Borong Sticker Books

Selasa, November 22, 2016

Assalamu'alaikum, 
Hampir seminggu tak bersiaran. Rindu pulak dekat blog ini. Hari ini saya nak tunjuk buku sticker yang saya borong di Mr. DIY.

Tattadaaaaaaaa! ☺

Ada 6 buah semuanya. Pelekatnya cantik-cantik. Warna pun meriah. Tak pudar. Setiap buku pelekat ada tema tersendiri. Saya beli Cuddly Bear (2), It's Party Time (1). Owls (1), Sea Animals (1) dan Jungle Animals (1). Sesuai sangat jadikan hiasan (embellishments) untuk buat kad 😉 Oh, yang Sea Animals dan Jungle Animals tu pula untuk dijadikan bahan mengajar tahun hadapan. 

Guitar String Winder

Selasa, November 15, 2016

Satu lagi item yang saya beli menggunakan e-coupon LAZADA (baca mengenainya di sini). Guitar string winder. Apa kegunaan guitar string winder ni? Alat untuk memudahkan kita tukar tali gitar. Jika tidak menggunakan alat ini, akan ada elemen terkial-kial dan puas berpenat lelah memusing pegs ketika membuka dan memasang tali gitar hihihi


Milik saya :)

Chords Lebih Sempurna - Syamel AF

Sabtu, November 12, 2016

Lebih Sempurna merupakan single kedua daripada Syamel AF. Masih mempertaruhkan irama balada, lagu sedih jiwang sebegini memang kenalah dengan suara dia. Saya suka the huskiness of his voice. Lenggok suara dan cara dia bawa lagu ni pun memang best!


Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Lagu Lebih Sempurna - Syamel AF (Easy Chords)


(Intro)
Am E Dm E Am

Am Em F C
Ombak laut angin bayu
Dm E
Menemaniku di kala terkenang dirimu

Am Em F C
Manis indah dalam cinta
Dm E
Tak pernah kusangka kau pergi hanya kerana
Am 
Dia

Clear Stamps Beli di LAZADA

Jumaat, November 11, 2016

Sebelum ini, saya pernah tulis entri mengenai penebusan e-coupoun LAZADA menerusi Woop. Saya ada tiga pembelian yang boleh dibuat menggunakan 3 e-coupon bernilai RM10 setiap satu. Dua daripadanya guna untuk beli aksesori Si Kapok, satu lagi beli barang nak buat kraf :)

Apa yang saya beli?


Hehehe kononnya nak tambah-tambah koleksi. Senang buat kad nanti. Harga termasuk kos penghantaran - RM15. Jadi, dengan e-coupon, saya hanya bayar RM5! Berbaloi-baloi!

Produk ni daripada China. Makan masa seminggu lebih jugalah untuk sampai. Dari segi kualiti, lebih kurang sama dengan clear stamps yang saya biasa beli di POPULAR. Boleh baca mengenainya di sini.

Dah sampai!

Saya suka dengan setiap stamp dalam set ini. Cuma satu je yang 'peheng' sikit - YOU ARE MY HAPPY ;) Maklumlah, kalau beli barang dari sana, kena hati-hati sedikit dengan ejaan dan penggunaan Bahasa Inggerisnya. Setakat satu stamp, saya pejam mata dan terus check out sebab yang selebihnya cantik-cantik.

Bagi yang berminat, bolehlah cari di LAZADA ye. Gunakan kata kunci 'clear stamps' dalam carian kalian. Then, pilihlah mana yang berkenan ikut bajet. Biasanya clear stamps kita boleh dapat semurah RM5 hinggalah ke seratus lebih. Bergantung pada saiz stamps dan kualitinya. Macam yang saya beli di atas, jika dibeli di POPULAR, harganya lebih kurang RM7-8. Jadi, RM15 dengan kos delivery sampai ke depan pintu rumah kira sangat berpatutan.

Haaa,..sempena Online Revolution ni, rebutlah peluang dapatkan barang-barang yang diingini dengan harga hebat! Bukan setakat clear stamps, macam-macam lagi ada! Klik sahaja banner di bawah.


SELAMAT MEMBELI BELAH!

Carebears Tetamu Hebat Oktober

Khamis, November 10, 2016

Assalamu'alaikum,

Rasa macam baru je masuk bulan November, tau-tau dah 10hb! Dah seminggu lebih kita dalam bulan November. Fuhhh! Time flies very-very fast! Dah sepertiga bulan, baru sempat nak buat entri Tetamu Hebat. Biar lambat, asalkan ada juga entri penghargaan buat teman-teman yang rajin singgah tinggal jejak, tinggal komen meskipun saya kurang berblogging belakangan ini.

OK, without further ado, here's my Tetamu Hebat Oktober 2016!

Klik untuk paparan lebih besar.

Rosie's Clear Stickers

Jumaat, November 04, 2016

Bulan lepas, saya dan Bott ke Tesco Kepong di Kepong Village Mall. Kebetulan, Mr. DIY di sana baru sahaja dibuka. Apalagi, memang lepas makan, ke sanalah saya heret Bott. Kita terjah Mr. DIY dulu :)

Dah namapun kedainya baru buka, banyaklah stok barang-barang. Macam-macam ada. Masa nilah syok nak memborong! Hehehe,..Konon nak intai-intai je, tapi ended up dekat 45 minit jugalah kami di dalam tu. Saya seperti biasalah, cuci mata di bahagian kraf, barang-barang parti dan stationeries. Si Bott pula hilang antara aisles barang-barang keperluan rumah. 

