Parcel Gembira SS dan HH

Khamis, Disember 31, 2015

Siapa-siapa yang follow IG dan jadi kawan saya di Facebook tentu dah tengok hadiah kiriman SS dan HH ni kan? Semalam hari yang kucar-kacir buat saya. Tekanan bermula seawal pukul lapan pagi! Macam-macam yang berlaku dari urusan kerja sehinggalah ke urusan rumah + Cekebon pula demam. Banyak betullah benda tak kena berlaku serentak. By the time waktu lunch, saya dah jadi 'smiley' monyok!

Lepas Zuhur, tengah cuba-cuba nak tenangkan diri, terdengar Cekebon bercakap dengan someone. She was dictating her i/c number. Aikk?! Poslaju ke? Cepat-cepat saya keluar dari bilik. Cekebon tengah belek satu sampul surat besar. "Apa besar sangat bungkusan ni, kak?" Nampak je printed address kat sampul, saya dah senyum. Dudukkan Bon kat tepi dan sama-samalah kitorang buka 'parcel gembira' yang diterima.

Kad Ucapan 2 dalam 1

Ahad, Disember 27, 2015

Assalamu'alaikum,
Kad ucapan 2 dalam 1? Dah macam syampu pulak kan,...Kad ini sebenarnya kad dengan dwifungsi, (i) sebagai kad ucapan dan (ii)  'kocek' untuk isi duit. Kedua-dua kad dibuat atas permintaan Cekebon. Hujung bulan November yang lalu kan birthday Uje dan Bott. A week earlier, surreptitiously Bon datang jumpa saya. Muka macam ada mission besar je.

"Kak, buatkan dua sampul special."

"Untuk apa?"

"Nak bagi birthday girl and birthday boy lah!"

"Sampul nak letak duit? Kenapa tak guna sampul raya Bon yang berlambak-lambak tu?" 

Yes, Cekebon ada banyakkkkkkkk sampul/ang pau raya. Cantik-cantik tau. Selalunya Dhila lah yang rajin pastikan stok ang pau Cekebon sentiasa cukup. Senang dia nak buat isi duit untuk sedekah ke, bagi kat orang kahwin ke...Itu belum campur lagi stok ang pau yang Bon buat sendiri daripada kertas buku lama. Tutorial boleh lihat di sini.

Ikan Percik Bott

Jumaat, Disember 25, 2015

Baru-baru ni rengek dekat Bott nak ikan percik. Dah lama tak makan. Dulu-dulu semasa belajar, time bulan puasa, ikan perciklah jadi lauk kegemaran saya untuk berbuka. Hampir setiap hari saya ingatkan Bott minta tolong beli ikan percik. Kenapa tak beli sendiri? Heheheh saya dah membusuk lembik dalam bilik. Nak jalan bukak pintu pun tak larat. Penat puasalah konon-kononnya. Lagipun selalunya kelas Bott habis belah petang. Selayaknya dialah yang membeli juadah iftar.

Ikan percik ni ikan percik Kelantan style. Kuah perciknya warna putih. Tapi, dah siap tetiba kuahnya warna macam purple macam merah gitu. Heheheh itu kita cerita nanti. Jemput jamu mata tengok gambar ikan kena bakar dulu ye. Kasi teaser. Resepinya nanti saya minta dekat Bott. Jaring (err,...jaring ke nama dia?) untuk letak ikan ni beli di Mr. DIY. RM6.90 sahaja! Alhamdulillah, setelah dipakai beberapa kali masih cantik rupawan rupanya. Tiada tanda-tanda yang menunjukkan akan berkarat. Another pembelian berbaloi saya. Demi ikan percik, gigih memburu jaring ni :)

Apa Kabar Sayang - Armada (Easy Chords)

Khamis, Disember 24, 2015

Selamat petang! Saya pernah tulis mengenai lagu ini di sini. Kali ini kongsi chords mudahnya pula.

