar Luluh dah agak lama tersimpan dalam draf. Baru nilah nak publish. Enjoy the chords.

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar Luluh - Khai Bahar (Easy Guitar Chords)



(Intro)
Em Am D G
C Am B7

Em Am

Sudah puas aku menangis lagi
D G

Kau hadirkan mendung awan yang kelam
C Am B7

Namun ku kan tetap bisa bertahan

Em Am

Secebis kasih yang telah kau beri
D G

Kan kusimpan dalam memori indah
C Am B7

Tapi semuanya telah berakhir

Buat Kad Guna Deep Border Punch

Isnin, Julai 31, 2017

Saya memang suka beli border punch untuk projek kraf saya. Adalah beberapa pieces dalam koleksi dan salah satunya deep border punch. Deep border punch ni corak tebukannya lebih intricate dan lebih besar jika dibandingkan dengan border punch biasa. Saya pernah tulis tentang deep border punch di sini.

Deep border punch. Cantik kan?! 😃

Mulakan Gaya Hidup Hijau

Khamis, Julai 27, 2017

Pernah dengar tentang gaya hidup hijau atau green lifestyle? Jangan salah faham. Ini tidak bermaksud yang kita kena pakai semua hijau atau beli, makan dan gunakan barang-barang hijau ye. Gaya hidup hijau ini bukanlah sesuatu yang baru buat kita. Kita sebenarnya sudah lama didedahkan dengan konsep gaya hidup mesra alam sekitar ini. Cuma antara kita hendak laksanakannya dalam kehidupan seharian atau tidak.

Untuk memulakan gaya hidup hijau tidaklah sesukar mana jika kena caranya. Apa yang penting kita kena faham konsep asasnya bagaimana. Apa itu green lifestyle? Apa kelebihannya? Apa manfaatnya buat kita, masyarakat dan alam sekitar? Kemudian, disusuli dengan langkah-langkah perubahan ke arah mengamalkan gaya hidup hijau. Itulah yang saya bincangkan dalam artikel terbaru saya di ZCOOP (Zalora). Jangan risau, it's not complicated at all. Kita mulakan dengan langkah kecil, small baby steps dan lakukan secara berperingkat.

Ingin tahu lebih lanjut, jemput baca perkongsian saya. Klik gambar di bawah ye.


Kad Lipat- lipat - The Final Look

Isnin, Julai 24, 2017

Sebelum ini saya pernah cerita tentang kad lipat-lipat yang saya buat (boleh baca di sini), tetapi tidak berkesempatan hendak tunjuk rupa hasil sepenuhnya. Masa tu belum betul-betul siap. Apa yang berlipat-lipat? Apa istimewanya kita lipat-lipat? Haaa, mari saya cerita sikit!

Pada dasarnya, kad lipat-lipat ini dibuat menggunakan kertas kraf bersaiz besar (12 x 12) yang dilipat kepada beberapa bahagian (dan ada bahagian yang saya potong kerana tak mahu jadi terlalu tebal apabila dilipat). Ada banyak ruang untuk kad ini. Depaan, belakang, atas, bawah, kiri, kanan,.. jadi boleh letak banyak gambar, hiasan atau sentimen buat si penerima. Banyak ruang untuk menulis. Mana tahu ada nak tulis surat cinta ke, buat puisi berbunga-bunga ke,...😉


So, here is the final look.

Ini bahagian hadapan kad. Kad hari lahir dengan tema biru - polka-dots and small sweet flowers. Untuk bahagian hadapan, saya tampal dengan kad polka dots berwarna biru putih. Kemudian, saya tambah chipboard embellishment - Happy Birthday. Bahagian sentimen 'just for you' itu saya buat dengan menggunakan clear stamps, assembled atas cebisan kertas kuning dan hijau. Kemasan tepi yang bercorak lengkung lengkung tu dibuat pakai patterned scissors.

Sedingin Pluto yang HANGAT!

Ahad, Julai 16, 2017

Hari ini kita cerita tentang Sedingin Pluto dan saya sertakan sekali kord gitarnya. Saya tengah kat kedai masa tu. Coffee break la konon-kononnya. Sambil hirup kopi + layan perasaan, sambil dengar radio. Tiba-tiba keluar satu lagu best yang sangat-sangat 'memancing telinga!'