Rosie's Clear Stickers ini antara pembelian berbaloi saya. Berkualiti pelekatnya. Designs pun colourful, cantik dan menarik. Sesuai untuk buat scrapbook. Harganya sangat berpatutan. Satu pek hanya RM3.70! Best kan?!



Chords Wahai Kekasih - Katahati (Easy Guitar Chords)

Rabu, November 02, 2016

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Lagu  Wahai Kekasih - Katahati 

OST Suri Hari Mr. Pilot


(Intro)
Am E F C
Dm Am E

Am E
Cinta ini hanya untukmu
F C
Cinta ini hanya milikmu
Dm Am
Takkan mungkin aku bertahan
F E
Bila berpisah dengan kamu

Resepi Smoothie Avokado

Selasa, November 01, 2016

Avocado Smoothie

Avocado smoothie merupakan antara smoothie kegemaran saya. Rasanya hampir setiap pagi, on my 'hari tanpa kopi', saya akan buat avocado smoothie. Lagipun, di tempat baru saya sekarang, mudah sangat nak dapatkan stok alpukat. Kedai kat hujung jalan ada jual. Boleh buat delivery untuk orang malas bergerak macam saya pulak tuh! Hanya satu panggilan, beberapa biji buah alpukat selamat sampai ke doorstep! :)

Resepi Mudah Gulai Lemak Udang

Rabu, Oktober 26, 2016

Resepi gulai lemak udang saya ni versi simple campak-campak je.


Resepi Mudah Gulai Lemak Udang

Siapkan Syawal Scrapbook

Isnin, Oktober 24, 2016

Belakangan ni, saya lebih gemar buat scrap page (untuk scrapbook) apabila ada masa terluang. Sibuk-sibuk  mengemas barang di bilik kraf, nampak kertas dan embellishments yang cantik, terus rasa nak buat scrap page. Lagipun, banyak projek scrapbook saya yang tertunda :)

Kali ini nak mulakan projek scrapbook Syawal saya. Satu page pun tak buat lagi. Saya ada banyak lebihan kertas skrap dan nak gunakan lebihan-lebihan kertas tu untuk buat potongan berbentuk bulat dan scallop. Lagipun, inilah peluang saya nak main-main dengan Diamond Press Tool saya. Boleh baca mengenainya di sini.

Sebab masa saya agak terhad, saya pilih layout yang simple. Putih sebagai latar dengan susunan bentuk bulat dan scallop di atasnya. Kemudian, barulah ditambah dengan gambar dan hiasan kraf yang sesuai. Something simple but nice.

Chords Redha - Irfan Haris (Easy Chords) | OST Suri Hati Mr. Pilot

Jumaat, Oktober 21, 2016

Sekarang saya kurang berkesempatan tonton TV. Sekali-sekala je layan cerita kalau ada yang berkenan. Tak pun sambil-sambil lepak borak santai dengan si Bott, pasang jelah televisyen asal ada keluar bunyi. Baru-baru ini, dengar lagu baru yang memancing perhatian kami dalam drama Suri Hati Mr. Pilot. Bott spontaneously cakap yang lagu ni muzik dia macam lagu-lagu Ippo Hafiz.

Masa tu saya tengah check e-mail. Buka satu demi satu e-mail request adik-adik yang ingin easy chords untuk lagu-lagu kegemaran mereka. (Maaf ye, tidak semua dapat akak tunaikan. Sekarang ni, masa untuk berdendang dengan Si Kapok sangat terhad). Kebetulan ada beberapa e-mail yang minta lagu OST Suri Hati Mr. Pilot. Salah seorang daripada mereka did mention yang lagu Redha nyanyian Irfan Haris ini memang ditulis oleh Ippo Hafiz.

Lagunya best. Sedap didengar. Lembut je masuk telinga. Suara Irfan Haris nyanyikan lagu ni pun sesuai sangat. Mendayu-dayu. Siapa yang biasa dan suka dengan karya Ippo Hafiz, tentu akan suka juga lagu ini. Alang-alang saya dah lama tak pegang Si Kapok,...dan dah lama juga tak pos sebarang entri guitar chords,...cubalah buat sekejap chords mudah Redha. 

OK, this is the transposed version. Enjoy the chords!

Resepi Onion Rings Mudah dan Sedap

Khamis, Oktober 20, 2016

Onion rings antara snek kunyah-kunyah kegemaran saya dan Bott. Rasa-rasa tak ada benda nak makan untuk minum petang, buatlah onion rings. Dalam banyak-banyak resepi onion rings yang sudah saya cuba, paling berkenan dengan resepi di bawah ini. Satu, kerana bahan-bahan yang diperlukan memang ada di rumah. Ada sesetengah resepi perlu guna serbuk roti untuk hasil yang rangup. Version yang ini tidak perlu.

Dua, saya suka kerana onion rings tidak akan jadi soggy walaupun setelah dibiarkan lama. Memanglah hidangan ini enak dinikmati ketika masih panas-panas. Tetapi, kalau selepas tu ada berbaki, tetap sedap dimakan :)

Ajar Anak Penjodoh Bilangan Guna Katalog

Selasa, Oktober 18, 2016

Ikut pengalaman saya, penjodoh bilangan merupakan antara topik Bahasa Malaysia yang sukar dikuasai oleh si cilik. Satu, sebab skop penjodoh bilangan itu sendiri luas:- (i) lain barang, lain penjodoh bilangannya (ii) satu barang boleh ada beberapa penjodoh bilangan bergantung kepada keadaan. Contohnya: pisang - sebiji pisang, sesisir/sesikat pisang, setandan pisang, sepotong pisang dan secubit pisang.