Kord Gitar From FAMF Tower


Kunci Gitar dan Lirik Apa Kabar Sayang - Armada



(Intro)
C F C F

C F
Seharian aku tak tenang
Dm G
Seperti orang kebingungan
C F
Fikiranku tak karuan
Dm G
Khawatirkan kamu di sana
C F
Tak tahu apa gerangan
Dm Em
Mungkinkah di sana kau rasa bahagia
F G
Atau malah sebaliknya

(Chorus I)
C G
Telah lama kita tidak bertemu
Am G
Tak pernah ku dengar berita tentangmu
F C
Apa kabar kamu sayang
Dm G
apa kabar kamu sayang

C F C F

C F
Seharian aku tak tenang
Dm G
Khawatirkan kamu di sana
C F
Tak tahu apa gerangan
Dm Em
Mungkinkah di sana kau rasa bahagia
F G
Atau malah sebaliknya

Ulang (Chorus I)

(Chorus II)
C G
Aku kan terus mendoakanmu
Am G
Walau tak ku dengar berita tentangmu
F C
Apa kabar kamu sayang
Dm G
apa kabar kamu sayang
C
Di sana

Ulang (Chorus I) & (Chorus II)


My 20kgs Target

Rabu, Disember 23, 2015

Pertama sekali, semestinya ini bukan target saya. Hahahaha! Saya bab diet dan exercise memang FAIL! Mini board ini saya buatkan untuk salah seorang bekas peserta Jom Kurus 1 Malaysia. Program di bawah Kevin Zahri tu. Walaupun telah tamat musim JK1M, peserta-pesertanya terus gigih ikuti program-program workout dan amalkan cara hidup yang lebih sihat.

Board My 20kgs Target ini adalah sebagai motivasi. A constant reminder kepada tuan punya diri yang berhajat untuk turun 20 kilo demi mencapai berat badan idaman. Berat badan ideal :)

Semasa terima tempahan ini, tuannya requested ASAP. Jadi, saya cuba fikirkan something simple yang boleh dibuat menggunakan bahan-bahan yang ada dalam stok kraf saya. Nak pergi kedai tak sempat. Alhamdulillah, inilah final look board apabila dah siap!

Resepi Mudah Kuih Sagu Berkuah

Selasa, Disember 22, 2015

Assalamu'alaikum,
Belakangan  ini, saya asyik buat entri mengenai makanan je. Hari ini nak 'berbagi' resepi salah satu kuih kegemaran saya, kuih sagu berkuah. Selalu buat sebagai hidangan minum petang atau pencuci mulut selepas meal. Nak menyediakannya pun mudah!

Beginilah rupanya :)


Resepi Mudah Kuih Sagu Berkuah

Pizza Bungkus

Sabtu, Disember 19, 2015

Sebelum ini, saya ada tunjuk cara saya buat pizza nipis (thin crust) menggunakan wrap. Boleh baca di sini. Baki satu keping wrap yang tinggal, saya gunakan untuk pizza bungkus pula. Bahan-bahannya masih sama. Saya gunakan lebihan toppings pizza tu je.

Mula-mula, ratakan sos cili dan sos tomato di atas permukaan wrap. Ikut citarasa kalau hanya nak guna sos cili atau sos tomato sahaja. Saya suka a bit of both. Ada masam-masam sikit, pedas-pedas sikit. Kemudian, untuk pizza bungkus ni saya taburkan sedikit pasrley, thyme dan oregano. Biar ada variasi rasa rempah jentik lidah;)

Setelah itu, letakkan toppings semewahnya di bahagian tengah wrap. Taburkan dengan parutan keju dan sedikit serbuk lada hitam. Lipat wrap supaya jadi bentuk bungkusan macam dalam gambar di bawah ini. Bakar  selama 10 - 15 minit, suhu 180 - 200 darjah celcius.

Paras rupa setelah siap dibakar.

Let's dig in! Jemput makan, semua.


Treat for one yang sangat berbaloi!

Nampak tak lelehan cheese yang bermesra dengan hirisan sosej dan lada benggala tu? Hihihi nikmati dengan senyuman :)

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!