My first impression was like, 'Whoahhhhh!! Bestnya arrangement lagu ni!' Terus tanya kat budak kedai lagu siapa? Si Wan jawab lagu kumpulan baru Joe Wings. Tengok saya minat dengan lagu tu, terus dia kuatkan radio untuk saya. Lirik pun boleh layan....

Lamanya dinanti,
Panas tak menjadi,
Kau pluto yang dingin...


Kumpulan baru Joe Wings? Yes, adalah pernah dengar yang Joe tubuh kumpulan baru - Prime Domestic,.. tapi kenapa suara macam Aweera? Memang lenggok suara, cara tarik sebijik macam Aweera. Baru  nak capai phone (konon-konon nak google lah), Si Wan cakap, "Memang Aweera, kak!" 😆

Lagu best, lirik sedap, suara vokalis power, Sedingin Salju daripada Prime Domestic ni memang HANGAT! Bagi yang minat lagu-lagu rock, this is something fresh untuk halwa telinga kalian. Rasanya yang tak minat genre rock pun akan suka lagu ni. Dengar lagu ni kita memang tak akan duduk diamlah! Mesti goyang bahu sikit, goyang kaki  ke ikut rentak muzik 🎵♪🎧 Siapa yang nak join 'keterujaan' saya dengan 'pluto yang dingin', bolehlah cari lagu mereka ni di Youtube.

...dan seperti biasa, tangan mulalah gatal nak berdendang dengan Si Kapok. This is the easy version of the chords. Saya transposed supaya senang main. Kalau punya impian nak main sehebat Joe Wings, mohon cari chords lain ye 😃

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Lagu Sedingin Pluto - Prime Domestic (Easy Chords)

(Intro)
Em C D B7
C B7


Em
tiada lagi asmara
B7
buat ku terpesona
D
tiada lagi cumbuan
A
pada cahaya bintang

C
benar bukan igauan
G
hati kaku membeku
C
bagai pluto yang dingin
B7              
asing jauh terbuang

Nutella Brownies dan Aiskrim Vanila Kari

Sabtu, Julai 15, 2017

Assalamu'alaikum,
Baru nak bertatih menulis semula. Buka blog tengok banyak bebenar entri draf yang terperam terperap. OK, hari ni nak cerita pasal brownies. Siapa suka makan brownies angkat tangan?! Kita genggggg 😃 Berbanding cupcakes, saya lebih gemar brownies atau blondies sebab teksturnya yang lebih dense.

This is  Fudge Brownies drizzled with Nutella. Dhila bawa sebagai hidangan pencuci mulut semasa berbuka puasa  & moreh Ramadhan lepas (hehehe kan dah kata,..banyak entri draf cerita peram!) Bayangkanlah, brownies ni sampai beberapa jam sebelum berbuka,...kerja saya kejap-kejap intai dia! Jalan pergi buat kerja lain, datang balik intai dia! Belum campur pada masa yang sama terbayang-bayang brownies Nutella air tangan Hidayu Ayumie, mama si Firash tu lagi. Terseksa jiwa raga dibuatnya!

Tergoda tak?!

Raya! Raya! Raya!

Khamis, Jun 29, 2017

Assalamu'alaikum,
Dah masuk raya ke-5 baru sempat nak jengah blog.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Salam Lebaran!
Happy Eid!

Moga sambutan hari raya tahun ini lebih ceria dan bermakna buat kalian semua.
Bagi yang dah masuk kerja tu, bawaklah semangat raya pergi kerja sama 😆

Di kesempatan ini, dalam ruang Syawal yang masih terasa gilang-gemilang meriahnya, saya susun sepuluh jari, ingin memohon maaf atas semua salah silap saya. Seandainya, ada kata-kata saya, tingkah laku, penulisan atau gambar-gambar saya di blog ini yang secara tidak sengaja menyinggung perasaan kalian, buat kalian hurt/terasa, dengan rasa rendah diri dan penuh takzim, saya minta maaf.

Artikel Saya di ZCOOP Kali Ini Tentang Raya :)

Khamis, Jun 22, 2017

Assalamu'alaikum, 
Cepat sungguh masa berlalu,...rasa macam baru saja masuk Ramadan, tahu-tahu kita nak sambut raya dah! Time flies.