Dua - si cilik kurang didedahkan secara praktikal. (i) kebiasaannya di sekolah mereka akan hafal penjodoh bilangan sekadar yang termampu (ii) kita sendiri di rumah jarang menggunakan penjodoh bilangan dalam pertuturan sehari-hari.

Untuk kelas bersama murid-murid sekolah rendah, saya gunakan approach yang lebih santai (dan Alhamdulillah berkesan untuk mereka). Saya ajak si cilik pergi shopping! Bukan shopping betul-betul. Shopping dalam kelas juga :)

Apa yang diperlukan:

Buah Kristal Sarawak

Isnin, Oktober 17, 2016

Pernah makan buah kristal? Saya baru pertama kali lihat dan cuba makan buah dari Sarawak ini. Sebelum ini hanya berpeluang rasa buah dabai je. Boleh baca mengenainya di sini

Inilah rupanya buah kristal atau longan kristal. Tumpang rezeki Cekebon. Kawan baiknya bawa pulang dari sana. Satu plastik jugalah kami dapat.


Mula-mula saya pandang sepi je. I was under the impression yang itu buah kedondong atau sepupu sepapatnya. So, tak usiklah sebab fikir nanti nak buat jeruk. Bila Cekebon cakap buah tu buah kristal dan rasanya manis macam laici,...terus saya serang! Sekejap je saya habiskan sambil kemas barang, sambil tengok TV :)

Sedap,..memang sedap! Tekstur kulit luarnya keras, tetapi tak susah mana pun nak dikupas. Isinya memang manis, juicy and yummehhhhh! 

Mulakan Hari dengan Teh Halia dan Lemon

Sejauh manapun addiction saya pada kopi, sekali-sekala saya kena struggle jugak untuk kata tidak pada minuman kegemaran saya ni. Banyak sangat coffee consumption tak elok untuk badan. Almaklumlah, kandungan kopi tu sendiri berasid.

Jadi, pada hari-hari yang saya tidak (more to terpaksa) minum kopi, saya akan mulakan hari dengan secawan teh lemon dan halia. Teh lemon dan halia ni elok tau untuk badan.


Antara manfaat dan kebaikan teh halia dan lemon ialah:

Resepi Slow Cooker - Bubur Ayam Nyum Nyumm

Jumaat, Oktober 14, 2016

Assalamu'alaikum. Selamat Hari Jumaat.

Apa khabar semua? Maaflah saya tak sempat lagi nak melawat kalian. Proses pindah-randah masih belum selesai. Pack barang, unpack barang. Ada barang masuk kotak, ada barang tinggal dulu. Alih-alih saya sendiri gagal locate barang-barang saya! Saya memang bab packing barang ni lemah sikit ;)

Hari ini, saya nak kongsi resepi bubur ayam slow cooker kegemaran saya. Di tempat baru ini, saya cenderung masak menggunakan slow cooker. Pagi-pagi sebelum keluar, saya akan masukkan semua bahan dalam slow-cooker dan tekan butang ON. Bila balik 4 - 5 jam selepas itu, dah ada hidangan panas siap untuk dimakan menyambut saya.

Kadang-kadang kalau esoknya saya nak bawa bekal, sebelah malam sebelum tidur, saya masaklah apa yang patut dalam slow cooker. Bangun pagi, makanan dah siap. Tinggal masukkan dalam bekas and I'm all ready to go!

Tak ada slow cooker? Tak ada masalah. Resepi ni sesuai untuk semua - slow cooker, pressure cooker, tanak atas dapur macam biasa,...apa yang beda cuma tempoh masa memasak je.

Idea Hadiah Perkahwinan dan Ulang Tahun Perkahwinan

Khamis, Oktober 13, 2016

Untuk bulan Oktober ini saya terima beberapa jemputan kahwin dan majlis sambutan ulang tahun perkahwinan. First thing that came into my mind, nak beri hadiah apa?

Dalam keadaan saya yang masih ulang-alik berpindah, terkejar-kejar melunaskan urusan dalam dunia baru saya,..memang mati akal. These people are close to me so niat di hati memang nak beri sesuatu yang istimewa. Nak keluar pusing-pusing untuk cari hadiah memang tak sempat, apa lagi nak buat sendiri.

Makanya, masa untuk berurusan dengan pakar personalised gifts saya - Printcious. Tengok ni, Printcious ada solutionnya :) Cuci mata dan pilihlah hadiah yang sesuai.


I already have a few things dalam fikiran yang rasanya sesuai dijadikan hadiah perkahwinan atau ulang tahun perkahwinan teman-teman saya.

Tebus E-Coupon Lazada di WOOP

Khamis, Oktober 06, 2016

Hujung bulan lepas, saya jengah Woop. Tengok-tengok kalau ada missions yang boleh dibuat untuk kumpul points. Sambil tu, ringan je tangan intai available rewards. Sekarang ni tak banyak sangat new campaigns. Tetapi, ada sesuatu yang memancing perhatian saya :)


Resepi Pisang Goreng Cheese Oreo

Selasa, Oktober 04, 2016

Hidangan ini saya buat tak rancang pun. Kebetulan petang tu memang nak buat pisang goreng. Kemas-kemas dapur, kemas sekali stok bahan-bahan baking. Ada cheese, Oreo crumbles, chocolate sauce...terus tergerak hati nak buat pisang goreng cheese istimewa. Lama dah tak makan.