Chords Kelabu - MOJO (Easy Guitar Chords)

Jumaat, Disember 18, 2015

Baru-baru ini, semasa naik kereta M, saya dengar lagu baru. M dan saya punya music wave lebih kurang sama. So, setiap kali berpeluang,  saya akan 'korek selongkar' playlist M untuk dengar lagu-lagu pilihannya. Apabila came across lagu ni, terus celik mata celik telinga. Mojo? Kelabu? Kenapa saya tak pernah dengar? Mulalah mulut saya congceng tanya itu ini.

Menurut M, lagu ni saing-saing Dahsyat dan Kau. Juga merupakan OST untuk Slot Kifarah Mistik. Satu lagi lagu cinta dengar pertama buat saya :) Sangat sangat suka lagu 'Kelabu' especially the music arrangement. Suara Ryan bawakan 'Kelabu' tak usah cakaplah. Memang ada ummmmphhhh! I guess the mojo of MOJO is back! Personally, saya rasa lagu ini hebatnya setanding 'Andaiku Bercinta Lagi', the piece from former MOJO (with Aweera), that I really like.

Dah jatuh cinta,...makanya ada sesi dengan si Kapok. As usual, chords yang saya buat ikut keselesaan saya yang tahu dan mahu main chords senang-senang je. Kalau ada cacat cela, ubahlah apa yang patut. Saya kan beginner selamanya  ;)

Resepi Ayam Bumbu Gurih

Hari ini saya ingin berkongsi resepi Ayam Bumbu Gurih. Ayam Bumbu ini sebenarnya lebih kurang macam ayam berempah sebab kita guna banyak ramuan sebagai perapan.

Daging ayam yang diperap.

Pada dasarnya, di Indonesia cara penyediaan ayam ini ada beberapa peringkat. Mula-mula, ayam akan diperap dengan bumbunya. Setelah diperap, ayam akan dimasak seketika di dalam santan supaya rasa lemak santan dapat menyerap pada isi ayam. Kemudian, barulah digoreng/digril hingga bahagian luarnya rangup dan bertukar keperangan.

Untuk ayam bumbu gurih yang saya sediakan, saya guna shortcut. Semua bumbu saya campurkan sekali dengan santan dan perap selama dua jam. Jom intai resepinya di bawah.

Kasih Dalam Hati - Ippo Hafiz (Easy Chords)

Selasa, Disember 15, 2015

Pertama kali dengar terus jatuh hati dekat lagu dendangan Ippo Hafiz ini.  Lagu 'Kasih dalam Hati' menjadi OST untuk drama Aku Pilih Kamu yang sekarang ditayangkan di TV3. Jalan cerita nampak menarik. Lagu pun best!

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Lagu dan Lirik Kasih dalam Hati - Ippo Hafiz

(Intro)
Dm Am G
C E F E

Am G C
Dengan rasa hati ini
Dm E Am E
Mengharapkan kasih yang dicintai
Am G C
Jiwa yang penuh terluka
Dm E Am
Merapuhkan penuh derita

Resepi Mudah Thin Crust Pizza

Assalamu'alaikum,
Selamat pagi Selasa.

Siapa kat sini suka makan thin crust pizza? Boleh geng dengan saya. Saya memang prefer thin crust to regular pizza dough. (Tapi kalau dah ada depan mata, makan dengan berselera jugak. Tak kisahlah tebal ke nipis ke..)

Hari ni saya nak kongsi cara buat thin crust pizza yang sangat mudah. Asalnya, saya membersihkan peti sejuk dan freezer. Jumpa lebihan roti wrap/tortilla (yang selalu digunakan untuk buat burito) kepunyaan Cekengah. Cekengah ni bab beli-beli makan dia sangat bijak! Bab menghabiskan makanan tu dia kurang cerdik sikit. Kadang-kadang dia sendiri lupa apa yang dia beli. Kalau time bersihkan peti sejuk, memang banyaklah makanan dan minuman dia yang kena buang. 