Alang-alang kita dah dalam mood raya, saja nak kongsi yang artikel terbaru saya di ZCOOP (Zalora Magazine) kali ini pun berkisar tentang raya. Semangat rayalah katakan,..😁

Kerabu Jeruk Buah Pala Sagat

Jumaat, Jun 16, 2017

Kerabu Jeruk Buah Pala Sagat ini antara hidangan berbuka puasa saya dan keluarga beberapa hari lepas. Nak buat kerabu ni bukan pakai jeruk buah pala potong yang biasa tu tau. Kita guna jeruk buah pala kering atau yang orang biasa panggil jeruk pala sagat tu. Berjurai halus-halus je rupa jeruknya. Di rumah ni ada dua pek jeruk pala sagat Pak Ali yang Uje bawa balik dari Penang. Kalau jeruk lain, cepat je licin-licau. Jeruk pala kurang dapat sambutan. Saya seorang je yang sambil-sambil tengok TV makan seurat. Seurat lagi 😆

Kebetulan, hari tu tekak teringin nak makan something yang masam-masam. Jadi, saya olahlah supaya jeruk pala dapat dijadikan hidangan. Beginilah rupanya Kerabu Jeruk Buah Pala Sagat saya.

Kerabu Jeruk Buah Pala Sagat

Twilight Practical TimeLine Washi Tapes untuk Planner

Isnin, Jun 12, 2017

Bagi siapa-siapa yang gemar kumpul washi tapes atau geng planner addicts, pasti akan berkenan dengan TimeLine washi tapes ni. Twilight Practical TimeLine Washi Tapes datang sepasang dalam satu set. (Set of 2).  Satu gulung untuk hari-hari dalam seminggu manakala segulung lagi garis timeline untuk aktiviti harian kita. Bermula seawal pukul 8 pagi sehinggalah pukul 8 malam. Menarik kan? Sesuai sangat untuk tepek dalam planner atau bullet journal.


DIY Kad Hari Raya Mudah (Bahagian 2)

Isnin, Jun 05, 2017

Sebelum ini di Bahagian 1, saya tunjukkan cara buat kad hari raya menggunakan decorative tape. Kali ini saya ingin kongsi beberapa kad yang dihias dengan potongan craft punches. Craft punch/punches yang saya maksudkan ini jenis yang murah dan mudah didapati. Harga untuk satu craft punch sekitar RM3 - RM5 jika dibeli di Mr. DIY, dan RM5.90/punch di DAISO.

Kad yang pertama ini, base putih. Saya punched pattern bunga atas kertas merah dan hitam. Boleh pilih kombinasi warna yang kalian suka:- merah + biru, ungu + kuning atau ungu + biru muda.

Susun bunga secara rawak dan tampal menggunakan glue tape. Kemudian, hias dengan adhesive diamentes. Saya lekatkan gold foil alphabet stickers untuk perkataan AIDILFITRI.

Resepi Ikan Masak Taucu

Ikan masak taucu ini antara hidangan kegemaran berbuka puasa di rumah. Yelah, rasa masam-masam masinnya tu membuka selera. Memang akan bertambah nasi kalau makan. 😆


Resepi Ikan Masak Taucu

Nak sediakan ikan masak taucu ini mudah sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan:  Ikan (terpulang nak guna ikan apa,..kembung, merah, tenggiri pun boleh), dua labu bawang besar, beberapa ulas bawang putih, dua sudu besar taucu, beberapa batang cili hijau atau jika suka pedas, guna cili api, satu keping asam keping dan sedikit minyak masak untuk menumis dan menggoreng ikan. Oh, jangan lupa serbuk kunyit dan garam secukupnya untuk perap ikan sebelum digoreng.
'Memeluk Angin' merupakan single terbaru Rama Eru. Rama Eru merupakan vokalis kumpulan Phoema yang suatu masa dahulu terkenal di Malaysia dengan lagu Cinta Butakanku dan Wanita Terindah. Kiranya untuk penampilan semula, Rama berduet dengan abangnya sendiri, Charly, vokalis Setia Band.

Kord Gitar From FAMF Tower

Kunci Gitar dan Lirik Memeluk Angin - Rama Eru feat Charly Van Houtten



G
Apakah terlalu lama
Em C
Apakah kau jenuh kepadaku
D
Jujurlah padaku

G
Ku tak paksakan kau bila
Em C
Ingin selalu pergi dariku
D
Dan kutahu hatimu

C D
Tak ada aku lagi
Bm Em
Perih yang kurasakan
Am D G
Pengorbananku semua sia-sia

DIY Kad Hari Raya Mudah (Bahagian 1)

Khamis, Jun 01, 2017

Jika sebelum ini saya dah kongsi beberapa cara buat kad hari raya diy mudah, untuk tahun ini kita nak buat kad raya guna decorative tape dan craft punches. Barang-barang ini mudah didapati dan murah harganya. Boleh beli di Mr. DIY atau DAISO. Dapatlah kita hasilkan kad raya bajet yang istimewa.