Pisang Goreng Cheese Oreo

...sebab hari ini Hari Kopi Sedunia

Sabtu, Oktober 01, 2016

Salam Hujung Minggu!
Saya berstesen di rumah dua tiga hari ini. Jadi, adalah ruang untuk berblog sedikit.

Selamat Menyambut Hari Kopi Sedunia! Hari ini 1 Oktober, kita raikan hari kopi peringkat international. Satu dunia raikan kopi :) Earlier, 29 September, Hari Kopi Malaysia. Saya tengok, banyak jugalah kafe-kafe, coffee shops dan pengeluar produk berasaskan kopi yang buat macam-macam promo sempena Hari Kopi.

Dek kerana hari ini Hari Kopi Sedunia, saya nak kongsi semula entri-entri resepi saya sebelum ini yang menggunakan kopi :)


Basically, kopi alpukat ini coffee ice blended with avocado. Sedappppp. Rasanya lemak creamy lagi-lagi apabila kita serve dengan aiskrim vanila.

Kord Jaga-Jaga - Amira Othman (OST Abang Bomba, I Love You)

Rabu, September 28, 2016

Lagu terbaru Amira Othman yang jadi OST Abang Bomba, I Love You ni dah mula dapat sambutan. Sana-sini dengar orang nyanyi dan dok layan video klipnya di Youtube. Memang 'memancing telinga', sedap didengar :)

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Jaga-Jaga - Amira Othman (Easy Guitar Chords)

OST Abang Bomba, I Love You

(Intro)
Dm E Am A

Dm
Pabila mengungkap kata cinta
G C
Manis bicara oh semanis gula
F Dm
Lidah lelaki harus waspada
E A
Lihat baik buruknya

Sisaku - Akim and The Magistret (Easy Guitar Chords)

Jumaat, September 16, 2016

[Scheduled]Still away. Will visit you soon.

Satu lagi lagu Akim and The Magistret yang saya suka. Tetapi ini bukan lagu slow ye. This one elemen rocknya lebih sedikit :) Lirik pun best!

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Sisaku - Akim and The Magistret


(Intro)
Em Am D G C B7

Em
Berlari dengan bayang
Am
Yang tidak pernah hilang
D G
Telah hanyut dalam hati
C B7
Tak tergenggam tanganmu

Em
Tinggi ku angkat kamu
Am
Terbayang menyusur masa
D G
Bertahan dan menantikan
C B7
Untuk mengubah semua

Jeruk Rambutan Asam Boi

Khamis, September 15, 2016



Assalamu'alaikum,
I am away from the tower for a few weeks (or maybe month/s). Ada major commitments yang perlu diselesaikan. So, will not be able to blog for quite some time. Entri-entri sepanjang tempoh ini adalah scheduled and auto published.

Insya-Allah, we'll catch up later. Bila-bila sempat, saya akan singgah blog, jejak kasih dengan kalian. Till then, take care. In case you need to reach me, kindly drop a note at faidamf[at]gmail.com. ~Farrah, 3 September 2016
-----------------------------------

[Scheduled Post]
Baru-baru ni, dapat banyak buah rambutan. Sampai tak termakan. Dek kerana selalu jamu mata tengok sana-sini orang pos tentang jeruk rambutan asam boi ini, tiba-tiba pula tekak rasa teringin nak buat. Ada banyak version resepi jeruk rambutan. Ada yang kena masak, tambah gula tambah garam tetapi saya buat yang paling mudah.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Rambutan (dikopek kulit)
  • Hirisan cili api
  • Asam boi biji (boleh guna sama ada asam boi yang putih atau merah)
  • Perahan jus limau nipis/limau kasturi secukupnya

Kord Gitar Sakit - IamNEETA (Easy Chords)

Rabu, September 07, 2016

Antara lagu teratas dalam playlist saya buat masa ini :)

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Lagu SAKIT - IamNEETA

(Intro)
Am Dm G E
Am Dm G E


Am Dm
Sakit yang ku rasakan
G E
Mengaburi jiwa ini
Am Dm
Dendam yang kau berikan
E
Cukup di sini

Resepi Ayam Masak Lada Hitam

Selasa, September 06, 2016


Assalamu'alaikum,
I am away from the tower for a few weeks (or maybe month/s). Ada major commitments yang perlu diselesaikan. So, will not be able to blog for quite some time. Entri-entri sepanjang tempoh ini adalah scheduled and auto published.

Insya-Allah, we'll catch up later. Bila-bila sempat, saya akan singgah blog, jejak kasih dengan kalian. Till then, take care. In case you need to reach me, kindly drop a note at faidamf[at]gmail.com. ~Farrah, 3 September 2016
-----------------------------------

Ayam Masak Lada Hitam ini antara hidangan kegemaran yang saya selalu request pada Bott untuk masak. Sedappppp!!! Lagi-lagi kalau makan dengan nasi panas-panas dilawan pulak dengan telur dadar. Selalunya sebelum Bott hidangkan dish ni, saya masukkan potongan cili api untuk portion saya. Fuhhhh! Berasap terangkat dibuatnya! Ha,..jom tengok resepinya :)

T.I.A.D.A

Isnin, September 05, 2016



Assalamu'alaikum,
I am away from the tower for a few weeks (or maybe month/s). Ada major commitments yang perlu diselesaikan. So, will not be able to blog for quite some time. Jika ada entri pun, mungkin entri kraf, resepi atau chords yang scheduled and auto published.