Tetapi 3 keping wrap yang saya jumpa ni masih elok. Pandai dia simpan dalam freezer. So, daripada wrap tu terus-terusan dingin membeku, baiklah kita proses supaya boleh dimamam. Saya umpan Bott, nak makan pizza tak? Kalau nak kena tolong parut keju. Berdesupppp Bott buka langkah! Tahu-tahu dah siap parutan keju atas meja. 

Ala Martabak Manis

Sabtu, Disember 12, 2015

Salam Jumaat.
Ini kisah minggu lepas sebenarnya.
Saya tengok rancangan pasal pelancongan di Indonesia.
The host pergi jalan-jalan sana sini sambil cuba pelbagai makanan best di sana.

Tiba-tiba terliur tengok martabak manis. 
Terus craving!
Martabak manis ni apam balik yang diletakkan inti serba manis - coklat, cheese, jem, kaya...
Ada macam-macamlah!

Disebabkan teringin sangat, waktu tu juga saya selongkar peti sejuk.
Nak cari resepi apam balik, malas...
Makanya, kita guna je resepi pancake.
Untuk inti saya guna coklat cip dan parutan keju Cheddar.

Tutorial Kraf Kertas - Kad Mini untuk Hadiah (Bahagian 2)

Jumaat, Disember 11, 2015

Entri Part 1 baca di sini.

Setelah selesai sesi tampal-menampal kertas seperti dalam gambar di atas, kita nak letak ucapan/sentiments yang sesuai. Kebiasaannya, saya akan guna clear stamps yang ada dalam koleksi saya. Sekiranya tiada stamps yang sesuai, jangan risau. Boleh cetak. Pilihlah tulisan yang cantik berseni mengikut citarasa kalian dan cetak atas kertas. Mudah je kan? Hasilnya tetap sama.
 

Dah siap!

Tutorial Kraf Kertas - Kad Mini untuk Hadiah (Bahagian 1)

Selasa, Disember 08, 2015

Assalamu'alaikum,

Tutorial kraf kertas kali ini tutorial yang simple. Kita buat kad mini bersaiz 7 x 7cm. Haaa, buat yang suka bagi-bagi hadiah tu, mesti nak selit kad sekali kan? Jadi, kad mini ni sesuai sangat dijadikan stok dalam simpanan. Senang apabila nak guna, kad dah sedia ada untuk apa jua occasion, event atau keraian.


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 kad/kertas keras  bersaiz A4. Saya pilih kad berwarna hijau lembut.
  • 1 kertas berwarna hitam bersaiz A4
  • Kertas bercorak/berwarna 
  • Glue Tape/ Glue Stick
  • Gunting/Paper Cutter/Scorer
  • Clear stamps dan ink pad (mengandungi sentiment/ucapan yang hendak digunakan)

Resepi Tauhu Telur Lada Hitam

Satu resepi mudah dan yummy untuk disediakan - Tauhu Telur Lada Hitam :)

Tauhu Telur Lada Hitam

Ikat Reben Guna Garpu

Isnin, Disember 07, 2015

Assalamu'alaikum,
Apa khabar, semua?
Selamat memulakan minggu baru.
Jangan lupa untuk senyummmmmmm!

Minggu lepas punya search keywords, ramai yang cari cara ikat reben guna garpu :)
Ya, memang tidak salah. Ikat atau simpul reben menggunakan garpu.

Disember Oniomania

Jumaat, Disember 04, 2015

Salam Jumaat.
Hari ni nak cerita tentang bulan Disember dan oniomania.
Bagi saya bulan Disember ni memang boleh dikategorikan sebagai bulan oniomania.
Kenapa?

Credit 

Bukak tv, ada iklan sale.
Surf internet, ada iklan sale.
Baca suratkhabar, ada iklan sale.
Almaklumlah Y.E.S (Year End Sale).

Hoot! Hoot! Obrigado, Ros!

Khamis, Disember 03, 2015

Apasal pulak dah macam burung hantu ni? Dapat agak tak?

