Explosion Box - The Best Day Ever
Rabu, April 22, 2020
Assalamu'alaikum. Apa khabar hari ini? Sudah bersedia hendak menyambut Ramadan? Meskipun tahun ini kita tidak dapat mengalu-alukan kedatangan bulan penuh rahmat seperti tahun-tahun sebelumnya, tidak bermakna kita tidak boleh menghayati erti Ramadan. Memanglah berbeza...tetapi mana tahu, di sebalik semua yang berlaku, Ramadan 1441 merupakan Ramadan yang terbaik buat kita. Inshaa Allah.
Hari ini, bersiaran dari bilik kraf, kita borak-borak tentang explosion box pula ye. Explosion box di sini bukanlah kotak yang meletup atau yang mengandungi sebarang bahan letupan. Sebenarnya, explosion box merupakan kad ucapan berbentuk kotak yang apabila penutup atas dibuka, sisi-sisi kotak akan collapse. Itu jelah bahagian yang 'explode' sebenarnya.
Kad ucapan explosion box sangat istimewa kerana berciri 3D dan bersifat interaktif. Apa yang saya maksudkan interaktif di sini ialah si penerima kad akan berpeluang untuk belek-belek dan explore kad yang diterima kerana selain daripada gambar-gambar dan ucapan, setiap sisi kotak dihias dengan elemen-elemen kecil yang menarik seperti waterfall card, picture sliders, interactive wheels dan macam-macam lagi. Ini kalau ada rezeki dan kesempatan, saya akan tulis dalam entri yang lain ya.
Explosion box 'The Best Day' di bawah merupakan contoh explosion box yang paling simple. Hanya satu lapisan dengan hiasan sederhana. Kad ini saya buat untuk birthday Cekengah pada awal Mac yang lalu.