Anyway, jangan segan silu lepak kat tower ni. 
Thanks in advance untuk setiap kunjungan dan komen yang bakal kalian tinggalkan sepanjang tempoh AWAY saya. Insya-Allah, we'll catch up later. Bila-bila sempat, saya akan singgah blog, jejak kasih dengan kalian. Till then, take care.

Psstt! Tolong doakan urusan-urusan saya dipermudah dan berjalan lancar. Moga saya selamat pergi dan kembali in one piece 😆

My Gridle Pan

Salam Sabtu semua!

GRILLA Gridle Pan

Pokemon Ogos FAMF Tower (Tetamu Hebat Ogos)

Sabtu, September 03, 2016


Saudara Bawa Bacang!

Jumaat, September 02, 2016

Baru-baru ini saya buat kuiz mengejut - Simpulan Bahasa dalam kelas BM Tahun 5. Anak-anak Tahun 5 saya agak lemah dalam peribahasa dan penjodoh bilangan. Jadi, selalulah dapat kuiz mengejut daripada saya =) Kali ini kuiz dalam bentuk bertulis. Saya bacakan soalan, mereka salin dan beri jawapan yang sesuai dalam masa yang telah ditetapkan. Nanti, dalam kelas akan datang, kami akan bincang sama-sama jawapannya.

Ini salah satu jawapan anak murid saya yang buat saya gelak mengekek-ngekek.

Spectacular September

Khamis, September 01, 2016

Selamat datang September!
Moga buku 2016 bab 9 ini akan catatkan semua yang baik-baik sahaja.


Sekarang ini macam-macam perkara berlaku di sekeliling kita. Ancaman penyakit, bencana alam, kemalangan, jenayah. Semoga kita semua dilindungi Allah. Aminnnnn. Terima kasih pada rakan-rakan blogger yang rajin berkunjung ke mari dan tinggal jejak. Maaf, saya memang sibuk belakangan ini. Baru masuk 1 September, tetapi planner untuk bulan ni dah sesak bertepek dengan appointments dan kerja-kerja. Jadi masih tidak punya kesempatan untuk membalas kunjungan dan komen kalian. Insya-Allah, apabila berjaya curi masa, saya singgah ye.

Have A Spectacular September!!!

Popcorn Hangit Siti Yang Menaip

Isnin, Ogos 29, 2016

Assalamu'alaikum, selamat memulakan minggu baru. Minggu ni saya boleh rehat lebih sikit sebab hanya akan ada kelas selepas cuti merdeka. :) Sebenarnya hari ini saya nak kongsi satu resepi popcorn yang mudah dan sihat. Bukan popcorn manis berkaramel berkeju berkacang macam Garrett tu tau! Bagi yang suka mengunyah (sampai dagu jatuh) macam saya ni, memang sesuailah buat popcorn ringkas yang kurang manis dan kurang kalori. Ala-ala guilt-free gitu!

Inilah seperiuk bertih jagung yang saya buat pada malam debaran mengharap pingat emas daripada Datuk LCW. Konon-konon Popcorn DCLW lah. Mana datangnya Popcorn Hangit Siti Yang Menaip?

Mungkin - Dia Band (Easy Guitar Chords)

Ahad, Ogos 28, 2016

Menunaikan permintaan salah seorang adik gehtar yang inginkan kord senang untuk lagu Mungkin, Dia Band, artis di bawah KRU Music ini. This is the transposed version :)\

Kord Gitar From FAMF Tower



Kord Gitar dan Lirik Mungkin - Dia Band (Easy Chords)



(Intro)
C F Dm G

C
Mungkin inilah satu cara
F
Tuhan mengajar kita
Dm G
Kenali erti tabah

C
Walau aku amat mencinta
F
Namun hati tak rela
Dm G
Kasihku diperdua

Cara Buat Huruf Blok 3 X 5

Jumaat, Ogos 26, 2016

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Pernah dengar tentang huruf blok? Saya ada dua tiga orang pelajar sekolah menengah yang ambil kelas lukisan dengan saya. Minggu ni dan minggu lepas kami banyak buat sesi berlatih membuat  huruf-huruf blok. Huruf-huruf blok ini antara asas yang penting bagi memudahkan mereka untuk buat poster, signage, kad dan macam-macam lagi. Dalam erti kata lain, senanglah hendak siapkan tugasan seni visual yang diberikan oleh guru.

Ada banyak cara dan jenis huruf blok yang boleh kita hasilkan. Antaranya, huruf blok tiga lima (3 X 5), huruf blok (4 X 7) dan huruf blok 3D. Nanti jika ada kesempatan, saya kongsikan satu persatu di sini. 


Hari ini saya ingin kongsi dan tunjukkan cara membuat huruf blok tiga lima (3 X 5). Sebenarnya, apa yang dimaksudkan dengan 'tiga lima' ialah bilangan kotak melintang (mendatar) dan kotak menegak yang digunakan dalam menghasilkan huruf blok yang seragam. Perhatikan gambar di bawah, setiap huruf dilakar di atas 3 kotak melintang dan 5 kotak menegak (kecuali huruf M dan W yang guna 5 X 5).
Malam tadi, lepas habis kelas, saya dihubungi oleh seorang teman yang nak tempah kad istimewa. Katanya dia mahu kad simple bertemakan Pikachu. Nak diberikan kepada someone yang tengah gila dengan Pokemon Go. Saya pun iyakan sahaja sebab sebelum ini saya pernah tengok di Pinterest kad ucapan Pikachu. So, dah ada general idea. Tak adalah pening kepala nak memikir ;)

Pagi ni masuk bilik kraf, sediakan apa yang patut. Saya guna Diamond Press Tool saya dengan dies bulat-bulat yang baru beli. (Baca mengenainya di sini).