Inilah hadiah burung hantu saya!
Tali tu sebenarnya cantik je lilit kotak. Saya engsot-engsotkan sedikit nak bagi nampak perkataan Congrats.

Tetamu Hebat November

Rabu, Disember 02, 2015

Assalamu'alaikum.
Kenalkan, ini tetamu-tetamu hebat yang memeriahkan tower saya sepanjang November.

Mohon Cinta Allah

Isnin, November 30, 2015

Assalamu'alaikum.
Selamat memulakan minggu baharu. Cinta Allah sewajarnya menjadi satu-satunya cinta yang kita buru.
Mari sama-sama amalkan doa ini. 

Sumber: Perkongsian di Pinterest


Robot Vs Biskut Peanut Butter

Sabtu, November 28, 2015

Memulakan hari tadi dengan semangat.
Berkobar-kobar nak blogwalking.
Dengan iPad yang full battery saya baring santai. Ziarah satu demi satu blog.
Baru suku jalan, muncul rerobots pujaan hati!

Saya cuba bertenang. (Kalau guna handset, memang akan terus hilang mood!) Memandangkan guna iPad, besar sikit gambar yang nak kita tick-tick, saya cuba bertahan. Tangan capai Tupperware isi biskut mentega kacang.  Sambil menyudahkan proses nak get through comments, sambil kunyah biskut. Asyikkkkkk!

Biskut Mentega Kacang dengan inti mentega kacang :)

Buat Origami

Khamis, November 26, 2015

Minggu lepas origami jadi antara carian utama blog saya. Ramai juga yang berhasrat buat aktiviti lipat-lipat dari negara matahari terbit ini.

Search Keywords hujung minggu lepas.

Resepi Kepingan Oat dan Cornflakes

Ingat lagi Projek Oven saya lebih kurang dua minggu lepas? Hari ini saya kongsi resepi kepingan Oat & Cornflakes ye.

Stok kunyah-kunyah yang ala-ala sihat gitu ;)

Kegunaan Tag Roti

Selasa, November 24, 2015

Ada apa dengan tag roti? Tak ada apa yang penting pun. Cuma nak pesan, kalau rajin, kumpullah tag roti. Banyak kegunaannya di rumah :)

  • Untuk tanda appliances plugs

Salamat Po, Mummy Julia

Jumaat lepas, saya terima satu kiriman lagi daripada kenalan blogger. Sengih-sengih macam kerang busuk belek sampul surat. Sebaik sahaja dibuka,...

Tattadaaaaaa!
Terima kasih, Mummy Julia :)

Syukran Ya Ukhti Huda

Isnin, November 23, 2015

'Mengapa Saya Masih Memetik Gitar' merupakan karya Yusuf Islam yang diterjemahkan. Naskhah ini hadiah pemberian seorang adik blogger, Huda, pemilik blog Real Life is Real.

Selain daripada buku, saya juga dapat sekeping fridge magnet.

Birthday Party | Kerja Amal | Cari Lagu

Khamis, November 19, 2015

Assalamu'alaikum,
Selamat pagi semua.
Dah bersarapan ke belum?

Pagi ni saya sarap roti bawang putih je. Semalam buat roti bawang putih untuk stok. Garlic bread frozen. Nanti siapa-siapa lapar, senanglah,..ambil seketul, then bakar dalam toaster oven.


Teringin? 
Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Lagu dan Lirik Inspirasi - Faizal Tahir dan Hafiz Suip (Tribute to Dato' Siti Nurhaliza)


(Intro)
C Am F

C Am F G
Andai ada berjuta yang datang mencuba
C Am F G
Kau tetap satu menawan hati semua
F Am Dm                     
Selamanya tersemat dalam persada
F Am Dm G
Cahaya bersinar teristimewa

Resepi Biskut Kepingan Kacang Rangup

Selasa, November 17, 2015



Biskut Kepingan Kacang Rangup

Resepi Pancake Mudah

Isnin, November 16, 2015

Resepi Lempeng @ Pancake Mudah

Saya makan dengan sirap mapel & lepa kacang :)


Sebenarnya, ini bukan lagu baru Hafiz. Dah lama saya nak main lagu ni tetapi asyik tak ada masa nak buat chords yang mudah. Love this song especially bahagian korusnya.