Tutorial DIY Kad Hari Raya terdahulu:



Resepi Ayam Berlada Serai dan Halia

Salah satu hidangan iftar di rumah baru-baru ini. Ayam berlada serai dan halia. Ayam goreng serai yang crispy di luar, tender di dalam disalut dengan sambal berlada yang wangi. Rasa serai dan halia yang ketara. Jom tengok resepinya.


Resepi Ayam Berlada Serai dan Halia

Bahan-bahan yang diperlukan:
Untuk ayam:
  • + 500 - 600g ayam (dipotong dan dibersihkan) 
  • 1 labu bawang besar/ 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 - 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 batang serai  (dikisar)
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • tepung jagung secukupnya untuk salut ayam
  • minyak masak untuk menggoreng

Beli Barang Kraf dari Peppermintzakka

Rabu, Mei 31, 2017

Baru-baru ini saya mencari clear stamps Calendar. Tidak kisahlah design yang macam mana. Janji ada kalendar sebab nak guna buat kad + untuk buku reminder saya. Cari punya cari, survey punya survey, jumpalah apa yang dihajati di satu kedai online ni - Peppermintzakka.

Niat di hati nak beli clear stamp itu je. Tetapi, banyak pula benda comel-comel yang ada kat Peppermintzakka. Tergoda + rambang mata = 5 item!

Purchased  on late night of 20th May, items received on the 24th. Punyalah berbunga-bunga hati, barang yang dibeli selamat sampai ke tangan.  Cara pembungkusan memang tiptop! Pakai kotak, plastic wrap,..so barang yang kita dapat memang dalam keadaan baik. Tanpa cela. 👍


Sejuk hati tengok packaging barang cantik dan sweet begini 😆

Resepi Air Fryer - Ayam Goreng Kunyit Sepinggan Lengkap

Selasa, Mei 30, 2017

Sebelum ini saya pernah tulis beberapa entri resepi menggunakan air fryer seperti Cendawan Goreng, Sayur Campur Honey BBQ dan Ayam Goreng Rempah. Hari ini, satu lagi resepi mudah (dan tidak menggunakan minyak langsung) - Ayam Goreng Kunyit.

Untuk hidangan ini, kesemua bahan kita masukkan dalam airfryer. Tak ada goreng atau tumis di kuali. Bahan-bahan yang diperlukan: 400 - 500 g ayam yang telah dipotong dan dibersihkan, 2 labu bawang besar dipotong bulat-bulat, kacang panjang, lobak merah, sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa. 

Mula-mula, perap ayam yang telah dibersihkan dengan serbuk kunyit dan garam. Potong bawang, kacang panjang dan lobak. Banyak mana hendak guna kacang panjang dan lobak merah, terpulang pada cita rasa. 

Setelah itu, masukkan potongan ayam yang telah diperap ke dalam air fryer  dan masak selama 20 - 25 minit. Guna suhu antara 180 - 200 darjah celcius. Sebenarnya, suhu dan jangka masa memasak bergantung kepada saiz potongan ayam dan tekstur ayam yang dikehendaki. Jika saiz potongan ayam kecil, memadai untuk guna 180 darjah celcius, 15 ke 18 minit. Jika potongan ayamnya besar, 25 minit. Inginkan tekstur yang rangup di luar, lembut di dalam? Masak pada suhu 180 darjah celcius selama 25 - 30 minit. Pandai-pandailah adjust suhu dan masa asalkan hasilnya kena dengan selera. Bab-bab suhu ini kena bergantung kepada jenis air fryer anda juga.

Belajar Brush Lettering

Isnin, Mei 29, 2017

Salam 3 Ramadan! Bagaimana perjalanan Ramadan kalian setakat ini?Ada yang dah mula sibuk shopping atau buat kuih raya ke?

Alhamdulillah, saya cuti sepanjang bulan puasa sampailah seminggu lepas raya. Heheheh this is one of the perks of kerja sendiri. Cuti pun ikut kepala sendiri  😆 Bulan puasa tahun ni, selain nak cuba laksanakan ibadah sebanyak dan sesempurna mungkin, saya nak rehat puas-puas! Rehat dari urusan kerja. Dari hujung tahun lepas, sibuk berkejar ke sana ke mari, langsaikan itu ini. So, insya-Allah bulan puasa ni jadi tempoh bertenang untuk saya.