Bahan-bahan yang diperlukan.

Chords Cherpen Band - Kali Ini

Isnin, Ogos 22, 2016

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Lagu Kali Ini - Cherpen Band


C E
Andai kita temu saat itu
Am Dm
Semua raga akan menjadi milikku
B7 E Am-G-D
Terang kaulihatlah pada di sisi kegelapan
F G
Yang di hujung tersimpan ikhlas

F G
Maafkanlah aku
Em  Am
Bila tidak sempurna
Dm  G
Mengkhianatimu

Pantechnicon

Semalam baca novel came across perkataan ni - pantechnicon. First time jumpa. Dari ayat yang saya baca, benda ni macam a mode of transportation. Bila dicari makna, rupa-rupanya pantechnicon ni moving van :) This is a British word. Asalnya, zaman dulu-dulu pantechnicon ni hanya merujuk kepada van yang ditarik menggunakan kuda untuk angkut perabot. Macam kat bawah ni.

Credit

Sekarang, penggunaan pantechnicon tidak terhad pada van angkut perabot yang ditarik menggunakan kuda. Van atau lori biasa yang digunakan untuk pindah-pindah barang juga boleh guna istilah ini. Smart jugak kan?! ;)

 

Kord Gitar Polaroid - Sakura Band (Easy Chords)

Ahad, Ogos 21, 2016

Ini antara chords lagu yang agak lama terperap di draf. Another single daripada Sakura yang sedap didengar. Lirik simple,..on rejoicing life, having a lot of fun and being carefree. Gubahan muziknya best! Kira jatuh cinta pandang dengar pertamalah. Sakura Band antara band kegemaran saya. Suka pada suara Mel, vokalisnya yang selamba bersahaja dan punya style tersendiri bawa lagu :)

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Lagu Polaroid - Sakura Band (Easy Guitar Chords)

(Intro)
A Dm A Dm

Am Dm G C
Tiba masa untuk kita ceritakan semua
Am Dm G C
Keluar berjalan meluang waktu hujung minggu

(*)
F G
Grab your keys and drive your car
E Am
All the way to Damansara
Dm
Come on seize the night
F G
Have some cookies and coffee

Spotlight RM15 Value Coupon

Sabtu, Ogos 20, 2016

Ingat tak sebelum ini saya cerita tentang Diamond Press Tool? Boleh baca mengenainya di sini. Kebetulan, saya ada RM15 Free Value Coupon Spotlight, got through mail for being Spotlight VIP Club member. Jadi, awal bulan Ogos yang lalu, alang-alang ada urusan di Mutiara Damansara, saya dan Bott singgah ke Ikano Power Centre (IPC). Saya jarang berbelanja di Spotlight, melainkan ada great deals atau value coupon sebegini. Kali ni  saya nak cari dies untuk Diamond Press Tool saya.


Aktiviti tunggu-tunggu ... dapat voucher!

Kebiasaannya apabila saya ada urusan di luar jumpa orang, saya akan sampai lebih awal. Tidak kisahlah untuk meeting ke, jumpa kawan,..saya memang tak suka terkocoh-kocoh. So, sementara nak menunggu 'ketibaan' insan yang berurusan dengan saya hari itu, saya memang ada satu aktiviti that will keep me occupied (dan tak renyah menunggu lagi-lagi kalau mereka sampai lambat) - Buat survey!

Yes, daripada duduk melanguk pandang sana pandang sini lebih baik kita buat online surveys. Untungnya, kita akan dapat pulangan. Dengan points yang kita kumpul hasil buat surveys, kita boleh tebus vouchers atau gift cards. Menarik kan?

OK, ada banyak laman web untuk buat online surveys. Saya tak sertai semua. Setakat ini, saya selesa buat kaji selidik di tiga laman utama: - GlobalTestMarket, Toluna dan AIP. Di bawah ini, saya nak tunjuk hasil aktiviti tunggu-tunggu saya. Vouchers yang saya dah tebus!

Chords Hanya Padamu - Akim and The Majistret

Khamis, Ogos 18, 2016

 Satu lagi lagu Akim & The Magistret yang saya suka. Lirik best. Melodi pun mendayu-dayu =)

Kord Gitar From FAMF Tower

 Kord dan Lirik Hanya Pada-Mu - Akim and The Majistret (Easy Chords)


(Intro)
C F C F

C
Dalam pekatnya malam
G
Aku terjaga
F C G
Dihimpit dosa tersimpuhku menghadap-Mu
C G
Inikah perasaan bila Kau menyapa
Am G F
Baru ku sedari dari tidurku

Dm Am
Pantaskah aku ke sana
F
Tinggalkan semua
G
Untuk-Mu

Bukan Fatwa Pujangga Biasa

Selasa, Ogos 16, 2016


♪ Tapi sayang sayang sayang ♪
seribu kali sayang
 ♫ ke manakah risalahku nak kualamatkan ♪

Semasa kecil, citarasa muzik saya banyak dipengaruhi oleh arwah Babah. Aisyah, Ramlah Ram, Hetty Koes Endang, J. Mizan, Sudirman, artis baru,..artis lama,.. apa sahaja lagu yang Babah pasang, itulah yang saya dengar dan ikut nyanyi. One of my late father's favourite songs was Fatwa Pujangga. Jadi, secara automatik saya pun ikut suka sama. Cuma, masa kecil saya ni seorang yang perisau dan cengeng. Saya jadi curious bila dengar bahagian korus lagu. Siap tanya dekat babah kenapa risalah tu tak tahu nak dialamatkan? 