Kord Gitar From FAMF Tower



Kord Gitar dan Lirik Lagu Hanya Ingin Kau Cinta - Hafiz (Easy Chords)


(Intro)
Em B7 C G B7

Em                          B7
Di dalam hati ini aku menangis
C                                                   G
Seiring satu luka yang telah kau beri
              Am                Em
Kau tinggalkanku sakitiku
C                                                                     B7
Sungguh ku tak percaya semua yang terjadi


Projek Oven

Ahad, November 15, 2015

Dah nama pun 'Projek Oven', faham-fahamlah ye tentu aktivitinya berkaitan baking :)
Semalam, misi 'Productive November' saya lebih kepada produktif jana lemak di badan.


Sebelah pagi - Tengah-tengah bosan menonton TV tak ada benda nak kunyah, saya ke dapur. Buat kepingan oat & cornflakes ni.

Stok gatal gigi siap!

Ingatan Manis Sis Jari Manis

Sabtu, November 14, 2015

Kelmarin semasa saya di luar, mem besar (siapa lagi kalau bukan Cekebon) terima parcel bagi pihak saya. Apabila saya telefon, bising mulutnya suruh balik segera.

"Ingatkan sabun basuh pinggan tapi rasanya bukanlah sebab bungkusan tu kecil sedikit." Hahaha bab sabun basuh pinggan tu sebab saya selalu tebus poin untuk Joy di Woop.

"Daripada siapa, Bon? Boleh baca tak?" Sebenarnya dah tahu siapa gerangan pengirim bungkusan tersebut. Tuannya dah siap e-mel maklumkan ada something on the way. Sengaja cuba suruh Cekebon baca. Ibu saya ni pengidap glaucoma. Hanya bergantung pada sebelah mata je sekarang ini. Itupun tak berapa jelas. Jadi, sekali-sekala apabila Cekebon berjaya baca tulisan yang kecil, kami berdua akan sorak-sorak teruja :)

"... ... manis. Eh, kak! Ni kawan akak yang Jari Manis tu bagi!"

"Yeayyyyy! Bon nampak! Bon nampak!" (Lebih kurang begitulah excitednya)


Nak tahu apa yang saya dapat kali ini?

Ayam Panggang Perap Sate

Khamis, November 12, 2015

Ini menu malas masak. So, tak ada resepi nak dikongsi. Ayam saya beli di Kedai Daging HS Nada (seperti yang pernah saya ceritakan di sini). Saya memang pilih ayam sate. Maknanya potongan-potongan ayam telah diperap dengan rempah perapan sate. Wangiiiiii!

Tidak seperti ayam pandan bakar yang saya sediakan sebelum ini, ayam perap sate saya bungkus dalam kerajang aluminium (aluminium foil) terlebih dahulu. Barulah dipanggang/dibakar di dalam oven selama 30 - 40 minit. Hasilnya, isi ayam yang lembut dan berjus, sedia untuk dinikmati :)


Ayam Panggang Perap Sate

Buat Febreze Sendiri Yuk!

Selasa, November 10, 2015

Ini lebih kepada gali-gali entri lama. Tengok search keywords hujung minggu lepas, ada yang cari diy febreze - 'cara buat febreze sendiri' dan 'cara buat febreze with downy'.


Peanut Butter Toast yang Mengenyangkan!

Isnin, November 09, 2015

Assalamu'alaikum. Hari dah petang baru saya berpeluang jengah blog. Belum terlambat lagi nak ucap selamat memulakan minggu baru! Moga minggu ini lebih ceria dan happening. Terima kasih banyak-banyak pada yang telah datang berkunjung sepanjang hujung minggu dan tinggalkan banyaaaakkkkkk komen meskipun saya tiada di tower :) Nantikan kunjungan balas saya ye.