Time-time beginilah boleh relaks sedikit, buat kraf, blogwalking (akan cuba sedaya upaya untuk kunjungi kalian), dan layan hobi baru. Brush lettering. Sebenarnya, saya minat nak belajar brush lettering ni dah lama dah. Tak ada kesempatan nak attend kelas. Then, bulan April baru-baru ini ingat nak belajar via internet je. Di Youtube, di blog-blog dan Pinterest ada banyak tutorials dan templates mudah untuk latih brush lettering. Saya siap buat misi 30 days brush lettering lagi. Punyalah semangat. Sudahnya, saya ke mana, brush lettering ke mana,..tak sampai seminggu, misi kandas! 

Mi Band 2 - Fitness Tracker Mampu Milik yang Awesome dan Berbaloi!

Jumaat, Mei 26, 2017

Assalamu'alaikum. Hari ini saya nak kongsi tentang salah satu fitness tracker yang tengah hot - Xiaomi Mi Band 2. Apa yang hot? Haaa, itu kena baca entri saya sampai habis ye :)

Kita semua tahu, peralatan untuk exercise and fitness bukan murah. It's quite costly. Kalau tak ada ratus-ratus dalam tangan, lupakan sahaja hasrat nak beli. Yes, memang ada equipment, gadjet atau fitness tracker yang boleh diperoleh dengan harga murah. Kita kena bersedialah dengan kualitinya yang crappp! Yang tak semenggah! Or lacking in certain important features.

Tetapi tidak dengan Mi Band 2. Apa yang saya boleh kata tentang fitness tracker yang satu ini -
 Mampu milik dan Berbaloi!


Xiaomi Mi Band 2
Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Lagu Tergantung Sepi - Haqiem Rusli (Easy Guitar Chords)




(Intro)
Am G F E

Am Dm E
Cukup di sini perjalanan kita
Am Dm E
Menghukum diri mendera hati ini
Dm G Em
Terhimpit dengan suasana

Am Dm E
Berat rasanya sukar diluahkan
Am Dm E
Bernafas ragu menghembus pilu
F Dm
Perasaan ini
E
Tergantung sepi

Resepi Overnight Oat - Avokado dan Chia Seed

Selasa, Mei 23, 2017

Satu lagi resepi OO kegemaran saya. Guna avokado. Sorry gambar kabur. Snap kat dapur depan peti sejuk 😅 Masa ni tergesa-gesa nak meninggalkan rumah.

My avocado and chia seeds OO. For this version, saya suka lebihkan susu.

Chords True Love - Kata Hati (Easy Chords)

Rabu, Mei 17, 2017

Berderet-deret permintaan nak chords True Love! Terkial-kial juga saya pagi ni apabila check inbox. True Love? Lagu apa? Filem baru ke? Rupanya True Love ni bukan filem tau, ni projek Naelofar Hijab Raya Campaign untuk 2017. Saya pun baru tahu lepas tengok klipnya.

Sekali dengar, terus jatuh cinta dengar pertama dengan lagu ciptaan Aizad dan abangnya ni. Nyanyian Dhany, vokalis Kata Hati pun sangat ummmmphhhhh! Hari ni, saya memang seharian dengan si Kapok. Jadi, ada masa free, buat easy chords True Love. Masih raw. Mungkin ada a few notes yang perlu ditukar (in case you all rasa kurang kena). Dah nak masuk rehearsal, so tak sempat nak teliti sangat. Nanti kalau ada apa-apa perubahan, saya update. Till then, selamat berdendang! 

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar | Kunci Gitar  True Love - Kata Hati (Easy Chords)

OST True Love - Naelofar Hijab Raya Campaign 2017 


(Intro)
E

E Am
Malam-malamku tanpamu
B7 Em
Dingin sejukku terasa
E Am
Di sini harummu mewangi
B7 Em
Sejujurnya kau selalu ada

Hari Pahlawan Tanpa Tanda Jasa

Selasa, Mei 16, 2017

Assalamu'alaikum,

Buat semua guru, teacher, cikgu, ustaz, ustazah, sir, madam, sifu, sensei,..
Apapun gelaran dan panggilan kalian, 
Asalkan kalian memegang mandat sebagai seorang pendidik,
Kalian layak untuk dihargai hari ini.
SELAMAT HARI GURU!