Kord Gitar Bahtera Merdeka

Jumaat, Ogos 12, 2016

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar Bahtera Merdeka



B7            Em
Bonda senyum riang
    Am     B        Em
Menerima bahtera merdeka
              B7       
Putera-putri sayang
        C
Putera-puteri sayang
  Am       B7
Sedang berjuang

      
B7           Em
Fajar telah tiba
       Am                Em
Nan menyingsing membawa harapan
           B7
Tanah semenanjung
       C
Tanah semenanjung
   B7     Em
Permata nilam

(Chorus)
  E      Am
Jiwa dan raga
    D                    G
Buktikanlah pada nusa bangsa
Em       B7          C
Supaya negara maju jaya
 Am     B7
Aman merdeka


B7           Em
Duhai  ibu pertiwi
       Am     B7          Em
Putera-puteri datang sujud bakti
           B7
Ingin menunaikan
   C
Ingin menunaikan
   B7        Em
Sumpah dan janji

Ulang (Chorus)

Fridge Magnet Penutup Botol

Assalamu'alaikum. First and foremost, nak minta maaf banyak-banyak sebab lately memang tak sempat nak blogwalking dan balas-balas komen. Insya-Allah, ada kelapangan saya datang berkunjung ke blog kalian ye.

OK. Kali ini saya nak tunjukkan cara buat fridge magnet menggunakan penutup botol pula. Penutup botol ni tak kisahlah yang kita peroleh dari botol-botol di dapur atau beli di kedai kraf.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Penutup botol 
  • Gambar/Kertas bercorak (Saya gunakan printed scrabble tiles dan kertas kraf wood design sebab ini merupakan souvenir untuk sambutan birthyda Dhila yang bertemakan Scrabble bulan Mei yang lalu). Boleh baca mengenainya di sini dan di sini
  • Epoxy sticker (baca lanjut Apa itu Epoxy Sticker?) Dapatkan yang saiznya boleh muat pada permukaan penutup botol.
  • Magnet (Boleh dapatkan di kedai kraf /Mr. DIY/DAISO)
  • Gam kuat (strong bond glue)

Si Mata Tajam | Si Pintar Bahasa

Rabu, Ogos 10, 2016

Assalamu'alaikum, 

Ada dua pengumuman nak buat. Pertama, pemenang Wordmaze Tetamu Hebat Jun. Seperti yang dijanjikan, ada tiga pemenang. Pemenang-pemenangnya ialah:

Scdha Sein
Sis Jari Manis
Cik Mimie

Tahniah! Cik Mimie nanti update alamat dekat akak ye.

Si Pintar Bahasa

Untuk bulan Julai pula, tetamu-tetamu hebat saya jadi watak dalam soalan kesalahan bahasa. Boleh intai entrinya di sini.

Resepi Kailan Goreng Rangup

Selasa, Ogos 09, 2016

Pernah cuba tak kailan goreng rangup? Ini antara hidangan kegemaran saya. Suka sebab crunchy. Bulan lepas dinner dekat Homst ordered lauk ni. Tetapi tak puas makan walaupun satu pinggan hidangan tu saya seorang je yang attack! So, bila Bott beli kailan, saya terus masukkan Kailan Goreng Rangup dalam menu ;)



Resepi Kailan Goreng Rangup

Diamond Press Tool - My New Toy :)

Isnin, Ogos 08, 2016

Alat kraf baru untuk saya - Diamond Press Tool. Apa bendanya ni? Familiar tak dengan mesin Bigshot atau Vagabond? It's a die-cut machine. Selama ini, walaupun Bigshot dan Vagabond memang idaman hati saya, saya tak masukkan dalam senarai keperluan kraf yang ingin dibeli. Satu, saya rasa aktiviti buat kad dan scrapbook saya tak banyak pakai die-cuts. Selalunya saya pakai craft punches atau beli embellishments die-cuts yang sedia ada di pasaran. Lainlah kalau orang yang buat business kraf felt tu. Berbaloi ada Bigshot untuk potong corak bunga, abjad, haiwan,..

Dua, harganya agak pricey. Harga satu mesin die-cut lebih kurang RM400 lebih hingga RM900. Malah ada yang lebih tinggi. Bergantung pada jenis dan jenamanya. Masalahnya, dah ada mesin, kita perlu ada dies pula. Plat besi yang digunakan untuk potong bentuk-bentuk yang kita nak. Contohnya, nak bentuk love, kena beli die love. Nak sentiment Thanks atau Congrats, kena beli dies untuk itu. Harga setiap die julatnya dari RM20 - RM150 (juga bergantung pada saiz dan jenis). Banyak ongkos nak kena prepare hanya untuk kumpul dies ;) 

Resepi Ubi Goreng Berempah

Ahad, Ogos 07, 2016

Ubi goreng,..ubi rebus,..ubi bakar...ubi lenyek, semuanya kegemaran saya. Kali ini dapur di tower buat ubi goreng berempah pula. Sedapppppp! Bahagian luarnya garing-garing, tetapi bahagian dalam tetap lembut dan sangat enjoyable untuk dinikmati.



Resepi Mudah Ubi Goreng Berempah

Bahan-bahan yang diperlukan:

Selamat Hari Persahabatan!