Dah minum petang? Roti bakar di bawah ni sebenarnya lebih sesuai dijadikan hidangan sarapan pagi, tetapi inilah yang saya mamam untuk minum petang semalam. Pukul 3 lebih perut dah berdengung dan berlubang! Nak buat apa pun tak larat heheheh

Jadi, saya korek peti ais dan buat this simple treat - peanut butter toast with orange and banana slices

Love, Supermoon oops Firah

Ahad, November 08, 2015

Minggu lepas terima kiriman dari Pulau Pinang. Tak dapat agak siapa pengirimnya. Buka-buka sampul surat, sekeping fridge magnet I Love Penang jatuh kat tapak tangan :) Cantikkkkkkknyaaaa! Intai-intai lagi dalam sampul. Ada sekeping nota berwarna beige. Sorry,.. dalam gambar kat bawah, dek kerana 'terlajak lighting' terus jadi kertas putih ;)

Fridge magnet and note from Firah 

Gift Ideas - Pek Gula-gula untuk Si Cilik

Khamis, November 05, 2015

Assalamu'alaikum,

Projek Gula-gula

Saya sedang siapkan pek gula-gula untuk satu majlis hujung minggu ni. Packaging kita buat sendiri. Lipat-lipat gam siap! 

Inilah hasil projeknya.

Individual candy pack =)
Pek gula-gula ni sesuai untuk majlis keraian yang ada tetamu cilik. Misalnya, majlis hari lahir, candy booth/candy buffet di kenduri-kendara atau sebagai 'treasure' dalam permainan anak-anak :)

Penat Bercinta dengan Robot!

Rabu, November 04, 2015

Semalam semasa blogwalking, lima blog pertama yang saya singgah memerlukan saya untuk yakinkan mereka yang saya bukan robot sebelum komen diterbitkan. Tertanya-tanya juga. Blog-blog tersebut biasa saya kunjungi. Biasanya tak kena 'saring' pun sebab saya tahu tuan punya blog tidak meletakkan word verification. 

Kemudian, terbaca entri Anies mengenai perkara yang sama - Tension betul dengan 'Please prove you're not a robot'!! Ingat saya je yang bengang dengan benda ni. Fenin! Fenin! Menjelang tengah hari, saya dah menyerah. Penat nak kenalpasti mana pizza, mana recreational vehicles, mana pokok, mana rumput, mana kereta...

Tetamu Hebat Oktober

Mempersembahkan ...

My Tetamu Hebat Oktober


Kau - Mojo (Easy Chords)

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Kau - MOJO


(Intro)
A B7 A B7

A                                           Dm
Kau yang dulu pernah berjanji
               G                     C
Untuk setia menyayangi
               F                  B7           E
Hingga ke hari terakhir ku percaya

Sebelas per dua belas

Isnin, November 02, 2015


Assalamu'alaikum,
Selamat memulakan minggu pertama bulan November.



Seperti biasa, mula minggu baru,..mula bulan baru,...
Saya doakan semua yang baik-baik untuk kita semua.
Sepanjang bulan sebelas ini saya bercuti. 'Sekolah pondok' saya tutup.
Tetapi ada a few tasks and errands that need to be done.
Tak mahu terbongkang tidur je dekat rumah, saya nak cabar diri sendiri.
Saya nak cuba jadikan bulan ini sebagai bulan paling produktif untuk saya, biarpun saya cuti-cuti hujung tahun. Rasa-rasanya boleh tak?

Productive November Day 1
  • Kemas bilik kraf
  • Rearranged Bloggers' Board
  • Buat 2 balang biskut tat nanas berkeju untuk makan-makan (Gambar kat IG @faidamf)


Enjoy your day! Don't forget to smile.


Psst! Hari ni? Emmm, dah berjaya tulis entri untuk blog tu kira produktiflah kan ;)

Resepi Mudah Telur Bungkus

Khamis, Oktober 29, 2015

Semalam masak lauk sup cendawan. Nak lawan dengan apa ye? Nak masak sayur, dalam sup cendawan tu dah ada celery. Fikir punya fikir, buat telur bungkuslah. Ini version paling mudah. Super simple!