DIY Kad Hari Guru - Doodles

Jumaat, Mei 05, 2017

[This is a scheduled post. Currently, I am away.]

Assalamu'alaikum.
Selamat Hari Jumaat!

Minggu ini saya dapat luangkan masa lebih sedikit dengan students saya. Macam biasalah, masuk je bulan lima, ramai yang merengek minta idea untuk buat kad hari guru, kad hari ibu. The main concern is kad hari gurulah sebab kebanyakan mereka bukan sahaja mahu beri kad dan hadiah buat guru kelas, tetapi beberapa guru lain yang mengajar mereka.

Jika tahun lepas, my Form Three kids buat kad DIY bertema bunga, tahun ini saya cadang 'kita buat dengan apa yang ada' 😆 Edisi jimat kos dan bajet. Budak-budak kan,...I don't want them to incur unnecessary expenses di luar kemampuan tetapi pada masa yang sama, saya tak mahu bantutkan niat mereka yang mahu berterima kasih dan tunjuk penghargaan pada guru.

The kids tak ada banyak barang sangat pun. Kebanyakannya ada kertas berwarna hitam dan putih (plus a few extra colours). So, we all decided to do something black and white. Tengah cari-cari idea, saya ternampak kasut-kasut cantik kiut-miut yang didoodle oleh Mummy Julia. Tinggggggg! Terus mentol di kepala mengeluarkan cahaya!

Tutorial Kraf Kertas - Inspirational Magnetic Bookmark

Khamis, Mei 04, 2017

Hari ini entri tutorial. Sesuai untuk yang gemar baca buku. Kita nak buat penanda buku. Bukan penanda buku biasa tau. Ini penanda buku bermagnet dengan kata-kata motivasi. Di bawah ini, cara-cara mudah membuatnya. 😃

Bahan-bahan yang diperlukan:


Memilih Swimming Suit yang Sesuai untuk Aktiviti Air

Rabu, Mei 03, 2017


How to choose the right swimming suit? Bagaimana hendak memilih swimsuit yang sesuai? Haaa, tentunya persoalan ini menghantui fikiran kita dan buat kita jadi tertanya-tanya. Bagaimana caranya untuk memilih pakaian renang yang terbaik, yang padan untuk diri sendiri? Apatah lagi jika kita sedang menyiapkan diri untuk percutian indah lagi mendamaikan di tepi pantai mahupun di pulau.

Bagi sesetengah wanita membeli swimming suit ada masanya memenatkan. Prosesnya boleh jadi rumit, melecehkan dan akhirnya kita ended up dengan sepasang (atau dua) swimsuit yang ‘hanya cukup makan’, sekadar main beli sahaja. Akhirnya, hati berdongkol sebab swimsuit yang dibeli tak menepati kehendak. Sayang kan,..

Sebenarnya, nak dapatkan swimsuit sesuai untuk badan dan membuatkan kita rasa selesa adalah tidak mustahil. Saya ulang,...TIDAK MUSTAHIL! 😃
Sebenarnya, sebelum ini dah beberapa kali saya dengar lagu Jampi. Tetapi tak terpancing telinga hehehe. Dengar begitu-begitu je. Mungkin masa dengar tu saya tengah buat kerja, fikiran serabut nak siapkan itu ini, so I didn't really enjoy the song. Bagi saya, suara Hael melalui lagu tu agak tenggelam dalam kemeriahan susunan muzik. [Mode fikiran serabutlah katakan]

Baru-baru ini, di kedai kami ada anjurkan Acoustic Night. Jadi, siapa-siapa nak mengamen, nak perform, bolehlah tunjuk bakat, berdendang sambil petik gitar. Sambil-sambil tu, boleh hiburkan customers yang datang. Ketika itulah saya dengar lagu Jampi versi akustik dan terus jatuh cinta! Lagu apa ni?! Jampi?! 

Siap buat 'research' dekat Youtube tengok cover-cover Jampi yang lain. Cover si Haqiem Rusli antara yang best! Oh, nyanyian Hael untuk AkustikHot pun superb! Apabila dah suka, mestilah kena ada chords yang menyusul kan,...Tetapi, bukan saya yang buat. Saya minta chordsnya daripada Wira, anak muda yang performed lagu Jampi malam tu. Thanks so much, Wira! Enjoy!