Assalamu'alaikum,
Happy Sunday! Ahad pertama bulan Ogos untuk kita raikan persahabatan dengan kawan-kawan. Happy Friendship Day!

Kredit
Selamat Hari Persahabatan buat semua.  Nak wish seorang demi seorang rasanya tak dan. Confirm akan tertinggal certain nama secara tak sengaja. Maklumlah, faktor usia (baca: pelupa) ;) Anyway, you know who you are! May this bond leads us to more adventures, more laughs and giggles, more fun and happiness!

Psstt! While I'm writing this, Bott tengah buka magic mug dia ;)
 

Kesalahan Bahasa Tetamu Hebat Julai | Jom Cuba Nasib

Jumaat, Ogos 05, 2016

Assalamu'alaikum. Tata Julai! Hello, Ogos! Sepanjang minggu lepas, saya dan anak didik sibuk buat ulang kaji. Pelajar PT3 akan ada peperiksaan percubaan dan juga peperiksaan lisan. Jadi, pengumuman tetamu hebat bulan ini ala-ala terkena revision kami ;)



KESALAHAN BAHASA TETAMU HEBAT JULAI

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

  1. “Jika kalian berminat, saya boleh tolong belikan beg ini apabila berkunjung ke kedai itu nanti,” kata Yana TKK kepada rakannya.
  2. Mata Siti Yang Menaip terkedip-kedip beberapa kali kerana dimasuki habuk.
  3. Semua pakaian itu telah Scdha Sein gosok sebelum dia tidur malam tadi.
  4. Cik Ash menyapu dedaun-dedaun kering di halaman rumah dengan menggunakan penyapu lidi.
  5. Reruai  Syarikat Jari Manis telah dipilih sebagai reruai paling tercantik di festival itu.
  6. Ikhwan Yusuff tidak membeli apa-apa di kedai cenderamata itu kerana barang-barang di situ mahal-mahal belaka.
  7. Mini telekung pemberian Cik Mimie itu bukan sahaja cantik, malah selesa dipakai.
  8. Siti Nur Zafirah baru sahaja pulang daripada Osaka, Jepun.
  9. “Beta ingin bertolak segera,” titah Sultan Kim Chaa kepada Bendahara Tun Perak.
  10. Adianiez Aida menghantar keretanya untuk diservis di Good Care Pusat Servis.
  11. Oleh kerana terkejut dengan jeritan Huda nhhas, gelas yang dipegang oleh ibu terjatuh ke lantai.
  12. Kuih yang sungguh terenak sekali itu dibuat oleh SalbiahM.


Terima kasih banyak-banyak ye. Yana TKK berjaya rampas takhta daripada Sis JM. Insya-Allah, akan titip sesuatu buat pengomen terbanyak seperti biasa. Cuma lambat atau cepat je. Bergantung kepada kesempatan ruang masa yang ada. 

 

Jom Cuba Nasib Kesalahan Bahasa

Bagi yang rajin nak ulang kaji bersama, boleh cuba jawab kesemua soalan di atas. Format soalan di atas adalah salah satu komponen soalan kertas Bahasa Malaysia PT3. Tetapi kalian tidak perlu gariskan bahagian yang salah sebagaimana dinyatakan di bahagian arahan. Hanya copy  perkataan/frasa/bahagian yang salah dan berikan cadangan jawapan.

Contoh: 
1. berkunjung - mengunjungi
2. Mata - anak mata

Gunakan talian hayat jika perlu. Hehehe carilah anak-anak, adik-adik, anak buah atau anak jiran untuk bantu kalian.

Seperti biasa, ada ganjaran menanti 'calon-calon peperiksaan' yang bijak bestari! ;)

Jom Cuba Nasib Kesalahan Bahasa akan saya buka penyertaannya sehingga hujung minggu ini. Bakal berakhir pada Ahad, 11.59 malam. Banyak masa nak menelaah dan cari jawapan, kan?  

 

Pemenang Wordmaze Tetamu Hebat Jun

Hehehehe I'm building up the suspense ;) Sepatutnya saya umum pemenang dalam entri ini. Ada tiga hadiah buat pemenang Wordmaze Tetamu Hebat Jun yang dapat meneka dengan baik. Rasa-rasa dapat agak tak siapa yang bertuah tu? Kita tunggu lah lagi ye. Tak sempat nak buat entri. Saya akan umum serentak dengan yang ini.

Magic Mug Bott Dah Sampai - Printcious

Rabu, Ogos 03, 2016

Ingat lagi tak entri mengenai magic mug yang saya belikan untuk Bott di Printcious? Magic mug tu saya nak jadikan hadiah bersempena sambutan Friendship Day pada Ahad, 7 Ogos nanti. Boleh baca mengenainya di sini. As a matter of fact, sengaja nak belanja Bott something. Lama tak kasi dia present. Nak tunggu birthday, bulan November jauh lagi.

So, I finalised my order with Printcious on Saturday, 30th June. Rasanya pada sebelah malam. Jika ikut standard penghantaran biasa, produk akan dihantar  dalam tempoh 3 - 5 hari bekerja (untuk lokasi sekitar Semenanjung Malaysia). So, saya target dapat pada hari Khamis atau Jumaatlah akan terima parcel. Tup tup sampai semalam, Selasa (2 Ogos). Whoaaaaa! So fast! Cepat dan efisien. Hadiah yang ditempah sampai beberapa hari sebelum tarikh event yang sebenar. Ada ruang masa untuk saya 'sorok' sekejap dan balut hadiah cantik-cantik.