Bahan-bahan untuk inti:
  • 2 - 3 batang sosej (hiris nipis)
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 3 sudu besar sayur campur (mixed vege). Dalam freezer tak ada mixed vege, saya guna kacang pea je. Boleh juga jika nak guna lobak merah yang didadu. Ikut citarasa masing-masing :)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • beberapa helai daun limau
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit air masak

Widget Top Commentators yang Berfungsi (Bahagian 2)

Selasa, Oktober 27, 2015


Baiklah, seperti yang saya janji dalam entri terdahulu, kita nak edit script Widget Top Commentators supaya dapat paparkan bilangan komen hanya untuk bulan yang berkenaan sahaja. Tetapi, awal-awal lagi saya ingatkan, kita kena edit script ni setiap hari jika nak bilangan komennya dipaparkan secara tepat.

Buka widget Top Commentators untuk diedit.

Widget Top Commentators yang Berfungsi

Jeling sedikit dekat sidebar saya. Setelah hampir sebulan saya biarkan widget Tetamu Hebat tersadai kosong begitu sahaja, akhirnya dengan bantuan Kanda SS,...diulangi Kanda SS, 12 nama Tetamu Hebat kembali muncul menyerikan menara saya ini.

Memang script yang lama dah tak berfungsi. Rata-rata ramai rakan blogger hadapi masalah yang sama. Jadi, saya merengeklah dekat SS minta tolong. Siap merengek bagi pihak adik-adik yang lain lagi! Kelip-kelip mata pandang Sal Torres, Syida dan Ekin ;)

OK. Mari kita godek apa yang patut!

Langkah 1:
Klik pada pautan ini
Credits to Tien Nguyen.

Happy Graduation Muffin Gift Set

Isnin, Oktober 26, 2015

Seawal pagi Sabtu, saya dah menyibukkan diri di bilik kraf. Buat mortar board. Ala topi empat segi untuk convocation tu :)

Mortar board siappppp!

Tutorial Kraf Kertas - Washi Tapes Fridge Magnet

Khamis, Oktober 22, 2015

Tutorial Kraf Kertas - Washi Tapes Fridge Magnet

Washi Tapes Fridge Magnets
Alat dan bahan-bahan yang diperlukan hanyalah:

Cik Farrah Mather Father?

Rabu, Oktober 21, 2015

Semasa membalas-balas komen di blog, saya tersenyum lebar baca komen yang satu ini. 
Komen dari siapa? Dari lalat yang disenangi.
Hihihi siapa lagi kalau bukan Wak Tiga Lalat.





Nampak tak wak memanjangkan nama saya? Farrah MF dah jadi 'Farrah Mather Father'.
Nak tahu asal usul gelaran 'Farrah Mather Father' ni kena intai (dan gigih membaca di ruangan komen) entri Kanda SS di sini. Saya share gist je.

Tamar Cocoa daripada Athirah Diyana

Selasa, Oktober 20, 2015

Hujung Ogos yang lalu, semasa blogwalking ke blog Athirah Diyana, cik adik ni tawarkan 5 Free Sample Tamar Cocoa kepada 5 tukang komen terawal. Alhamdulillah, saya salah seorang daripadanya  =)

Sebenarnya, sudah beberapa minggu saya terima Tamar Cocoa daripada Athirah. Tetapi lambat tulis entri. Ini kali pertama saya cuba Tamar Cocoa. Not bad! Kaya dengan rasa coklat. Campurannya boleh tahan pekat. Yummmyyyy!

Projek malam minggu lepas. Saya perlu siapkan kad dengan tema hitam putih. Setelah difikir-fikir apa hiasan yang sesuai, saya putuskan untuk buat bunga hitam putih menggunakan craft punches yang ada. 

Dua saiz, bunga besar berukuran 7.5cm dan bunga kecil 1.8cm